Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa arwah suaminya, yang juga seorang komposer, Johan Nawawi, tidak menerima bayaran setimpal bagi sumbangannya dalam karya ikonik Sinaran yang dipopularkan oleh Datuk Sheila Majid.
Dalam satu hantaran di Instagram Story (IGs), Nora mendakwa, Allahyarham Johan hanya menerima bayaran sebanyak RM60 sebagai penulis lirik lagu tersebut.
Meskipun lagu itu terus mendapat tempat di hati peminat dan sering dimainkan sehingga ke hari ini.
Ads
“Lagu terkenal Sinaran berkumandang di merata tempat.
“Namun, penulis lirik lagu ini, arwah Johan Nawawi, hanya mendapat RM60 sehingga kini,” tulisnya.
Ads
Tiada Pembelaan, Tiada Pengiktirafan?
Dalam hantaran yang sama, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu turut menyuarakan kekecewaan terhadap sikap industri yang didakwanya gagal membela nasib komposer dan penulis lirik seperti arwah suaminya.
Ads
“Malangnya, tiada pihak yang ingin membela nasib komposer dan penulis lirik ini,” dakwanya lagi.
Untuk rekod, Sinaran yang diterbitkan sekitar tahun 1986 ialah hasil ciptaan dua nama besar dalam muzik tanah air, iaitu Azlan Abu Hassan dan Allahyarham Johan Nawawi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio, Sharifah Shahirah tumpang gembira melihat kebahagiaan adiknya, Sharifah Sakinah yang kini terbuka berkongsi status dirinya yang kembali mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan yang dikenali sebagai Cyril Kongo.
Menurut Shahirah, sebagai kakak, dia menyambut baik kehadiran ahli keluarga baharu dan menyifatkan perkahwinan adiknya sebagai satu perkara yang harus diraikan dengan rasa syukur.
“Alhamdulillah, keluarga kami sudah makin bertambah. Dia kacukan Vietnam dan Perancis.
“Bagi saya dia seorang yang baik dan kami menerima seadanya. Begitu juga dengan dia. Bagi saya itu yang paling diperlukan,” katanya.
Shahirah atau lebih sinonim dengan panggilan Kak Rara berkata demikian ketika ditemui sejurus Sidang Media The Chosen One x Jutawan Ekspres di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.
Dalam pada itu, Shahirah menyedari apa sahaja yang dikongsi di media sosial pasti akan menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Bagaimanapun, dia tidak mengambil hati dengan penilaian negatif yang mungkin timbul kerana baginya, itu sudah menjadi asam garam dunia hiburan.
“Biarlah mereka kecapi bahagia dan kalaulah ada yang masih mahu menghakimi itu perkara biasa.
“Sebab kadang-kadang, bila kita kongsikan sesuatu di media sosial, walau hanya seminit orang sudah nilai macam-macam.
“Tapi mereka tidak tahu cerita secara keseluruhan. Tidak mengapalah… sudah jadi lumrah dunia,” katanya lagi.
Berkongsi tentang hubungan keluarganya dengan Cyril, Shahirah menjelaskan mereka sebenarnya sudah kerap bertemu, cuma ia tidak dipamerkan kepada umum.
“Saya sudah selalu jumpa mereka, nak kongsi atau tidak saja di media sosial. Alhamdulillah, dia pun selalu bertemu dan beri penghormatan dengan mak untuk dapatkan restu.
“Malah Sakinah pun sudah bertemu dengan orang (keluarga) belah sana. Adik ipar pun mempunyai anak hasil perkahwinan yang terdahulu, kalau tidak silap saya sembilan orang.
“Sakinah pun cuba untuk menjadi ibu tiri yang baik, Insya-Allah. Macam saya sendiri pun ada anak tiri (perkahwinan sebelum ini).
“Jadi kita hanya jadi insan yang terbaik, tak perlu nak berebut apa-apa,” katanya.
Dia turut turut menasihati pasangan yang baharu berkahwin khususnya agar sentiasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan.
“Bagi saya suami isteri kenalah main peranan untuk bawa perkahwinan agar terus harmoni.
“Apa pun, kita tidak boleh juga nak cakap lebih-lebih. Setakat ini alhamdulillah. Apa-apa kenikmatan yang kita kecapi, Allah SWT boleh tarik bila-bila masa.
“Sementara diberikan peluang, kita nikmatilah dengan baik sebab kita tak boleh nak jangka bahagia sehingga akhir hayat atau sebaliknya.
“Macam saya sendiri pun, lebih 22 tahun berkahwin tapi kita tidak tahu akan bahagia selamanya atau tidak. Dia kalau nak ambil, sekejap sahaja.
“Selagi kita boleh bersyukur, itu sudah memadai. Saya rasa Sakinah sekarang okay, alhamdulillah. Suaminya pun ada mintanya untuk uruskan beberapa projek di luar negara,” katanya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi pop alternatif terkenal Britain, Charli XCX, selamat mendirikan rumah tangga dengan tunangnya yang juga pemain dram kumpulan The 1975, George Daniel dalam satu majlis pernikahan sederhana tetapi penuh gaya di Dewan Bandaraya Hackney, London, semalam.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan rapat, termasuk ahli kumpulan The 1975 kecuali vokalis utamanya, Matty Healy.
Meskipun perkahwinan itu diadakan sederhana, pernikahan tersebut tetap mencuri perhatian media serta peminat antarabangsa apabila gambar pasangan berkenaan tular di laman sosial.
Charli atau nama sebenarnya Charlotte Aitchison, 32, tampil mempesona dalam gaun pendek putih berinspirasikan rekaan ikonik Vivienne Westwood, lengkap dengan korset, layah dan cermin mata hitam, satu penampilan yang cukup sinonim dengan identiti muzik dan stail ‘brat girl summer’ yang dibawanya.
Sementara itu, George kelihatan segak mengenakan sut klasik serba hitam. Pasangan tersebut dilihat tersenyum lebar sewaktu keluar dari dewan pernikahan sambil berpegangan tangan dan mengucup mesra di hadapan jurugambar serta peminat yang hadir.
Menurut laporan media antarabangsa, pasangan itu turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi kedua dalam skala lebih besar di Sicily, Itali dalam masa terdekat sebagai meraikan hari bahagia bersama rakan selebriti dan peminat setia mereka.
Charli dan George mula menjalin hubungan rapat sejak 2021 selepas bekerjasama menerusi lagu Spinning, sebelum mengesahkan hubungan mereka secara terbuka pada 2022.
Pasangan sama cantik dan sama padan ini mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu, dengan Charli berkongsi gambar cincin pertunangannya menerusi media sosial.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zaki Azeman, berkongsi berita gembira apabila isterinya, Siti Nur Shahira Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raa Suzuran, kini sedang hamil anak kedua.
Menurut Zaki, keterujaannya kali ini lebih mendalam berbanding kehamilan pertama, sehingga dia mengambil keputusan untuk menolak beberapa tawaran kerja demi memberi tumpuan penuh kepada keluarga.
“Perasaan teruja kali ini lebih lagi berbanding anak pertama. Sampaikan saya ambil masa rehat dahulu daripada sebarang tawaran kerja.
“Saya lebih fokus menjaga isteri di rumah sejak awal kehamilan,” katanya yang turut memaklumkan usia kandungan isterinya kini telah memasuki trimester kedua.
Malah momen indah mereka sekeluarga turut dikongsikan Zaki menerusi pautan videeo di Instagram, beberapa hari lalu.
Sebelum ini, Zaki turut memuat naik gambar bersama isteri dan anak sulung mereka ketika berada di Cameron Highlands, Pahang, sebagai simbolik pengumuman kehamilan yang penuh makna.
Difahamkan, mereka ke sana kerana isterinya mengidam suasana tanah tinggi.
“Baru-baru ini, dia cakap mengidam nak ‘bau’ Cameron. Bila dia nyatakan hasrat tersebut, hari yang sama juga kami terus gerak.
“Di kesempatan ini juga kami ambil peluang umum kehamilan di Instagram. Orang pun dah ramai bertanya,” ujar Zaki lagi.
Mengenai persiapan bayi kedua, Zaki berkata, kebanyakan perkara kini lebih banyak diuruskan oleh isterinya.
Bagaimanapun, dengan keadaan kesihatan isteri yang semakin stabil, dia kini bersedia untuk kembali menerima tawaran lakonan.
“Isteri pun dah tak alami morning sickness sekarang. Keadaan dia lebih stabil. Jadi saya sedia untuk kembali berlakon,” jelasnya.
Untuk rekod, Zaki mendirikan rumah tangga dengan Raa pada 29 Mei 2022, dan mereka menimang cahaya mata sulung pada Mei 2023.
Kini, pasangan ini bakal menyambut kehadiran ahli keluarga baharu yang pastinya menambah lagi warna dalam kehidupan mereka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Penyanyi dan komposer Indonesia, Isyana Sarasvati meluahkan rasa syukur apabila berpeluang bekerjasama dengan sahabat baiknya yang juga penyanyi, Allahyarham Vidi Aldiano menerusi lagu Frenemy yang dimuatkan dalam album terbaharunya, Eklektiko.