Gelagat anak pereka fesyen Jovian Mandagie, Jeanelle Nika Mandagie ketika bertemu bintang pop terkenal, Justin Bieber tidak semana-mana menjadi tumpuan netizen.
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram milik anaknya itu, sepotong video pendek tersebut menyaksikan anak perempuannya menepis jari Justin.
Lengkap dengan kapsyen berbaur humor, rata-rata netizen terhibur malah ada yang terkejut dan cemburu kerana dapat merakam foto bersama bintang dunia berkenaan.
Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah ada berkongsi sekeping gambar bersama sahabat baiknya, Anita Baharom beberapa minit lepas.
Dalam pada masa yang sama, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah ada menitipkan ucapan dedikasi sempena hari jadi Anita yang ke-36 tahun.
“Sanah Helwah, Happy Birthday, Selamat Hari Lahir yg ke 46 tahun sahabat dunia akhirat ku @anitabaharom Eh betul ke 46? Betul kan beb!! Yelah2 36..
“Minah solehah ni, ibu yg baik, cantik luar dalam. Kami kenal lama dah sejak zaman anak dara sampailah skrg msg2 dah ada anak dara sendiri. Dia sorang je anak dara, yg lain teruna. Bonda ni 3 anak dara..
“Moga Syurga buat kau sahabat ku. Walaupun ko mulut potpet2 versi murai bertih bagai (cakap dg cermin) tp hati cantik baik sungguh,” tulis Yatt.
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
“Nanti kalau x jumpa aku dlm Syurga, cari aku ya. Sebut nama aku dpn Allah ya beb minta bawa aku bersama dlm SYURGA. Ameen…
“Sayang kau dunia akhirat lillahitaala in shaa Allah…
“Haa semua orang lekas komen bg ucapan Birthday pada Cik Puan @anitabaharom ni. Dan komen juga apa yg serupa pd muka kami. Selain Kajol dan Kim Kardashian, Anita Baharom juga antara yg disamakan wajah dg Bonda,” tulis Yatt lagi.
Untuk rekod, kedua-dua wanita berhijab ini pernah bergandingan dalam sebuah drama bersiri popular Dunia Baru satu ketika dahulu.
Apa-apa pun, MH ucapkan selamat hari jadi buat Anita dan semoga persahabatan kalian kekal hingga syurga!
Foto : Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.