Pelakon dan usahawan, Elfira Loy yang kini berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah bersama suami tersayang ada berkongsi pengalaman buat para bakal jemaah lain yang berhajat untuk mendirikan solat di Raudhah.

Raudhah atau Taman Syurga yang merupakan salah satu ruangan dalam Masjid Nabawi menjadi pusat tumpuan jemaah seluruh dunia yang datang berdoa dan bersolat  di taman-taman ini. Oleh sebab itu rama untuk berada di situ.

Lain individu berbeza rezekinya, bintang cantik ini ada berkongsi tips serta pengalamannya ketika menjejakkan kaki ke Taman Syurga itu menerusi Insta Stories yang dikemas kini.

“Solatlah Solat Hajat, Taubat, Sunat, Sujud Syukur…,” – Elfira Loy Kongsi Pengalaman Di Raudhah Taman Syurga, Lain Orang Lain RezekinyaKongsi El, dia yang secara kebetulan mengenakan persalinan hitam dan cuba untuk memasuki salah satu pintu masuk yang dikhaskan untuk warga tempatan dan dia bersyukur kerana berjaya memasuki pintu berkenaan.

“Kebetulan El pakai serba hitam jadi El pun cuba je masuk gate 29, gate untuk orang Arab. Alhamdulillah lepas. Lepas dah masuk akan ada satu ruang (masih carpet merah) sebelum dia buka penghadang putih untuk kita ke Raudhah.

“So boleh solat sunat tahiyatul majis dulu dan tunggu,” kongsinya.

IKLAN

“Lepas tunggu tak sampai 5 minit penghadang dibuka dan ketika itu semua orang akan berlari anak. Tapi tak payah pun sebab akan ada lagi second phase ruang menunggu. Lepas dibuka terus dapat masuk raudhah,” tulis El.

Lalu, El turut memberitahu agar tenangkan diri saat melangkah ke sana dan terus berdoa.

“Sampai je raudhah jangan nervous himpit-himpit orang. Tenang… dapat je berdiri kat karpet hijau tadah je tangan berdoa sambil-sambil tu.

IKLAN

“Rapat terus ke kiri hujung dan terus solat ke saf depan sebab belah kanan ramai yang akan bertolak-tolak dan berpijak sebab tak perasan atau sebab teruja dapat masuk mereka terus solat tengah-tengah.

“Yang belah kiri tulah dekat Makam Rasulullah SAW,”tulisnya panjang lebar.

“Solatlah Solat Hajat, Taubat, Sunat, Sujud Syukur…,” – Elfira Loy Kongsi Pengalaman Di Raudhah Taman Syurga, Lain Orang Lain Rezekinya

IKLAN

“Kalau dah dapat solat di depan, teruskan he solat tanpa berhenti. Kalau berenti orang akan suruh bangun terus. Solatlah solat hajat: taubat, solat sunat, suhud syukur,” kongsinya lagi.

“Solatlah Solat Hajat, Taubat, Sunat, Sujud Syukur…,” – Elfira Loy Kongsi Pengalaman Di Raudhah Taman Syurga, Lain Orang Lain Rezekinya

Semoga apa yang dikongsikan El dapat memberi manfaat buat semua, insyaAllah.

Foto: Instagram Elfira Loy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI