Pelakon, Hafreez Adam menasihatkan para pelakon baru untuk tidak terlalu mementingkan keadaan wajah ketika berlakon sehingga membuatkan watak mereka kelihatan tidak logik.

Menurut Hafreez, sesetengah pelakon sentiasa mahu kelihatan cantik dan tampan walaupun tuntutan watak memerlukan mereka kelihatan berbeza.

“Bawa Watak Kampung, Rambut Nak Cantik Terletak,” – Terlalu Risau Soal Wajah Depan Lensa, Ini Nasihat Hafreez Adam

“Saya hanya bercakap secara general. Ini perkara yang pernah saya lihat sendiri di depan mata.

“Bila seseorang pelakon itu diberikan watak sebagai orang kampung, mereka tetap mahu kelihatan cantik atau tampan di hadapan kamera.

“Rambut pula nak cantik dan terletak. Tak sesuai la begitu. Kalau pengarah sudah tetapkan imej kita, ikut sahaja. Karakter ketika berlakon dan kehidupan sebenar tak sama,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, peminat akan lebih teruja apabila mereka dapat melihat sisi lain pelakon kesayangan mereka.

“Bawa Watak Kampung, Rambut Nak Cantik Terletak,” – Terlalu Risau Soal Wajah Depan Lensa, Ini Nasihat Hafreez Adam

IKLAN

“Kalau anda risau orang nampak anda tak cantik atau tak handsome, tak mengapa. Dalam kehidupan sebenar, anda dah memang elok. Di Instagram pun orang tahu anda ada rupa.

“Kalau saya sebagai penonton, bila tengok seseorang pelakon itu cantik atau tampan di media sosial tapi bila berlakon nampak imej yang lain, saya akan kagum.

“Sesetengah pelakon sekarang sangat menitikberatkan soal penampilan ketika didalam sesebuah naskah,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon filem Jemputan Ke Neraka ini turut mengingatkan para pendatang baharu untuk sentiasa menjaga disiplin untuk membina reputasi yang baik.

IKLAN

“Kalau pergi shooting, tunjukkanlah disiplin dan dedikasi anda. Bila kita jaga dua perkara ini, penerbit atau pengarah akan suka panggil kita lagi.

“Mungkin nama kita belum dikenali peminat atau rumah produksi lain tapi kalau pengarah suka dengan sikap kita, dia akan beri kita lebih banyak peluang.

“Itulah cara untuk nak menembusi dunia industri ini. Bila rezeki kita dah sampai untuk mendapatkan naskah dan team produksi yang bagus, insyaAllah drama kita akan meletop.

“Saya sudah merasainya bila drama saya yang berjudul Bila Hati Berbicara sukses. Kejayaan itu telah membuka banyak peluang lain buat saya, ujarnya lagi.

IKLAN

“Bawa Watak Kampung, Rambut Nak Cantik Terletak,” – Terlalu Risau Soal Wajah Depan Lensa, Ini Nasihat Hafreez Adam

Dalam pada itu, Hafreez turut berharap agar para pelakon baharu untuk tidak mengubah sikap walaupun setelah mengecap populariti.

“Pada saya, nak kekal lama, kita kena jaga disiplin. Jangan rasa bila kita sudah popular atau berjaya, kita boleh abaikan disiplin terutama sekali soal masa.

“Kita jadi rasa tak bersalah sebab rasa diri kita bagus. Orang akan suka bekerja dengan kita bila kita hormat masa dan menyenangkan orang lain.

“Janganlah meminta perkara yang pelik-pelik. Satu perkara lagi, jadilah baik dengan semua orang,” akhirinya.

Terdahulu Hafreez kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaharunya yang berjudul Jemputan Ke Neraka.

Filem turut menampilkan barisan pelakon seperti Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hariz Hamdan dan Amy Nurtinie.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI