Kes pembuangan bayi di negara ini dilaporkan berada di tahap yang agak membimbangkan.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan sejumlah 256 kes pembuangan bayi direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terbaru, menerusi satu ciapan yang dikongsikan di platform Twitter, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki memberi tahu, dia bersedia untuk membantu para ibu yang mempunyai kekangan untuk membesarkan bayi mereka.

Menurut pelakon filem Papadom ini lagi, setiap bayi berhak untuk meneruskan kehidupan dan bukannya dibunuh.

“Ada ke orang yang nak saya jaga baby diorang pasal tak mampu atau malu? Jangan buang atau bunuh baby tu.

“Biar saya jaga! Kalau ada message saya. Saya nak jaga,” tulis.

IKLAN

Jelas Afdlin lagi, mana-mana pihak yang memerlukan bantuannya boleh menghubunginya atau menghantarkan mesej di seluruh platfrom media sosial kepunyaannya.

“Tak Mampu Atau Malu? Hubungi Saya,”- Jangan Buang Bayi, Afdlin Shauki Sedia Nak Jaga “Tak Mampu Atau Malu? Hubungi Saya,”- Jangan Buang Bayi, Afdlin Shauki Sedia Nak Jaga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan inisiatif yang mahu dilakukan Afdlin selain turut berharap agar segala usaha tersebut dipermudahkan.

“Usaha yang sangat baik Afdlin. Semoga dimurahkan rezeki dan sihat selalu. You have a heart like an angel.

IKLAN

“Semoga murah rezeki bang.

“Tahniah Abang. Semoga Allah merahmati segala usaha murni ini.

“Sesiapa yang tidak mahukan anak sama ada tak mampu atau ada masalah peribadi yang lain, boleh ke pusat kebajikan atau mesej sahaja Afdlin. Bunuh nyawa yang tidak bersalah tidak akan menyelesaikan masalah,” antara komen-komen netizen di Instagram.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Afdlin kini sedang sibuk mempromosikan program televisyen, Mega Spontan yang bakal memasuki pusingan akhir pada Jumaat ini.

“Tak Mampu Atau Malu? Hubungi Saya,”- Jangan Buang Bayi, Afdlin Shauki Sedia Nak Jaga “Tak Mampu Atau Malu? Hubungi Saya,”- Jangan Buang Bayi, Afdlin Shauki Sedia Nak Jaga

Mega Spontan ditayangkan bermula jam 9 malam disaluran Astro Warna dan Astro Go.

Malah, Afdlin juga kini sedang menjawat jawatan sebagai pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Media Sdn Bhd.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Afdlin Shauki

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI