Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann ditimpa nasib malang selepas mengalami kecederaan ringgan ketika sedang menunggang seekor kuda untuk sebuah program TV, hari ini.

Menurut penyanyi berusia 26 tahun ini memberitahu ini merupakan pengalaman kali pertama dirinya menunggang kuda.

Di samping berkongsi cerita ketika kejadian tersebut menerusi entri di Instagram, Sissy meluahkan rasa syukur kerana tiada kecederaan serius yang berlaku kepada dirinya.

“24th February 2021. Today was my first horseback riding experience. It was for a TV program. Honestly I was quite scared & nervous, I didn’t want to do it at first but the horse was kinda nice to me after couple of rounds warming up in the horse ring.

“So macam, tak apa lah. Tapi Allah nak hapuskan dosa rasanya harini, masa trail ride on the way naik bukit.. the horse decided to make a Uturn and turun bukit with full speed. Memang literally rasa la kuasa kuda . Dalam hati memang berkali-kali ucap shahadah and I went on screaming because kuda toh turun bukit laju..

IKLAN

“And akhirnya, Sissy pun terlambung jatuh ke sebelah kanan kuda bila dah sampai ke bawah, nasib tak dipijak kuda, cuma rasa la kaki kuda toh atas badan kita. Dah pergi klinik xray so far Dr kata tak ada patah or retak, bones are all fine alhamdulillah cuma lebam & luka calar calar here and there sebab terhentak jatuh but I swear to God it is so painful.

“So doktor cucuk pain killer before buat xray tadi sebab Sissy memang tak boleh baring langsung & see in 8 hours Sissy masih sakit sangat atau tidak. Now I’m resting at home. Dah la jalan pun orang kena papah, nak baring pun ayooo sakit. It was a traumatic experience that everytime I close my eyes now, the visual and exact feeling turun hill and being tossed by the horse macam kept on repeating in my head,” tulisnya.

Lalu, penyanyi sinonim dengan lagu berjudul Pesanan Ayahanda ini memohon peminat untuk mendoakan agar dirinya kesembuhan meski hanya mengalami kecederaan ringgan.

IKLAN

“Sissy dengan rendah hati nak pohon doa everyone supaya Sissy diberikan kesembuhan soonest. Banyak kerja ni, kita tak nak susahkan orang.

“Now this post is to remind me that I am strong and I faced my fears today. I went beyond doing something I never thought that I can or would do before. I still win today.

IKLAN

“Thank you Allah untuk peringatan ni. Macam mana kita yakin semuanya akan selamat, dengan kuasa Allah, “Kun Fayakun”, Be and it is. Cuma Yanda @alifflayla banyak salahkan diri dia & Bonda @maktanjung pun keep on mintak maaf dekat Sissy.

“It is not their fault & I don’t blame them. Help me pujuk & remind them that it is not their fault please..,” tulisnya lagi.

Sissy Imann Alami Kecederaan Waktu Menunggang Kuda – “Allah Nak Hapuskan   Dosa Rasanya Hari Ini…” Sissy Imann Alami Kecederaan Waktu Menunggang Kuda – “Allah Nak Hapuskan   Dosa Rasanya Hari Ini…”

Foto: Instagram Sissy Iman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI