Apabila bercakap mengenai kisah percintaan di antara keluarga Senrose, boleh dikatakan Raysha paling bernasib baik di dalam jalinan kasih sayangnya memandangkan usia perkenalan bersama atlet sukan permotoran, Nabil Jeffri pun mencecah usia enam tahun lamanya.

Jika Nelydia pula sudah pun mengakui dirinya sudah pun bersedia untuk bergelar seorang isteri, nasib si kakak sulung, Uqasha Senrose pula tidaklah secerah yang adik-adiknya. Beberapa ikatan cinta yang terjalin, akhirnya putus di pertengahan jalan.

Ditanya  sama ada Raysha memberikan apa-apa nasihat buat Uqasha perihal cinta, pemenang Dewi Remaja ini memberitahu sebagai seorang adik, dia pastinya mahukan yang terbaik buat adik-beradiknya yang lain, bukan sahaja Uqasha dan Nelydia.

Tentunya, doa dan nasihat yang baik akan saling diberikan.

IKLAN

“Jujurnya kami ada juga berkongsi. Dia pernah cakap, saya bertuah kerana ditemukan dengan insan yang betul dan terbaik. Lalu saya beritahunya, insyaAllah suatu hari pasti akan jumpa lelaki yang betul. Sebagai ahli keluarga sudah pastinya kita harapkan yang terbaik. Jadi kami saling berdoa untuk kebaikan masing-masing.

 

“Tambah pula, soal jodoh itu bukan kuasa kita. Cepat atau lambat hanya Dia yang menentukan,” kata Raysha ketika ditemui pada majlis pelancaran drama terbaru lakonannya, Cintaku Di Bumi Izmir.

Selain Raysha, drama 30 episod terbitan Creative Skill itu turut dijayakan Hefny Sahad, Nabila Razali, Syafie Naswip, Noniswara dan ramai lagi. Ia telah pun memenui penonton menerusi saluran Unifi TV (Hyppsensasi 116), setiap Isnin dan Selasa bermula 27 Ogos lalu.

Terkini, Uqasha dikaitkan sedang berkawan rapat dengan pelakon baru, Ben Amir. Sebelum ini, pelakon cantik berkenaan pernah menjalin hubungan cinta dengan rakan pelakon Raysha menerusi drama bersiri ini iaitu Hefny Sahad.

IKLAN

Foto: Instagram Uqasha/Raysha Rizrose

IKLAN

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI