Penyanyi, Nourul Depp mendedahkan dirinya terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim sekitar setahun yang lalu selepas pihak doktor mendapati terdapat ketumbuhan pada organnya itu.

Menurut Nourul, keputusan tersebut dibuat sebagai langkah berjaga-jaga agar penyakit yang alaminya itu tidak melarat dan mengamcam nyawa.

“Siapa Tak Takut Bedah Tapi…,”- Terpaksa Jalani Pembedahan Buang Rahim, Nourul Depp Mahu Terus Kuat Demi Anak-Anak

Katanya lagi, sekiranya kita dapat mengesan sesuatu penyakit itu pada peringkat awal, peluang untuk untuk merawat adalah lebih tinggi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

“Cerita setahun yang lalu. Pantas masa berlalu. 7/9/2020 – terpaksa remove uterus (rahim) bila doktor terjumpa something yang boleh memudaratkan di masa yang akan datang

“Apa yang kami nak cerita kat sini ialah:DO MEDICAL CHECK UP EVERY 12 MONTHS, WOMEN : do pap smear
and MEN : check your PSA LEVEL
Early detection can save lives.

IKLAN

“MasyaAllah tabarakallah. Alhamdulillah. Allah permudahkan. Takut? Siapa tak takut nak bedah. Tapi lebih baik sakit sat dari sakit berpanjangan seperti penyakit cancer dan sebagainya,” tulisnya.

“Siapa Tak Takut Bedah Tapi…,”- Terpaksa Jalani Pembedahan Buang Rahim, Nourul Depp Mahu Terus Kuat Demi Anak-Anak

“Siapa Tak Takut Bedah Tapi…,”- Terpaksa Jalani Pembedahan Buang Rahim, Nourul Depp Mahu Terus Kuat Demi Anak-AnakDalam pada itu, penyanyi lagu Kerana Terluka ini turut memberitahu, selain daripada faktor genetik, antara punca dia mengalami penyakit tersebut adalah disebabkan stress yang melampau.

“Semua ni gambar 5, 6, 7 hari bulan september 2020. Takkan lupa perasaan bila doktor break the news. Genetically kami memang jenih ada tumbuh2 ni. Memang dari belah arwah abah. Sebab tu jaga diri and exercise gila2. 30% adalah gene kita. 70% adalah gaya hidup

“Kes kami berlaku sebab stress atas satu perkara berlaku November 2017 yang kami tak boleh terima. Simpan dalam diri bawak penyakit. Tercabar ego dan kebijaksanaan kami apabila ditipu RM85k oleh seorang Dato dan wanita untuk album bahasa perancis kami.

IKLAN

“Jaga. Jangan stress selalu. Banyak tak baik stress ni. Especially membabitkan perasaan dan ego kita,” tulisnya.

“Siapa Tak Takut Bedah Tapi…,”- Terpaksa Jalani Pembedahan Buang Rahim, Nourul Depp Mahu Terus Kuat Demi Anak-Anak

“Siapa Tak Takut Bedah Tapi…,”- Terpaksa Jalani Pembedahan Buang Rahim, Nourul Depp Mahu Terus Kuat Demi Anak-AnakKisah tersebut dikongsikan oleh ibu kepada empat orang cahaya mata ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Pada masa sama, Nourul turut memaklumkan anak-anak merupakan sumber kekuatan dan pemangkit semangat buat dirinya bagi menjalani prosedur pembedahan tersebut.

IKLAN

“Kami tak tunggu lama. Kami kata buang!!! Booked date teruih jalan! Kami tak tunggu dah. Anak anak masih kecik. I have to live for them. Alhamdulillah allah perkenan kan Alhamdulillah.

“Itulah kisahnya. Kami cerita ni sebab ramai yang takut nak pi bedah bila kena bedah.

“Takut tu sat ja. Dengan ubat doktor bagi tu, you akan lena. Best rasa. Dapat rest. Semua doktor adalah baguih dalam bidang depa. Depa nak selamatkan nyawa. So depa jaga kita sepanjang dibedah,” akhirnya.

“Siapa Tak Takut Bedah Tapi…,”- Terpaksa Jalani Pembedahan Buang Rahim, Nourul Depp Mahu Terus Kuat Demi Anak-Anak

Diksempatan itu juga, Nourul turut menyeru kepada semua pihak untuk memiliki insuran kesihatan sebagai persediaan bagi menempuh detik-detik yang tidak terduga.

Sumber: Instagram Nourul Depp

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI