Akhirnya segala teka teki terjawab nama Si comel pipi merah yang sebelum ini dikenali sebagai Fatimah Az-Zahra telah mendapat nama betulnya iaitu Siti Aafiyah Binti Khalid.

Melalui sidang media terbuka bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mereka telah mengumukan nama sebenar anak mereka yang membawa maksud yang baik-baik.

Menurut Siti, nama yang diberi atas cadangan suaminya yang mendapat ilham di Mekah.

Tambahnya, ketika berada di sana, suaminya kerap nampak nama Al-Afiah dan apabila berdoa mereka perasan, nama tersebut sering disebut dan terkandung dalam bacaan suci.

IKLAN

Siti Aafiyah Binti Khalid Nama Anak Siti Nurhaliza, Maksud Yang Baik-Baik!

Siti sempat melahirkan rasa syukur kerana penantiannya selama 11 tahun tercapai dan segala doanya diperkenan dan termakbul.

IKLAN

Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana melahirkan serta membesarkannya termasuk ibu mertuanya.

IKLAN

Bagi situ, Siti Aafiyah Khalid merupakan anugerah paling terindah buatnya.

Malah Siti akui lebih selesa jika anaknya itu memanggilnya dengan gelaran ‘ibu’ dan ingin anaknya itu hidup sebagai seorang yang normal.

Siti Aafiyah Binti Khalid Nama Anak Siti Nurhaliza, Maksud Yang Baik-Baik!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI