Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Sebelumnya, penyanyi lagu Saat Hilang Cintamu ini yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan lebih awal selepas tahap oksigen menurun sejak pagi Jumaat.
Suaminya juga bekas penyampai radio, Shuib berkata, Siti Sarah selamat melahirkan anak lelaki, jam 5 petang, hari ini.
Ads
Bagaimanapun, menurut Shuib isterinya berada dalam keadaan kritikal.
“Alhamudillah, jam 4 lebih bayi berjaya dikeluarkan dan keadaan bayi alhamdulillah baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang. Cuma, keadaan Sarah agak kritikal.
Ads
“Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertarung nyawa dengan Covid-19 dipermudahkan urusan,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan melaporkan Siti Sarah ditidurkan selepas dia dimasukkan ke ICU HUKM akibat tahap oksigen tidak stabil.
Selepas berkongsi keadaan isterinya, Siti Sarah, ruang komen di Instagram Shuib dihujani dengan titipan doa mengharapkan agar penyanyi berkenaan serta bayi yang dikandung berada dalam keadaan baik.
Sarah yang disahkan positif Covid-19 terpaksa dikejarkan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
“Assalammualaikum semua, sy mohon DOAKAN ISTERI SY SITI SARAH BT RAISSUDDIN. DOAKAN SEMOGA DIA DAN ANAK DALAM KANDUNGAN DIBERI KESIHATAN KEMBALI DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN. ALLAH MAHA SEGALANYA,” tulis Shuib sebagai kapsyen.
Lalu, para peminat meninggalkan komen yang baik-baik, memberikan semangat serta doa buat Shuib seisi keluarga.
Malah rakan selebriti turut menitipkan ucapan sama.
Terdahulu media melaporkan, Sarah yang kini sedang sarat hamil 7 bulan sepatutnya memotong gelang kuarantin pada Rabu, namun sejak semalam dia mengalami batuk.
“Petang tadi kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans.
“Sepatutnya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya mulai menurun,” kata pengurus Sarah, Nana Mohamad Rom.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan Shuib, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anak sebelum dibawa ke hospital.
Pada 25 Julai lalu, Sarah di Instgram memaklumkan dia dan Shuib serta tiga anak mereka, disahkan positif COVID-19.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara, Nazrudin Rahman mengakui teruja selepas diberikan kepercayaan untuk menjadi wajah baru program bual bicara pagi popular negara, Malaysia Hari Ini.
Menurut Nazrudin atau lebih mesra disapa Naz, pemilihan ini merupakan satu cabaran baru buat dirinya dan dia juga sebolehnya mahu membalas kepercayaan tersebut dengan melaksanakan tugas ini dengan baik.
“Cabaran diterima bukan kepalang,
Syukur berpeluang menunjukkan belang, Semoga yang gelap disuluh terang, Biar putih mata, jangan putih tulang.
“Bermula esok @mhi_tv3 berwajah baharu, dan merupakan hari pertama saya bersiaran bersama team baru MHI,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Naz turut berharap agar para pencara terdahulu dapat memberikannya tunjuk ajar sepanjang mengendalikan program tersebut.
“Berat lagi bahu memikul, saya minta tunjuk ajar, silap dan salah janganlah pukul @fedtriyahya @sofeasayshello @anim.ezati @farihaonn @hanifmiswan_17 @fadzlyfuad,” jelasnya lagi.
Menerusi entri terkini di laman Instagram, Naz turut dilihat berkongsi suasana di set MHI sewaktu mengacara program tersebut awal pagi tadi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah selain turut meluahkan rasa tidak sabar untuk menantikan penampilan Naz bersama program tersebut.
“You will definitely nail it Abang Naz.
“I can’t think of anyone better for the job. Congratulations.
“OMG Abang Naz, I’m so happy for you.
“You the man. Semoga MHI lebih segar.
“Wow, amazing host for amazing show,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Naz merupakan seorang pengacara yang sangat sinonim menerusi program travelog, Jalan Jalan Cari Makan (JJCM).
Sumber: Instagram Nazrudin Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Amylea Azizan mengakui terharu dengan sumbangan yang diberikan orang ramai bagi menampung perbelanjaan hospital bapanya yang kini dilaporkan sedang mengalami masalah jantung.
Memetik laporan Berita Harian, Amylea memaklumkan dia sekeluarga terhutang budi dengan keperihatinan semua kerana wang dikumpulkan itu kini telah pun cukup untuk membiayai kos deposit rawatan bapanya.
“Istilah syukur tidak cukup untuk menyatakan penghargaan kami sekeluarga kepada semua pihak yang membantu. Dengan sokongan orang ramai, ayah sudah dimasukkan ke IJN sejak Jumaat lalu.
“Terima kasih banyak-banyak… Tuhan sahaja tahu perasaan kami sekeluarga. Hanya Tuhan mampu membalas jasa peminat, kawan-kawan dan orang ramai yang membantu.
“Saya kemudian berkongsi di IG. Daripada situ, kami dapat kumpul wang yang cukup sebagai deposit untuk membolehkan ayah di rawat di IJN,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Kendati ini turut menjelaskan dia sebenarnya telah terlebih dahulu menghantar bapanya itu ke hospital kerajaan, namun selepas 13 jam, bapanya itu dikatakan masih lagi menunggu di atas kerusi roda.
Katanya lagi, dia terpaksa mencari alternatif lain dengan membawa bapanya itu ke Institut Jantung Negara (IJN) sebelum keadaannya bertambah teruk.
“Tindakan diambil pada waktu kecemasan… Kami bukan sengaja mahu hantar ayah ke IJN tetapi hospital kerajaan sibuk mengendalikan kes COVID-19.
“Ayah demam dua hari akibat jangkitan kuman dan perlu dimasukkan ubat melalui rawatan di wad. Sebaik membawa ayah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), hampir 13 jam ayah duduk di kerusi roda menunggu untuk dimasukkan ke wad.
“Ayah terlalu lemah untuk bangun dan menguruskan diri. Sudahnya, kami terpaksa bawa ayah pulang dan datang lagi keesokannya. Namun, masih tiada katil untuk ayah.
“Kami tiada pilihan… Andai kami tidak membawa ayah ke mana-mana hospital swasta, kami akan kehilangannya,” katanya lagi.
Bagaimanapun, bintang kelahiran Akedemi Fantasia musim ke-3 ini memaklum bapanya kini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari dan keadaannya juga dilaporkan stabil.
“Sekarang, ayah ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU). Apabila sudah stabil, ayah akan dipindahkan ke wad biasa. Namun, biarpun stabil, ayah lemah kerana ada beberapa komplikasi disebabkan jangkitan kuman.
“Tahun lalu, ayah mengalami serangan jantung dan perlu menjalani prosedur angiogram. Kami tunggu janji temu itu hampir setahun. Malangnya, apabila tarikh ditetapkan, kesihatan ayah pula merosot,” akhirinya.
Baru-baru ini, Amylea telah pun memuat naik sebuah hantaran di ruangan Instagram stories bagi memohon sumbangan orang ramai untuk menampung kos rawatan bapanya itu.
Sumber, Foto: Berita Harian, Instagram Amylea Azizan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.