Satu entri di Instagram dari penyanyi Alif Satar mengenai mesej pertanyaan seorang individu nyata mengundang perhatian peminat.

Pertanyaan tersebut adalah berkaitan sama ada mereka yang mengamalkan sukan berbasikal sepertinya mengenam seluar dalam atau tidak ketika mengayuh basikal.

Di ruangan kapsyen, Alif bagaimanapun meminta pandangan peminat sukan berkenaan agar membantunya memberikan jawapan.

“Assalamualaikum bro, nak tanya sikit boleh? Maaf, soalan saya sangat janggal. Adakah pengayuh basikal memakai seluar dalam ketika berbasikal?

IKLAN

“Kerana ada pengayuh profesional di Youtube memberitahu memilih untuk tidak pakai,” itu maksud soalan dari seorang pengguna media sosial yang dikongsikan hos Big Stage ini.

Lalu, pelbagai komen telah ditinggalkan menerusi posting tersebut, termasuk rakan artis yang tidak ‘kedekut’ untuk memberikan jawapan serta reaksi.

IKLAN

Malah, ada komen yang ditinggalkan turut mendapat respon dari si empunya badan.

“Sila Beri Jawapan Anda,” – Alif Satar Ditanya Fasal Seluar Dalam Masa Berbasikal, Rakan Artis Back Up Tolong Jawab! “Sila Beri Jawapan Anda,” – Alif Satar Ditanya Fasal Seluar Dalam Masa Berbasikal, Rakan Artis Back Up Tolong Jawab! “Sila Beri Jawapan Anda,” – Alif Satar Ditanya Fasal Seluar Dalam Masa Berbasikal, Rakan Artis Back Up Tolong Jawab!

IKLAN

Pada masa sama, ada peminat yang turut berkongsi pengalaman serta ada yang meminta supaya pertanyaan tersebut diajukan kepada pelumba basikal negara!

Foto: Instagram Alif Satar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI