Meski bergelar penyanyi dangdut khasnya di Indonesia, namun Baby Shima masih menjaga batas, terutamanya dalam etika pemakaian.
Shima menjelaskan bahawa dia amat menitikberatkan pemakaian terutama ketika mengadakan persembahan atau mana-mana konsert.
“Kadang-kadang bila show, mereka (peminat di Indonesia) maklum saya gelek tak sehebat dan tak seseksi Inul, Ayu Tinting dan ramai lagi,” kata Shima kepada MH.
Bagaimanapun, Shima terima dengan hati terbuka terhadap respon peminatnya itu.
Ads
“Saya okay je apa yang mereka cakap. Tapi bagi saya, cara gelek itu sahaja yang saya mampu buat,” jelas Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli ini lagi.
Sementara itu, Shima yang popular di negara seberang dan sering mengadakan konsert, turut mengakui menolak carabaik sekiranya disediakan pakaian yang terlalu mencolok mata.
“Pernah juga mereka sediakan baju yang terlalu seksi tapi saya tolak dengan cara baik,” jelas Shima yang ditawarkan memakai pakaian bertali halus dan skirt singkat.
Ads
“Mungkin bagi mereka itu tak seksi, tapibagi saya ia teramat seksi.
“Setakat ni paling seksi yang saya pernah pakai adalah baju jenis off-shoulder dan skirt paras lutut. Itu sahaja,” kongsi Shima lagi.
“Kadang-kadang saya juga ada bawa baju sendiri. Saya akan pakai baju sendiri kalau baju yang mereka sediakan itu terlalu seksi,” kongsi Shima lagi.
Tambah Shima yang popular dengan lagu Roadblock Hatiku, masyarakat Indonesia menganggap genre muzik dangdut sebagai satu simbol seks.
“Kalau kita tengok artis dangdut di Indonesia pakai seksi sebab bagi mereka aliran muzik dangdut itu adalah satu simbol seksi dan kena gelek kuat,” akhiri Shima.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara My Doctors serta bintang Viral, Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin terkejut apabila mendapati jumlah bil hospital melibatkan isterinya yang melahirkan anak pertama mereka mencecah kos sekitar RM20,000.
Malah, perkara tersebut turut menyebabkan isterinya menangis.
Perkara tersebut dimaklumkannya menerusi posting terkini di Instagram.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Umum mengetahui selebriti dan usahawan, Tya Arifin telah melahirkan cahaya mata keduanya, Azzahra Jiwa Asyraf jam 9.21 pagi semalam.
Tya yang juga menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada berkongsi video yang melihatkan detik-detik terindahnya sebelum proses bersalin.
Malah, Tya juga mendedahkan sebab memilih nama Azzahra.
“Alhamdulillah syukur, “Azzahra Jiwa” @azzahrajiwaasyraf telah lahir di kehidupan kami. Semoga ianya menjadi anak yang sholeha, sesuai dengan arti namanya , Azzahra Jiwa, Wanita yang memiliki kecerdasan dan keindahan jiwa yang luar biasa ❤️ Amin Ya rabbal Alamin,” tulis Tya.
Menjengah di Instagram Asyraf pula, dia turut meluahkan rasa syukurnya kerana kini sudah dikurniakan sepasang cahaya mata (Azzahrah dan Arif Jiwa,2 tahun)
“Alhamdulillah, i’m so happy to finally have a baby girl. Zahra is the 1st grandaughter for my parents & it means a lot to us to finally have a baby girl in the family. I’m so proud of my wife, Tya for being such an amazing women. She was carrying Zahra in her, at the same time taking care of Arif & I, and not just that, she would also give her 100% in whatever she’s doing, even up till the last few days.
“Just a barely a few weeks ago, she was still giving a talk infront Mutyara beauty’s agents, hundreds of them. She still gave her all & she was just amazing. I pray that baby Zahra will be as strong, smart, passionate & hardworking as her mother one day. I hope she can make our family proud, like how her mother always make her family proud..
“Thank you sayang for everything, thank you for giving birth to our children, & thank you for being the best wife i could ever ask for. I love you @tyaarifinnw , @azzahrajiwaasyraf & @arifjiwaasyraf. Arif jangan risau, ayah jadi your bestfriend ok,” tulisnya.
Petah dengan loghat Pantai Timur, Terengganu, Mat Dan bersama isterinya, Nadifa Adnan dan anaknya, Muhammad Zayne Tyler sama-sama menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu buat pertama kali.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.