Pelakon yang sedang meningkat naik, Sharifah Rose mendedahkan bahawa dirinya masih belum berpunya. Namun, seperti gadis lain dia juga punya impian untuk mengecap bahagia bersama jejaka pilihan hatinya satu hari nanti.
Bagaimanapun, menerusi laporan BH Online, Rose memaklumkan sukar baginya untuk mencapai impian itu ketika ini akibat kekangan masa dan perlu fokus menguruskan kerjaya hingga tidak sempat memikirkan soal cinta.
Rose Akui, Tak Pernah Terlibat Cinta Lokasi
“Saya bersikap profesional dan tak mahu menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa. Setakat kawan biasa adalah. Kalau nak kata cinta lokasi, itu pun tidak wujud. Selesai penggambaran, saya terus pulang ke rumah.
“Sebagai wanita bekerjaya, saya perlu bersikap profesional sewaktu melakonkan watak yang dipertanggungjawabkan sehingga berjaya, kerana fokus saya sekarang ini adalah mengembangkan lagi kerjaya saya.
Ads
“Saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja, sama ada hero, rakan artis mahupun kru di lokasi penggambaran. Jika ada beranggapan saya bercinta dengan hero gandingan, ia tidak benar. Mungkin prasangka timbul disebabkan nampak keserasian antara kami,” kata Rose.
Lelaki Punyai ‘Ciri-Ciri’ Ini Bakal Miliki Hati Rose!
“Saya suka lelaki matang, budiman, kacak, mampu membimbing dan stabil daripada segala segi. Dia juga mestilah seorang yang tenang, santai dan tidak suka marah-marah. Paling penting, bukan jenis mudah angkat tangan kepada wanita.
Ads
Mengulas lanjut, pelakon berusia 24 tahun itu redha sekiranya ditakdirkan bergelar isteri di usia muda, bagaimanapun lelaki tersebut perlulah menepati ciri-ciri lelaki yang dimahukan.
“Saya terima jika mempunyai jodoh di usia muda. Cuma, biarlah lelaki dalam kalangan orang baik-baik,” ujarnya.
Sebagai rekod, Rose pernah menjalin hubungan istimewa bersama Aazief Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Ads
Malangnya jodoh mereka tidak panjang, percintaan mereka putus ditengah jalan dan membawa haluan masing-masing sejak September 2020 lalu.
Guru vokal, Cikgu Shafi turut rasa terkesan atas pemergian penyanyi Sandra Dianne awal pagi Jumaat.
Cikgu Shafi merupakann guru vokal program Big Stage 2020 yang turut disertai Sandra.
Katanya menerusi satu posting di Instagram dia cukup menghargai momen bersama penyanyi berusia 26 tahun itu biarpun usia perkenalan antara mereka terlalu singkat.
“Innalillawainailahirojiun.. Pelajar kesayangan @sandradianneofficial di Big stage.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Cikgu Shafi turut berkongsi dia berkesempatan menatap wajah anak muridnya itu buat kali terakhir sebelum jenazah dibawa pulang ke Sabah untuk dikebumikan.
“Perkenalan yang begitu singkat tetapi perjalannya dan setiap kenangan bersama seperti usianya 26 tahun.
“Rezeki untuk mendidiknya, membentuk peribadinya, menasihatinya agar terus positif dan kuat amat kusyukuri.
“Subuh tadi kumelangkah masuk ke bilik mayat untuk menatap wajah untuk kali terkahir. Hatiku sayu, rapuh.
“Segala kenangan menjadi abadi. Sandra… tiada lagi kesakitan kamu,” tulisya.
Petang tadi, Shafi ada memuat naik sepotong video yang merakamkan momen bersama Sandra sambil mendedahkan lagu terakhir yang diberikan buat arwah agar terus positif dari rasa sedih dan putus asa.
Sandra menghembuskan nafasnya terakhir pada Jumaat selepas lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya.
Terdahulu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika sedang menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal pada Sabtu.
Foto: Instagram Cikgu Shafi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel ada mengucapkan tahniah buat kesemua lagu yang berjaya bersaing di Semi Final Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) bagi merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang dijangka berlangsung Februari tahun hadapan.
Dedikasi tersebut dibuat bintang ini bersama sepotong video pendek yang merakamkan dirinya mengelap trofi kemenangannya di AJL yang lalu di Instagram.
“Terima kasih semuanya, tahniah kepada para finalis, moga Allah bersama kalian selalu!
“Assalammualaikum,” tulisnya sambil disertakan dengan beberapa tanda pagar iaitu #sfmm35 #sembahxnaim #menunggunaim.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti memberikan reaksi selain menitipkan kata-kata semangat buat Naim yang pernah mengungguli AJL34 menerusi lagu Sumpah.
Terdahulu, 12 buah lagu yang layak bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sudah pun diketahui dan ia diumumkan sejurus saingan Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam yang bersiaran langsung di TV3, malam tadi.
Naim turut bersaing pada pusingan kedua SFMM pada 21 November menerusi lagu Sembah hasil ciptaannya bersama Iqie Hugh.
Bagaimanapun, Sembah yang turut menampilkan Man Keedal itu gagal terisi sebagai antara 12 lagu yang layak ke AJL35.
Foto: Instagram Muzik Muzik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida ada memuat naik foto dua anak angkatnya, Ameena dan Qayyum. Menerusi foto throwback setahun itu, Shahida ada mencecahkan situasi keduanya ketika baru dilahirkan.
“1 tahun yg lalu…Lepas majlis aqiqah dan cukur jambul… dua2 dan togel kepala saya botakkan…Cepatnya masa berlalu…x sedar dah lebih 1 tahun saya jaga Ameena dan Qayyum….Masa meena lahir x ada lah yg luar biasa sebab dia diam…
“Anak2 saya yg sebelum ni semua jenis x meragam…..bila qayyum lahir rasa mcm kejutan ….sbb dia nangis x berhenti kecuali tidur….memang menguji kesabaran… @babyterlajaklaris.
“Minum susu pula selalu muntah2 sbb alergik susu lembu…….mata sakit lebih kurang 2 bulan……selsema berpanjangan dan terbaru doktor kata ada Brokitis dan resdung,” tulisnya.
Pada masa sama, dia turut memberi nasihat kepada para ibu mengandung supaya menjaga pemakanan, seterusnya cuba mengambil menu sihat demi kesihatan anak yang dikandung.
Nasihat saya kepada ibu2 hamil please jaga kesihatan makan makanan berkhasiat…makan vitamin yg cukup supaya anak kita sihat Insya Allah…bukan wang ringgit yg kita risaukan tapi kesihatan dia …kesian masih kecik dan banyak sakit mcm2.
“Kalau x lalu makan ubat,minumlah susu,minum jus delima,makan yg berkhasiat…asid folik jgn tinggal……jgn ikutkan sangat pembawakan……ingat tau anak dalam perut kita ni bergantung sepenuhnya dari apa yg kita ambik ketika hamil…jadi pastikan kita ambik yg terbaik…,”kongsi Shahida.
Sementara di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan nasihat dan tips yang diberikan Shahida.
Foto: Instagram Datin Serni Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim memaklumkan dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya yang berlangsung pada Rabu lalu daripada pengetahuan umum.
Sebaliknya Fikry, atau nama sebenarnya...