Pelakon Syafiq Kyle sedia maklum apabila menjayakan sesebuah watak aksi, seseorang pelakon itu mungkin terdedah kecederaan fizikal.

Demi filem Siku 12: Langkah Derhaka terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd, Syafiq mendedahkan dia ada alami lebam-lebam di kaki dan tangan serta kepala benjol susulan terhantuk ketika menjayakan babak pertarungan di gelanggang.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, berkata, kecederaan kecil yang dialaminya dianggap sebagai hal lumrah, demi memberikan yang terbaik di dalam watak yang diberikan.

Malah, dia optimis untuk cabar diri, mengambil watak yang berbeza menerusi mana-mana naskhah.

“Sudah Namanya Filem Aksi, Saya Mengalami…,” – Syafiq Kyle “Sudah Namanya Filem Aksi, Saya Mengalami…,” – Syafiq Kyle

“Sudah Namanya Filem Aksi, Saya Mengalami…,” – Syafiq Kyle

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dulu (PKP), saya memang menghabiskan masa bersenam dan berlatih di gimnasium.

“Justeru, saya tiada masalah dari aspek stamina dan kecergasan untuk melakonkan babak pertarungan sebagai peninju dalam filem Siku 12: Langkah Derhaka itu,” katanya.

IKLAN

Berkongsi cabaran sepanjang penggambaran, Syafiq turut ikuti sesi latihan bersama guru terlatih demi menjiwai watak.

“Selain ada asas seni Muay Thai, saya juga berlatih dengan guru seni silat Siku 12 dari Pulau Pinang sebelum memulakan penggambaran.

“Sudah namanya filem aksi, saya juga mengalami lebam-lebam di kaki dan tangan dan kepala juga benjol kerana terhantuk ketika menjayakan babak pertarungan di gelanggang,” ujarnya.

Dalam filem genre aksi arahan Azhari Zain itu, Syafiq bergandingan dengan aktor, Zahiril Adzim selaku teraju utama.

IKLAN

Ia dimantapkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Moon, Lobak dan Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar serta dibantu oleh Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.

Mengenai gandingan dengan Zahiril pula, kata Syafiq, ia kali pertama dia bekerjasama dengan pelakon senior itu.

“Sudah Namanya Filem Aksi, Saya Mengalami…,” – Syafiq Kyle“Sudah Namanya Filem Aksi, Saya Mengalami…,” – Syafiq Kyle “Sudah Namanya Filem Aksi, Saya Mengalami…,” – Syafiq Kyle

“Zahiril juga ada asas dalam seni silat dan saya juga tiada masalah untuk mendapatkan keserasian berlakon dengannya.

IKLAN

“Dia bukan saja pelakon senior yang berpengalaman tetapi juga kelakar ketika di lokasi,” ujarnya lagi.

Antara cabaran lain, kata Syafiq, dia perlu menguasai dialek Kedah untuk menjiwai watak utama sebagai Atid dalam filem itu.

Filem Siku 12: Langkah Derhaka yang baru sahaja ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober lalu mengisahkan konflik di antara dua sahabat iaitu Atid dan A-Wut yang tinggal di Kampung Siam, Pendang, Kedah.

Mereka sangat meminati seni mempertahankan diri Muay Thai yang mana sebuah pertandingan turut dianjurkan selepas sesi padi dituai. Ia terbuka kepada peninju dari Thailand, setiap tahun.

Bagaimanapun, dek kerana rasa iri hati dan sanggup mengkhianati, ia akhirnya telah menyebabkan hubungan persahabatan musnah.

Apa kesudahannya, tonton filem Filem Siku 12: Langkah Derhaka di pawagam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI