Rasanya satu Malaysia sudah tahu maksud ayat ‘euww..Samsung’ kan? Ayat yang membuatkan kebanyakan netizen bengang dengan seorang ‘insta famous’, Little Miss Khan.

Rasa terpanggil untuk mengulas mengenai isu tersebut adalah rapper, Caprice. MH difahamkan bahawa dia memang sering memberikan pandangan mengenai isu-isu viral yang berlaku di Malaysia.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya , dia menyatakan bahawa netizen hanya memperbesarkan isu yang kecil sahaja.

“Cara netizen cakap seolah-olah harga sebuah telefon Samsung itu murah sedangkan ada jenis telefon pintar yang jauh lebih murah.

“Lagi satu, ayat ‘euww’ itu bukan menunjukkan sesuatu yang teruk sangat pun sebab itu ‘term’ yang budak-budak sekarang guna.

“Lagi satu, dia bukannya duta Samsung ke apa, dia hanya menyatakan pandangannya sahaja. Social media just overreacted,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga mengatakan pandangannya apabila netizen kelihatan seperti mencari salah Little Miss Khan atau nama sebernya Ameera Khan.

IKLAN

“Saya tahu yang sekarang ini seolah-olah trend untuk netizen membenci kedua-dua beradik tersebut,” katanya lagi memandangkan Ameera juga merupakan adik kepada usahawan, Neelofa.

Bagaimapun, netizen tidak bersetuju dengan kenyataan Caprice itu apabila mengatakan bahawa cara Ameera menyatakan ‘euww’ itu pun sudah menunjukkan sikap biadapnya.

IKLAN

‘Social Media Overreacted’- Komen Caprice Mengenai Isu Little Miss Khan

‘Social Media Overreacted’- Komen Caprice Mengenai Isu Little Miss Khan

IKLAN

‘Social Media Overreacted’- Komen Caprice Mengenai Isu Little Miss Khan

Pada MH, apa yang Caprice itu ada betulnya. Dia mungkin terlepas kata, kita sebagai orang yang ‘tua’ ini tegurlah dengan baik. Bukannya mengecam.

Sumber: IG Caprice

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI