Sejak dirinya merangkul gelaran juara dalam pertandingan nyanyian, Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana makin diminati dan semakin menjadi tumpuan daripada peminat.

Setelah lama menyepi, penyanyi ini bangkit semula menerusi pertandingan tersebut sekaligus menaikkan namanya di dalam industri.

Siti Nordiana Bakal Tunai Umrah Disember Ini

IKLAN

Menurut satu sumber penyanyi yang lebih mesra dipanggil dengan nama Nana ini berkata, dia bakal mengerjakan ibadah umrah pada bulan Disember nanti bersama anak tunggalnya dan dua ahli keluarganya yang lain.

“Alhamdulillah, apabila diundang Allah ke Tanah Suci, segala-galanya dipermudahkan. Buat masa ini, saya selesaikan dulu tugasan yang sudah dipersetujui, termasuk promosi lagu duet dengan Jaclyn Victor, disusuli pembikinan single solo baharu.

 

“Sekembali dari Makkah nanti, saya akan terikat pula dengan drama Pengantin Musim Salju yang berkemungkinan besar menjalani penggambaran di Korea Selatan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Salima Skin Solutions, di sini, katanya kepada Berita Harian.

Kami di MH Online mendoakan agar segala persiapan untuk mengerjakan umrah nanti dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.

IKLAN

Siti Nordiana Bakal Tunai Umrah Disember Ini

Dalam pada itu, Nana juga memberitahu jika tidak ada aral melintang sebaik sahaja di pulang dari tanah suci nanti penyanyi ini akan berangkat ke Seoul, Korea Selatan dan dia mengharapkan semua perancangan dipermudahkan.

IKLAN

Untuk pengetahuan semua, Nana akan bersaing di dalam separuh akhir Muzik Muzik pada 5 November depan menerusi lagu ciptaannya Terus Mencintaimu.

“Syukur apabila lagu saya mara untuk sama-sama merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32). Selepas 10 tahun, saya kembali lagi beraksi di pentas ini. Dulu pun pada 2007, saya menggantikan Syura untuk lagu Canda,” ujarnya lagi.

Sumber: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI