Ads

“Struggle Jugak Puasa Time Sarat-Sarat Ni,”- Izreen Azminda

Bagi ibu yang sedang sarat mengandung di bulan ramadan, bukanlah suatu perkara yang mudah.

Ini kerana, masing-masing mempunyai alahan serta situasi berbeza hingga menyebabkan mereka perlu kuat untuk menjalaninya.

Lalu, mungkin itulah yang telah dilalui bagi pelakon versatil, Izreen Azminda yang kini sedang sarat hamil anak keduanya.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram menerusi posting yang dikemas kini.

Menerusi entri tersebut, pelakon itu telah berkongsi pengalaman puasanya sedang diri berbadan dua.

Ads

“Ermmm nk beli apa kat bazar ni erk? Fuh struggle jugak la puasa time sarat2 ni, ”tulisnya ringkas.

https://www.instagram.com/p/BxHfmBdHnIGzbTmzETLJQVF-z-F0QWl59AAnMs0/

Ads

Pelakon yang berusia 33 tahun itu kini sedang meniti hari untuk melahirkan bayi yang dikandung.

MH mendoakan semoga semua urusan Izreen untuk melahirkan bayi itu nanti dipermudahkan.

Ads

Untuk rekod, Izreen dan suaminya Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 lalu.

Anda mungkin berminat dengan

https://www.instagram.com/p/BwsAWZJnYOCyg8zdzVhKn0OZXzrvzx6SKorOlc0/

https://www.instagram.com/p/BwSEhk9HCcRLzswEGTpbSogTEjuFQQd_MYfJmw0/

Foto : Instagram Izreen Azminda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Bekas Isteri Andre Taulany Dilapor Polis, Didakwa Aniaya Pembantu Rumah

Bekas isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal Indonesia, Andre Taulany, dilaporkan kepada pihak polis atas dakwaan melakukan penganiayaan terhadap pembantu rumah. Wanita berkenaan, Rien Wartia...
error: Hello. Cannot.