Umum mengetahui, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding di pilihan raya kecil Port Dickson tidak lama lagi.

Lantaran itu, ramai pihak yang telah menyatakan sokongan penuh terhadap DS Anwar termasuklah pelakon dan usahawan, Raf Yaacob.

Terdahulu, sokongan tersebut telah disuarakan oleh Raf menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“All the best to you Sir Dato Seri @anwaribrahim_my #HarapanPDHarapanMalaysia ,” tulisnya

Gambar tersebut menunjukkan suami kepada Mawar Rashid itu sedang berjabat tangan dengan Ketua Umum Parti Pakatan Rakyat (PKR) tersebut.

IKLAN

Namun, entri tersebut nyata tidak disenangi segelinitir pihak yang menyifatkan Raf seperti ingin mengambil kesempatan terhadap pemimpin tersebut.

Berang dengan tuduhan tersebut, ini respon balas yang diberikan oleh Raf yang juga merupakan adik kepada chef selebriti, Fazley Yaakob;

IKLAN

“Memang mintak kena maki free eh? Get your facts right dulu boleh? Dalam Malaysia ni ADA BANYAK fan club Man Utd. Selama aku jadi President @mufc_malaysia, aku tak pernah pelawa atau tengok bola sekali dengan DSNR. Kau ni gila ke? Dah terang tang2 DSNR dan wife dia tu bagi banyak masalah kat family aku, dah kenapa aku nak jumpa or nak tengok bola dengan musuh family aku?

“Ya Allah Ya Tuhanku, tolong simpan sikit kebodohan itu. Excuse my language, I can’t take it. Kalau nak fitnah tu, agak2 la sikit,” katanya.

Bagi MH, terpulanglah kepada individu tersebut untuk menyatakan sokongan kepada mana-mana pemimpin sekali pun kerana itu adalah hak mereka secara peribadi. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, keputusan mereka haruslah kita hormati.

Foto: Instagram Raf Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI