Isteri kepada pelawak, Atu Zero, Shafeeqa Johari mendedahkan suaminya telah menerima maklum balas daripada pihak sebuah stesen televisyen tempatan berhubung isu pembayaran lewat yang telah disuarakannya baru-baru ini.

Meskipun telah berjanji untuk membuat pembayaran, Shafeeqa agak terkilan apabila pihak stesen televisyen tersebut didakwa menyifatkan tindakan Atu seperti perumpamaan anjing makan tuan.

Jelas Shafeeqa, ayat yang digunakan itu sememangnya tidak wajar kerana suaminya itu hanya ingin menuntut hak diatas kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqa_johari)

“Peribahasa dalam Bahasa Melayu yang ringkas untuk fahami ‘anjing makan tuan’. Mungkin ada banyak lagi peribahasa Melayu yg lebih enak untuk dibaca dan digunakan untuk ditujukan.

“Nak bahasakan seseorang dengan anjing itu bukan penyelesaian yang baik. Kesian saya tengok suami kerja. Kadang-kadang kerja yang tiada include dalam kontrak pun dipaksa buat. Dia hanya perjuangkan hak dia yang dia datang kerja dan commitment yang telah diberi,” tulisnya.

Foto tangkap layar perbualan di aplikasi Whatsapp itu dikongsikan oleh Shafeeqa menerusi sebuag hantaran di Instagram.

IKLAN

Katanya lagi, suaminya itu telah menunggu lebih sebulan daripada tarikh yang dijanjikan namun pembayaran masih lagi belum dibuat.

“Sampai ke office pulang bersama janji. Bertabah lagi menunggu 31 hari lagi. Belum kira April lagi. Ditambah lagi janji sebelum raya. Tak larat lah kami. Penat dah dengan janji-janji ni. First payment lambat, second payment lambat dan third payment loading.

“Bila ditanya jawapan dalam proses tanpa tarikh yang ditetapkan. Dia mencari rezeki. Bukan kami orang kaya atau berkehidupan mewah yg boleh petik jari saja. Kami bekerja. Rezeki itu pon bukan hak kami semua,” ujarnya lagi.

IKLAN

Malah, Shafeeqa turut memaklumkan wang tersebut bukan sahaja digunakan untuk komitmen keluarga tetapi juga untuk program kebajikan.

“Ada untuk anak-anak, ibunya, misi bantuannya termasuk lah saya sendiri sebagai isteri. Bila dia tunjuk mesej ni dekat saya, jiwa sebagai seorang isteri yang melihat suaminya bekerja, sedih. Sampai begini mereka buat dekat suami saya.

“Tak mengalah. Harap settlekan lah semua. Sekali dengan dua job lagi termasuk payment saya ya. Tak banyak tapi boleh tampung kain kafan untuk fakir miskin sebab rezeki itu bukan kami enjoy sorang-sorang,” akhirinya.

IKLAN

Baru-baru ini, menerusi saru hantaran di laman Instagram, Atu meluahkan rasa kesal terhadap tindakan stesen televisyen berkenaan yang lambat membuat pembayaran bagi sebuah program realiti lawak yang telah pun tamat bersiaran.

Katanya lagi, dia seperti harus mengemis untuk meminta gajinya sendiri.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Shafeeqa Johari & Atu Zero

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI