Tergelak besar apabila membaca luahan Siti Nordiana yang kekok dan ingin muntah apabila melakukan adegan romantik bersama pasangan lakonannya, Fikry Ibrahim.

Siti Nordiana Jelaskan Isu Nak Muntah Berlakon Bersama Fikry

Melalui sebuah posting di Instagram Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana menjelaskan status hubungan dia sebenarnya bersama pelawak solo ini.

Katanya, sejak mula digandingkan mengacara bersama dalam program konsert Gema Gegar Vaganzar, dia dan Fikry memang rapat namun tidak lebih sebagai seorang adik dan kakak.

Ads

Malah, dia turut akui Fikry turut memanggilnya dengan gelaran kakak dia pula kebiasaannya hanya menggunakan ‘kau aku’.

Siti Nordiana Jelaskan Isu Nak Muntah Berlakon Bersama Fikry

Ads

Namun sejak digandingkan bersama dalam sebuah telemovie Cekelat Semanis Honey dan menjadi pasangan bercinta, Nana mengambil sedikit masa untuk biasakan diri dengan situasi tersebut.

Katanya dia dan Fikry sering didenda oleh krew bertugas dengan membayar sebanyak RM5 sekirannya gagal menggunakan gelaran ‘saya dan awak’ dalam konti ketika pengambaran kerana terlalu biasa dengan panggilan ‘kakak’.

Ads

Malah, Nana turut menjelaskan mana mungkin dia akan muntah apabila digandingkan dengan hero Hindustan pujaan ramai, sebaliknya itu hanyalah perasan kekoknya apabila pertama kali terpaksa berlakon bersama Fikry sebagai pasangan bercinta.

“Ok mcm ni , meh sis explain kat adik2 semua , sis nak bgtau relationship antara sis & @fikryibrahim sebelum shooting drama #cekelatsemanishoney adalah seperti kakak dengan adik. Kalo tgk #gemagegarvaganza pun fikry selalu panggil kakak . So bila shooting drama ini, first scene yg memerlukan scene romantik dan sweet2 ,sis & fikry akan byk tergelak dan tersasul sbb nk biasakan panggilan ‘saya awak’ tu. Istilah nya mcm awkward dan kelakar la.. Dan dekat set bila fikry terpanggil akak, & sis terpanggil dia kau, kak @eyrahman22 akan denda kitorang RM5. so, sehari dua je awkward sbb x biasa lagi kan. Tapi lepas tu dah ok dah . Xkan la sis nk muntah , sah2 fikry ala2 hero hindustan pujaan ramai ! Betul x @fikryibrahim ??” tulisnya di ruangan kapsyen gambar di Instagram.

Ok mcm ni , meh sis explain kat adik2 semua , sis nak bgtau relationship antara sis & @fikryibrahim sebelum shooting drama #cekelatsemanishoney adalah seperti kakak dengan adik. Kalo tgk #gemagegarvaganza pun fikry selalu panggil kakak . So bila shooting drama ini, first scene yg memerlukan scene romantik dan sweet2 ,sis & fikry akan byk tergelak dan tersasul sbb nk biasakan panggilan ‘saya awak’ tu. Istilah nya mcm awkward dan kelakar la.. Dan dekat set bila fikry terpanggil akak, & sis terpanggil dia kau, kak @eyrahman22 akan denda kitorang rm5 ??? so, sehari dua je awkward sbb x biasa lagi kan. Tapi lepas tu dah ok dah . Xkan la sis nk muntah , sah2 fikry ala2 hero hindustan pujaan ramai ! Betul x @fikryibrahim ?? ?? #sitinordiana #cekelatsemanishoney @fikryibrahimteam @sitinordianafc #takutadayangsalahfahampulakkan #panjanglebarsisexplain

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

Apa pun MH Online cukup suka melihat chemistry mereka berdua apabila bersama. Rasa tidak sabar nak tengok cerita ini! Good luck!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI