Baru sahaja bersiaran buat pertama kali di slot 3 Pagi Era, penyampai radio dan pelawak Nabil Ahmad kantoi dengan isteri, Zira Ayub apabila bekas kekasihnya sendiri telah menghubungi radio Era bagi membincangkan topik ‘Orang Ketiga’.
Topik itu hangat menjadi bualan tiga penyampai radio slot pagi Era baharu itu yang turut diterajui Azad Jasmin dan Radin.
Bekas kekasih Nabil yang dikenali sebagai Intan mengatakan dia pernah bertemu janji dengan seseorang yang kini sudah mencipta nama dan terkenal di seluruh Malaysia sebelum mendedahkan individu tersebut adalah Nabil.
Malah, dia turut mengimbas kenangan ketika Nabil menghantar surat ke pejabatnya pada suatu ketika dahulu.
“Siapa ada kenangan manis kat Rahang, Negeri Sembilan?
“Tak ingat ke kenangan manis datang office saya hantar surat… kita keluar sama-sama, selalu pergi makan.. tak ingat ke?
Ads
“EX5 awak tu pun saya ingat lagi,” dedah Intan.
Mendengarkan pengakuan wanita tersebut, Nabil yang kelihatan cuak terus melompat cuba mengingati apa yang diperkatakan Intan.
“Ni sebelum kahwin la kan, masa saya jadi despatch dulu la kan,” kata Nabil.
Ads
Menariknya, diskusi mengenai perkara itu tidak terhenti di konti sahaja, sebaliknya membawa sehingga ke rumah apabila Nabil secara curi-curi merakam perbualan isterinya yang bertanyakan mengenai Intan.
“Baru kerja satu hari dah ada Intan call, esok siapa call, Payung, lepas tu Emas?!” bebel Zira.
Ads
Menerusi video yang dikongsikan di YouTube Era itu, Nabil kelihatan pasrah apabila ditegur isterinya ketika sedang mahu menjamah makanan.
Terdahulu, Nabil, Azad dan Radin telah diumumkan sebagai penyambung legasi slot pagi Era mulai Isnin lalu.
Sebelum ini, slot itu diterajui JoHaRa iaitu Johan, Haniff dan Ray.
Haniff dan Ray kini memulakan tugas di slot baharu, 101 Era yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 4 petang hingga 8 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nabil Zira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Riena Diana memohon pertolongan orang ramai untuk mengesan dua individu yang didakwa telah mencuri barangan berharga milik ibu saudaranya.
Menurut Riena, kejadian tersebut berlaku sewaktu ibu saudaranya itu sedang membeli belah di Times Square, Kuala Lumpur.
“Kau cari pasal dengan keluarga aku, itu bermakna kau cari pasal dengan aku.
“Kejadian ini berlaku di Times Square Bukit Bintang. Tolong bantu saya cari pasangan haram tak guna ni.
“Penyeluk saku yang curi duit dan gelang ibu saudara saya,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelakon drama Salju Di Bumi Aukland itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menerusi hantaran yang sama, Riena turut berkongi foto daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan wayah dipercayai merupakan pelaku.
Dalam pada itu, Riena turut menggesa si pelaku untuk menyerahkan barangan berharga tersebut dan laporan polis bakal ditarik semula.
“Siapa yang dapat, maklumkan kepada saya. Selain duit, ada gelang yang Auntie Riena sayang sangat pemberian dari orang. Saya
minta tolong semua kalau sesiapa yang kenal, tolong bagitahu.
“Jika anda (pelaku) membaca ini, tampil ke depan dan pulangkan barang itu. Kita tarik report. Minta jasa baik semua untuk share sampai dapat jumpa pelaku ni,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti mendoakan semoga barangan tersebut dijumpai semula dan pelaku mendapat hukuman setimpal.
“Semoga dipermudahkan. Kenapalah singkat sangat fikiran.
“Gambar clear tu. Mesti tak senang duduk.
“Biar famous sebab malu. Cari kerja halal la.
“Semoga Allah permudahkan urusan kamu dan berikan hukuman setimpal pada pelaku,” antara komen-komen netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat mendedahkan emosi isterinya, Nazirah Muhammad masih lagi belum stabil selepas pemergian anak, Khairul Afnan Khairul Azmi yang meninggal dunia pada 30 September lalu.
Menurut Azmi, dia akan isteri sehingga kini masih menziarahi pusara arwah Afnan.
“Alhamdulillah sekarang saya okey, cuma saya dan isteri akan ke pusara arwah anak sekali atau dua kali dalam seminggu. Apa yang penting adalah untuk tenangkan emosi isteri memandangkan kami jarang ada masalah dalam rumah tangga.
“Bagi saya, soal kehilangan adalah masalah yang paling besar terjadi. Mungkin sebab kami menunggu zuriat sudah lama, jadi apabila dia (anak) pergi sudah pasti ia satu kerinduan berat.
“Malah, ada ketikanya dia tiba-tiba akan menangis rindukan anak, misalnya bila membaca mengenai soal cahaya mata. Apa yang mampu saya lakukan adalah dengan memeluknya dan meminta dia untuk bersabar atas ujian daripda-Nya,”’katanya.
Azmi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Kempen Raikan Ramadan anjuran Yayasan Maghfirah di Kajang, Selangor.
Menurutnya lagi, buat masa ini dia belum merancang untuk mengambil anak angkat atau meminta isterinya menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata baru.
“Setakat ini kami sepakat untuk tidak mengambil anak angkat kerana soal zuriat perancangan Allah SWT.
“Lagipun usia kami masih mampu untuk merancang zuriat. Saya bimbang kalau ambil anak angkat nanti, tiba-tiba ada anak sendiri dan risau akan terbahagi kasih sayang itu.
“Jadi seeloknya saya tunggu saja rezeki daripasa Ilahi. Mengenai rawatan IVF pula memang ada berbincang dengan isteri tapi belum ke fasa serius,” katanya.
Terdahulu Azmi hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari selepas anaknya terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September tahun lalu akibat kegagalan fungsi otak.
Azmi dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 2011.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...