Selepas mengorak langkah dalam dunia lakonan dan pengacaraan, kini pelakon, Riena Diana sekali lagi melebarkan sayapnya apabila kini tampil bergelar penyampai radio pula.
Perkara tersebut diumumkan sendiri syarikat stesen radio swasta, Hot FM menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Pelakon drama, Kampung People itu bakal bergandingan bersama rakan penyampai Haziq Hussni dan Deen untuk segmen pagi sepanjang minggu ini.
“Surprise from Lailerrr! Hahaha @rienadiana_ nak caras job @deen_hotfm & @haziq_hotfm minggu ni. So guys, jangan lupa dengarkan Deen, Haziq & Riena on air sepanjang minggu ni dari 6 pagi hingga 10 pagi! Hot FM, Lebih Hangat Daripada Biasa,” tulisnya pengendali akaun tersebut.
Ads
Riena yang memulakan tugasnya pada pagi ini mengakui berasa sangat terharu kerana diberi peluang untuk mencuba sesuatu yang baru buat dirinya.
“Alhamdulillah everything went well this morning! Thanks @hotfm976 for the opportunity this week dapat jadi radio announcer. Something new in my life & thanks to u both @deen_hotfm @haziq_hotfm jugak, u guys r awesome!
“Jangan lupa dengarkan kami esok pagi 6-10am di hot fm 97.6,” katanya.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis teruja dengan pengumuman tersebut selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Riena.
Ads
Sebelum ini, segmen pagi radio berkenaan iaitu Geng Pagi Hot dikendalikan oleh gandingan Syuk Sahar, Shuib dan Fizie.
Bagaimanapun, ganding tersebut dikhabarkan akan direhatkan seketika bagi memberi ruang buat pihak pengurusan menjalankan siasatan dalaman berhubung isu yang membabitkan Shuk seperti yang tular baru-baru ini.
Manakala, Shuib Sepahtu pula baru sahaja mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio berkenaan bagi memberi lebih tumpuan terhadap perusahaannya.
Sumber: Instagram Riena Diana & Hot FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, perkhidmatan penstriman media, Over The Top (OTT) bukan sahaja memudahkan akses bagi penonton menikmati filem, muzik, drama dan pelbagai kandungan digital, malah harga berpatutan ditawarkan merangkumi penggunaan lebih meluas.
Apatah lagi, dengan kekangan pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan, ramai yang memilih hiburan di hujung jari sahaja.
Lalu, telefon bimbit yang mempunyai akses internet boleh menstrim filem dan pelbagai kandungan digital di mana sahaja.
Mengambil peluang pada masa yang tepat, Mbits Digital Sdn Bhd memperkenalkan saluran Popcorn menerusi PLAY yang juga platform penyiaran digital tele-virtual OTT pertama dalam industri penyiaran di Malaysia.
Seperti aplikasi digital lain, PLAY boleh dimuat turun menerusi laman web, PLAY, Apple, Huawei dan Google Store.
Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Mbits Digital, Saraleana Nattaya Azmi, berkata, perbezaan PLAY dan penyiaran lain di Malaysia adalah kemudahan akses kepada kandungan digital, filem, muzik dan drama yang disediakan.
“PLAY adalah penyiaran digital baharu dan secara teknikalnya, PLAY seperti stesen televisyen (TV), cuma bezanya kami memilih platform penyiaran digital bukan penyiaran secara satelit.
“Kalau mahu membayangkan aplikasi digital yang sedia ada, ia seperti gabungan stesen TV, Netflix dn Spotify disebabkan kepelbagaian kandungan yang disediakan,” katanya.
Turut serta pada sesi pelancarannya ialah pengasas bersama yang juga Ketua Pegawai Strategik Mbits Digital, CL Hor dan Ketua PLAY, Ian Chin.
Dari segi jenis kandungan, Saraleana berkata, pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan seperti Video On Demand, muzik, konsert secara langsung, saluran pengeluar kandungan tempatan dan antarabangsa.
Semua ini boleh didapati pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui pelbagai jenis peranti.
“Tidak hanya filem, drama bersiri dan sebagainya, PLAY membolehkan pendengar menikmati senarai muzik dan podcast tempatan dengan memasangkan ke mana-mana peranti.
“Istimewanya, PLAY menampilkan pelbagai saluran berita tempatan dan antarabangsa, termasuk siaran langsung saluran sukan seperti bola sepak, perlumbaan kuda, games dan banyak lagi.
“Sehingga kini, pengguna PLAY boleh menonton drama K-Pop dan Asia yang menyediakan lebih 8,000 jam tontonan dengan pelbagai drama dan filem menarik,” katanya.
Malah memetik Berita Harian, PLAY turut memberi manfaat buat pengeluar kandungan bagi menjana pendapatan dengan menawarkan kandungan percuma untuk ditonton, bayar setiap kali menonton dan koleksi yang ditonton.
“PLAY dibina untuk produser kandungan sebab kami mempunyai elemen seperti panggung wayang. Kita sedia tahu karya tempatan perlu bersaing dengan filem antarabangsa untuk satu tempoh tayangan. Disebabkan itu, kebanyakan produser beralih kepada pawagam di rumah.
“Sekiranya produser mempunyai karya, mereka boleh menayangkannya menerusi PLAY.
“Caj seperti panggung wayang dikenakan, tetapi tayangannya diberi tempoh selama setahun. Ini adalah inisiatif PLAY untuk memberi manfaat kepada produser.
“Selain itu, kami memperkenalkan sistem PLAY Tiket iaitu konsep baharu yang membolehkan penonton membayar setiap kandungan seolah-olah membeli tiket di panggung wayang,” katanya.
Lebih menarik, PLAY membina platform Popcorn kerana mahu menyokong pengeluar kandungan tempatan dengan menawarkan tingkap digital ke dunia global. PLAY sudah memiliki 16 rakan strategi platform digital pelbagai pilihan di seluruh dunia.
Menerusi platfom Popcorn, katanya, ia boleh mempamerkan pelbagai budaya, bahasa, warisan, seni dan hiburan di Malaysia tanpa perlu membayar kos yang tinggi untuk memiliki platform atau saluran sendiri.
Saraleana berkata, usaha berkenaan dilakukan bagi mengembangkan kandungan tempatan ke peringkat global. PLAY boleh dijadikan landasan untuk mengangkat karya tempatan ke luar negara.
“Dunia tanpa sempadan melalui platform digital. Mengapa kita sebagai rakyat Malaysia harus ketinggalan zaman dan hanya bergantung pada platform digital antarabangsa?
“Sebagai penyiar tempatan, kita harus berkembang dan menyesuaikan diri dengan trend global ke arah digital. Inilah sebabnya kami memajukan PLAY.
“PLAY akan mempamerkan dan mengembangkan kandungan Malaysia ke seluruh dunia. Ia disesuaikan dengan keperluan digital yang semakin meningkat.
“Amat bermanfaat bagi pengguna dan pengeluar kandungan mempunyai platform alternatif untuk menikmati kandungan dan menjana pendapatan pada peringkat antarabangsa.
“Kami mahu menjadikan PLAY sebagai platform glokal untuk mempamerkan kandungan Malaysia dan Asia ke seluruh dunia. Kisah budaya dan warisan lebih baik diceritakan oleh kita sendiri,” katanya lagi.
Meski PLAY turut menawarkan pengguna pelbagai kandungan antarabangsa, Saraleana menjelaskan, platform itu lebih fokus kepada kandungan tempatan dan Asia, selaras dengan usaha mengangkat karya tempatan.
Justeru, katanya, bagi menggalakkan orang ramai merasai pengalaman berhibur di hujung jari, PLAY memberi pengguna akses percuma selama tiga bulan, sejak awal bulan ini.
“Selepas tiga bulan, pengguna perlu melanggan dengan hanya bayaran RM5 sebulan untuk mengakses semua kandungan termasuk kandungan premium terpilih. Kandungan premium lain tertakluk kepada pilihan pengguna untuk melanggan dan menikmati.
“PLAY bukan sahaja platform penyiaran, malah ia adalah penyiaran OTT tele-virtual digital yang memberikan pengalaman hiburan tanpa henti dengan harga berpatutan.
“Pendaftaran PLAY semudah pengisian borang digital menerusi aplikasi berkenaan dan seterusnya, membuat pilihan tiket dan pelan yang disukai,” katanya yang turut mendasarkan lebih 100,000 pengguna dalam tempoh enam bulan akan datang.
Lalu, PLAY diharap dapat menarik orang ramai menggunakan penyiaran digital tele-virtual dalam satu platform.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Diana Amir memberitahu ada individu yang tidak bertanggungjawab telah mengunakan foto anak dan dirinya untuk tujuan penipuan scammer.
Menurut Diana, ramai yang telah menjadi mangsa penipuan lalu meluahkan rasa marah dengan tindakan individu tersebut.
Dalam pada itu, Diana berharap orang ramai untuk lebih berhati-hati dan tidak menjadi mangsa penipuan scammer.
“SCAM alert!!! JZKK kepada sis Myraa Khalid drp twitter yang bgtau benda ni, and @affieqahmalik yg notify diana pasal berita ni.
“Ni anak Diana masa die umur 2 tahun, sekarang die dah 4 tahun alhamdulillah sihat walafiat.
“Tapi gambar dia di hospital, masa ni umur dia 2 tahun sebab jatuh terhantuk kepala and hospitalized, digunakan scammer untuk minta duit. Katanya ramai dah tertipu
“Please jangan percaya SCAM ni. Dan doakan family saya,anak2 saya sihat . Sukahati je nak cakap anak sy ada penyakit kronik. Khadija sihat walafiat anak cerdik solehah ok??#HasbunAllahwanikmalwakeel,” tulisnya.
Terdahulu, Diana atau nama sebenar, Nurdiyana Amir Hisham mendirikan rumah tangga dengan Mohd Habibullah A Rahman pada 25 Oktober 2013.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Khaulah Al Azwar, 5, Khadija Azzehra, 3, dan Muhammad Khalid Al Habib, 1.
Foto: Instagram Diana Amir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Artis versatil, Elly Mazlein bakal melancarkan single terbarunya, Dusta Cinta ciptaan Aina Abdul dan lirik oleh Wan Zakaria tidak lama lagi.
Kali terakhir pelakon yang sinonim menerusi drama Kampung People itu muncul dengan single solo kira-kira empat tahun lalu iaitu menerusi lagu Jeritan Hati.
Berkongsi perkembangan tersebut di Instagram, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ada memuat naik sekeping foto kandid sedang melakukan perbincangan secara maya.
Elly yang mesra disapa Kak Lina turut melakukan sesi riviu muzik video lagu terbarunya itu dan seperti biasa, kapyen humornya menarik perhatian.
“#virtualmeeting dgn team @liferecordsmy .. siap preview #MV #DustaCinta.
“Kakak lina nak tanya .. ade ke org nak tengok? Dengar kata 4 orang je nak tengok, tu pun katanya, blum kompom lagi. Sedihnya,” tulis hos Lagu Cinta Kita 2 ini.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang menyatakan rasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan buah tangan terkini darinya.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.