Memuat naik sekeping klip video sedang membonceng motor bersama suami, Nad Zainal dilihat mengimbau kembali memori ketika zaman kecil.

Katanya, dahulu, hanya motor yang menjadi pengangkutan mereka sekeluarga. Ke sekolah, berjalan hatta ke Genting Highland juga hanya menggunakan motor walau beberapa kali tayar pancit.

“Dari zaman sekolah saya diambil dari rumah nenek dengan motor papa saya, ke sekolah juga di hantar naik motor. Waktu itu kami tiada kereta, pernah dalam perjalanan ke Genting Highland, kami tiga beranak terkandas kerana tayar pancit, banyak kali juga motor kapcai tu pancit mungkin dek bebanan kena “pikul” tiga manusia,” tulisnya di laman Instagram.

Walaupun menyedari bahaya yang bakal menimpa, namun pelakon Apa Dosaku ini menyatakan tiada siapa yang mahu membahayakan nyawa anak, namun itu sahaja kemampuan pada waktu itu.

IKLAN

“Siapa yang nak anak membahayakan nyawa anak mereka? Tapi waktu itu motor sajalah kenderaan utama kami. Helmet pertama saya berwarna merah cili, ada gambar dolphin di kiri kanan,” tambahnya lagi.

Malah pelakon berusia 28 tahun ini juga berkongsi ‘hadiah’ istimewa yang masih kekal sehingga hari ini.

IKLAN

“Pada umur 9 tahun saya terima “hadiah” istimewa dari motor RXZ papa saya, akibat salah langkah turun, kaki saya kena ekzos dan parut itu kekal sampai sekarang… yang paling saya tak lupa bagaimana papa begitu risau, dan dia telah letak ubat gigi supaya kesan lecur itu reda… tiap kali saya menaiki motor, pengalaman dan memori itu akan datang menyapa kembali,” jelas ibu kepada seorang anak ini.

View this post on Instagram

Dari zaman sekolah saya diambil dari rumah nenek dengan motor papa saya, ke sekolah juga di hantar naik motor. Waktu itu kami tiada kereta, pernah dalam perjalanan ke Genting Highland, kami tiga beranak terkandas kerana tayar pancit, banyak kali juga motor kapcai tu pancit mungkin dek bebanan kena “pikul” tiga manusia. Siapa yang nak anak membahayakan nyawa anak mereka? Tapi waktu itu motor sajalah kenderaan utama kami, Helmet pertama saya berwarna merah cili, ada gambar dolphin di kiri kanan. Pada umur 9 tahun saya terima “hadiah” istimewa dari motor RXZ papa saya, akibat salah langkah turun, kaki saya kena ekzos dan parut itu kekal sampai sekarang… yang paling saya tak lupa bagaimana papa begitu risau, dan dia telah letak ubat gigi supaya kesan lecur itu reda… tiap kali saya menaiki motor, pengalaman dan memori itu akan datang menyapa kembali,… ♥️ #budakflat #budakampang

A post shared by NZ (@nad.zainal) on

IKLAN

Tersentuh dengan cerita Nad, netizen turut berkongsi kenangan sewaktu kecil masing-masing di ruang komen.

“Siapa Yang Nak Bahayakan Nyawa Anak Mereka?” – Nad Zainal Kenang Zaman Kecil, Dapat Parut Kekal Gara-Gara… “Siapa Yang Nak Bahayakan Nyawa Anak Mereka?” – Nad Zainal Kenang Zaman Kecil, Dapat Parut Kekal Gara-Gara…

Foto – Instagram Nad Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI