
Penampilan penyanyi Aina Abdul yang membuat kemunculan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH), malam ini mencuri perhatian warganet.
Aina bersama ‘glam team’ membuat kelainan dengan hadir menaiki lori lutsinar lalu turun di hadapan pintu utama Istana Budaya.
Lebih unik, Aina turut mengenakan baju blazer saiz gegasi berwarna merah rakaan Behati.
Menurut Aina, dia berasa selesa dengan konsep konsep blazer bersaiz besar bersaiz empat kaki lebar.
“Saya memang selesa dengan konsep blazer bersaiz besar seperti mana yang kerap saya pakai sebelum ini.
“Jadi, kali ini saya mengambil inspirasi daripada konsep itu dan meminta pereka untuk menghasilkan blazer bersaiz empat kaki lebar.
“Bagi saya, ‘go big or go home’. Saya hanya mahu seronok sahaja untuk malam ini dan mengharapkan yang terbaik buat semua yang bertanding,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Aina juga turut berkongsi maksud di sebalik busana yang dipakainya.
“Konsep bunga mawar bagi persalinan kedua pula adalah sebagai rentetan daripada konsep sebelum ini di mana saya memakai busana dengan inspirasi daripada mawar hitam. Kali ini saya memakai busana mawar merah.
“Saya mengambil masa tiga jam untuk disiapkan. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan hasilnya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
“Hang Level Legend, Kenapa Nak Masuk?,” – Ada Yang Persoal, Ezad Lazim Turut Dedah Exists Rupanya Tak Tahu Dia Masuk All Starts GV

Penyanyi Ezad Lazim mendedahkan anggota kumpulannya, Exists masih belum mengetahui tentang penglibatannya di program realiti, All Star Gegar Vaganza (GV10) sehinggalah dia membuat persembahan pada minggu pertama saingan.
Jelas Ezad, dia percaya pelibatannya di GV10 ini tidak akan menjejaskan kedudukannya selaku vokalis kumpulan berkenaan, serta persiapan persembahan yang bakal dilakukan mereka pada masa depan.
“Saya tak bagitahu mereka tentang penyertaan ini. Mereka ada bertanya mengenai jadual saya untuk beberapa jemputan persembahan tapi ketika itu, saya tak boleh bagi kata putus.
“Namun, saya rasa tiada masalah untuk saya kembali sertai GV10. Ini juga merupakan platform yang menaikkan nama saya kembali ketika bergerak solo.
“Jadi, bila Exists kembali reunion, saya pula kembali bersaing di GV10,” katanya kepada MH.
Ezad berkata sedemikian ketika ditemui sejurus konsert minggu pertama yang berlangung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, pada Ahad.
Katanya lagi, dia akan berusaha sebaik mungkin untuk membahagikan masa lebih-lebih lagi apabila Exists juga bakal sibuk mengadakan konsert berskala besar menjelang akhir tahun.
“Saya akui akan berdepan sedikit kekangan untuk sesi latihan bersama Exists. Pada bulan Disember nanti, kami akan ada konsert besar-besaran hampir setiap minggu.
“Pada waktu tu, GV10 memang sudah tamat tapi andai kata saya bertahan sehingga ke final, saya akan penat sedikit.
“In Sha Allah saya akan cuba membahagikan masa sebaiknya. Saya hanya mengikut aturan Allah SWT. Kalau Allah izinkan dan berikan rezeki, saya percaya tiada yang mustahil,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagu Jesnita ini turut mendedahkan antara sebab dia ingin menyertai GV 10 adalah untuk mencabar diri dan keluar daripada zon selesa.
“Ada kawan-kawan rapat yang mempersoalkan saya ini sudah mencapai tahap penyanyi legend tapi kenapa masih nak masuk pertandingan nyanyian?
“Saya tak nafikan kedudukan saya ketika ini memang agak selesa memandangkan undangan nyanyian dan peluang untuk mengadakan konsert masih ada tapi saya suka mencabar diri.
“Bila terlampau selesa pun tak best juga. Saya dah lama tak masuk pertandingan. Lagipun, saya suka konsep GV. Saya berpeluang menyanyikan lagu-lagu orang lain. Saya jarang dapat peluang itu ketika buat persembahan di luar,” akhirinya.
Terdahulu, Ezad merupakan antara enam peserta hot seats yang berjaya menyertai GV10 dan akan bersaing dengan 10 juara GV terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
“Konon Pandai Menilai Tapi Terserlah Kebodohan,” – Melampau Hina Rupa Paras, Tokti Back Up Liza Hanim

Penyanyi terkenal, Liza Hanim akui terkilan dengan sikap pemilik akaun Instagram, @jab_netizen yang keterlaluan mengkritik fizikal dan rupa parasnya.
Individu berkenaan telah meninggalkan komen tersebut di sebuah hantaran video yang dikongsikan di laman Instagram Media Hiburan awal pagi tadi.
Menurut Liza, walau bagaimanapun tanggapan orang luar mengenai rupa parasnya, namun, dia tetap bersyukur dengan segala kurniaan Allah terhadap dirinya.
“Bukan sentap, bukan. Tetapi perlu bercakap mengenai perkara ini. Kenapa orang tak cantik memang tak boleh menang apa-apa ke di Malaysia or international?
“Orang yang tak putih hidung tak mancung memang tak boleh ke berjaya di Malaysia ni? Yer betul akak sedar dan akak sangat bersyukur dengan apa yang Allah SWT telah kurniakan pada akak.
“Selagi saya gembira bersama keluarga, saya tak kisah la semua cantik buruk ke akak ni bagi standard manusia.
“Allah kurniakan bakat untuk akak boleh menyanyi tapi akak tak ada rupa paras yang mana semua mahukan. Putih cantik gebu mancung semua tu tapi akak tetap bersyukur,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Isnin.
Katanya lagi, kata-kata cacian tersebut tidak akan sesekali mematahkan semangatnya untuk terus berjuang di dalam industri seni.
“Tergamak nak bagi comment macam ni, berkali kali pulak tu, why? Motif? Kekadang bahasa kata tu lagi penting dari rupa paras tau.
“Akak tak goyang dengan cacian kutukan kritikan sesiapa tapi budaya sekarang agak melampau. Kadang-kasang akak tertanya juga rupa orang yang tulis ni macam mana la agaknya?
“Ini merupakan tahun ke 26 saya di dalam industri ini. Pelbagai dah yang akak lalui dan hadapi,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Gelisah Mimpi ini juga menyeru kepada semua pihak yang senasib dengannya untuk terus bangkit dan memperjuangkan mimpi mereka.
“Jadi, benda kutukan secara halus mu ni tak goyangkan akak dik tapi aku sedih, awak tak bertimbang rasa dan tak sensitif.
“Posting ni utk semua yang pernah kena kutukan macam akak untuk kita bangkit, terus kuat dan buat sahaja semua perkara yang buatkan kita gembira untuk diri sendiri dan keluarga.
“Bersyukur kepada Allah SWT atas segala kurnianya,” katanya lagi.
Hantaran tersebut turut mendapat respon daripada rakan selebriti yang juga merupakan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Jelas Siti, komen tersebut sememangnya melampau dan secara tidak lansung telah mencerminkan keperibadian pemilik akaun Instagram berkenaan.
“Tulisan daripada @jab_netizen jelas menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik dan hati yang hitam. Jangan menyentuh soal fizikal, sebab semu orang tidak sempurna. Kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya.
“Kakak sayang, Liza Hanim, teruskanlah perjuangan kerana setiap pengorbanan dan kesungguhan, Allah SWT janjikan kejayaan!! Inilah masanya. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya buatmu, kak,” tulisnya.
Selain Siti, antara selebriti lain yang turut menunjukkan sokongan terhadap Liza antaranya, pelakon, Azira Syafinaz, Aishah Retno dan Nad Zainal.
Sehingga kini, hantaran tersebut telah dihujani ribuan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & kredit foto: Instagram Liza Hanim & Siti Nurhaliza
KFC Lancar Reversible Bucket Hat & Pin Enamel Zink Bersalut Emas 24K Pula, Kolaborasi Gempak KFCxUjangxPMC Kini Untuk Semua

Masih ada yang frust ke sebab terlepas untuk mendapatkan koleksi barangan edisi terhad ‘Aku Budak KFC’ yang telah dilancarkan baru-baru ini?
Katanya ada yang teringat-ingat sampai susah nak tidur malam. Hmm, melepas.
Tapi, baru-baru ini, MH ada ternampak ramai yang menggayakan merchandise terbaharu KFC di IG dan Tik Tok. Mana datang pula tu? Dah la stylo habis.
Selidik punya selidik, rupa-rupanya MH baru tahu yang KFC telah pun melancarkan merchandise baharu lagi. Tak boleh jadi ni. Mana boleh terlepas untuk kali kedua.
Dua merchandise tersebut merupakan hasil kerjasama dengan kartunis terkenal, Ujang dan jenama streetwear terkemuka negara, Pestle & Mortar Clothing (PMC). Cool Gila kan…
Kolaborasi gempak ini diberi nama KFCxUjangxPMC. Ketiga-tiga jenama ini sememangnya dekat di hati seluruh rakyat Malaysia.
KFCxUjangxPMC kini hadir dengan dua merchandise eksklusif iaitu Topi Dua Gaya Kepci dan Pin Enamel Zink Bersalut Emas 24K.
Jika sebelum ini barangan eksklusif Aku Budak KFC hanya boleh didapati buat mereka yang hadir ke acara Kentucky Town di Sunway Pyramid, namun, kali ini, KFC mendengar permintaan anda.
KFCxUjangxPMC bakal dilancarkan di restoran KFC di seluruh negara. Jadi, kali ini, anda tidak perlu risau lagi.
Untuk pengetahuan anda, Topi Dua Gaya Kepci bakal dijual pada harga RM29.90 manakala Pin Enamel Zink Bersalut Emas 24K pula berharga RM15.
Sementara stok masih ada, jom ramai-ramai serbu restoran KFC berhampiran anda untuk mendapatkan items eksklusif KFCxUjangxPMC. Jangan lepaskan peluang ini okay. Nanti sedih lagi. Good luck.
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh sahaja pergi ke KFC App Malaysia.