Melakonkan adegan bercium dengan aktor Jay Izwazir di dalam filem Abang Long Fadil 3, pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan mendedahkan dia sebenarnya boleh melakukannya dengan lebih baik.
Menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, babak tersebut dikatakan terlalu bersahaja dan sekiranya diberi peluang, dia mahu memperbetul lakonannya itu.
Katanya lagi, adegan berkenaan sebenarnya telah dijayakan sewaktu dia masih lagi belum berkahwin dengan suaminya, Dr Siew Jim.
“Babak itu memang benar. Bukan camera trick. Selepas tonton babak itu tadi, saya rasa saya boleh buat lebih baik. Sebab saya rasa babak itu macam terlalu simple. Effectnya tak cukup.
“Kalaulah saya boleh lakukannya semula, macam-macam cara sudah saya fikirkan. Lagipun, ketika adegan itu dibuat, saya belum berkahwin dan Jay okay dengan babak itu,” katanya kepada MH
Dalam pada itu, penyanyi lagu Narsis ini turut mendedahkan lakonannya di dalam filem Abang Long 3 ini juga berjaya mendapat komen positif daripada suaminya.
Ads
“Apa yang suami bagitahu, dia agak kagum juga dengan lakonan saya tapi seperti biasa masih ada ruang lagi untuk penambahbaikkan pada masa akan datang.
“Itu adalah komen jujur daripada dia tapi kadang kala komen sebegitulah yang kita perlukan untuk menjadi lebih baik selepas ini,” katanya ketika ditemui di malam gala Abang Long Fadil 3 baru-baru ini.
Jelasnya lagi, bagi menjayakan watak Alice, dia juga telah menyertai kelas ‘mix martial art’ bagi memantapkan lagi skil lakonannya itu.
“Atas inisiatif sendiri, saya telah menyertai kelas ‘mix martial art’ selama setahun bagi mendapatkan asas bertempur dan juga untuk mendapat postur yang betul.
“Saya nak babak yang saya lakonkan itu nampak logik dan bukan dibuat-buat. Saya rasa ia amat berbaloi. Semua babak di dalam filem ini saya lakonkan sendiri kecuali ketika dalam kereta dan menaiki motosikal,” kongsinya.
Ads
Pada masa sama, Lizzy turut memberitahu, watak sebagai pengintip ini sememangnya sudah diidamkan sejak daripada kecil lagi.
“Saya keluar duit sendiri untuk sertai kelas tersebut dan saya tidak rasa ralat kerana ia berbaloi. Sebenarnya daripada kecil, saya memang suka berlawan. Saya selalu suruh kawan-kawan saya untuk cipta babak berlawan. Jadi, memang itu kesukaan saya.
“Saya membesar menonton filem-filem mengenai ejen rahsia seperti Spy Kids dan Charlies Angels. Mereka memang sudah menjadi idola saya dan Abang Long Fadil 3 adalah mimpi jadi kenyataan,” jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, dia juga meletakkan harapan yang tinggi agar francais Abang Long Fadil ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Ads
“Sudah tentu saya mengharapkan agar filem Abang Long Fadil ini akan ada kesinambungannya lagi. Saya dah banyak kali bagitahu Syafiq supaya buat juga Abang Long Fadil 4.
“Walaupun saya lebam teruk sepanjang penggambaran filem ini, tetapi tidak pernah terdetik rasa putus asa. Sebaliknya, saya sangat ‘enjoy’ dengan setiap aksi yang saya lakukan.
“Saya berharap agar selepas ini saya akan mendapat lebih banyak tawaran berlakon filem aksi. Sebelum ini, mungkin orang tak tahu yang saya sebenarnya mampu untuk membawakan watak sebegini,” akhirinya.
Selain Lizzy dan Jay, Abang Long Fadil 3 menampilkan pelakon terkenal tanah air seperti Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Khir Rahman, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Daniella Sha dan Siraj.
Terdahulu, filem komedi aksi ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 8 September ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal era 70-an dan 80-an, biduan Halil Chik meninggal dunia disebabkan serangan angin ahmar sekitar jam 7.00 pagi ini di Hospital Ampang.
Menurut rakan baik Allahyarham, Datuk Tommie Tumiran yang mengesahkan perkara itu, jenazah berkemungkinan akan dikebumikan selepas solat Asar.
“Saya terpaksa menangguhkan sebentar pengebumian, kerana menunggu adik-beradik arwah yang sedang bertolak daripada Singapura, tetapi jika mereka sempat sampai awal, kami akan melaksanakannya segera,” katanya.
Sementara itu, rakan selebriti turut merakamkan salah takziah dan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.
Menyedari pengorbanan dan sumbangan jaguh sukan, Teh Tarik Place memberikan penghargaan dengan mengumumkan pemberian teh tarik dan produk makanan sepanjang hayat kepada semua atlet Malaysia yang mewakili negara di dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan, restoran berkenaan yang mempunyai lebih 14 cawangan di seluruh negara dan dua di Brunei menyatakan sumbangan tersebut selain mengharapkan semua rakyat Malaysia terus menyatakan sokongan kepada atlet negara yang sudah menaikkan nama negara di persada dunia.
Menurut Pengerusi Eksekutif Techna-X, Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar, pengorbanan semua atlet harus dihargai.
“Kami ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua atlet Malaysia, walaupun ada yang meragui, kami tetap mengakui pengorbanan, semangat, dedikasi dan kesukanan yang ditunjukkan oleh atlet di sepanjang Sukan Olimpik ini berlangsung.
“Objektif kami adalah untuk memberi sokongan selepas mereka balik ke tanah air. Apa yang akan kami beri kepada mereka adalah teh tarik dan makanan percuma untuk seumur hidup,” katanya.
Beliau pada masa sama berharap usaha Teh Tarik Place ini menjadi contoh kepada pihak lain untuk terus menghargai para atlet negara.
“Teh Tarik Place berharap selepas inisiatif yang kami lakukan, lebih banyak lagi organisasi lain datang tampil ke hadapan untuk memberi penghargaan kepada para atlet yang telah mewakili Malaysia pada temasya Olimpik 2020.
“Mereka ini boleh memberi semangat kepada para atlet lain untuk turut mengharumkan nama negara di mata dunia.
“Jadi kami berharap lebih banyak syarikat lain tampil untuk memberikan sumbangan kepada atlet-atlet yang telah mengharumkan nama negara ini,” jelasnya lagi.
Teh Tarik Place merupakan anak syarikat kepada Craveat International dan juga rakan francais rasmi untuk rangkaian makanan kasual antarabangsa; TGI Fridays di Malaysia dan China.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Craveat International, Lee Yew Jin mengakui sangat mengagumi semangat Olimpian negara.
“Kami sangat menghormati kesungguhan dan disiplin diperlukan untuk menguasainya (pertandingan) dan prestasi ditunjukkan atlet negara adalah pencapaian besar.
“Oleh itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kerana menaikkan nama negara, kami ingin mengumumkan pemberian seumur hidup berupa teh tarik dan produk makanan kepada semua Olimpian Malaysia di Tokyo,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Malaysia berjaya membawa pulang satu perak dan satu gangsa, masing-masing menerusi jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang serta beregu badminton lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di temasya Olimpik Tokyo 2020.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi sekeping klip menunjukkan pasangan pengantin baru, Nelydia Senrose dan suami, Hafez, Uqasha dilihat menyakat adiknya yang kelihatan malu-malu.
Video yang dimuat naik di Insta Stories itu memaparkan Nelydia dan Hafez sedang berada di sebuah bilik sedang bersiap.
“Kehidupan rumah tangga suami isteri. Tak payah nak sorok-sorok lagi.
Nelydia dan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, diiijabkabul pada 6 April 2019 dan dinikahkan bapa Nelydia, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid dalam satu majlis tertutup diadakan di sebuah hotel di ibu negara.
Foto – Instagram Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.