Kembali beransur sihat selepas diserang angin ahmar pada 10 November lalu, pelakon, Esma Daniel menyifatkan kesempatan yang ada kini menjadi nikmat terbesar di dalam hidupnya.

Menurut Esma, dia kini sudah boleh kembali berlari dan menjalani rutin harian seperti biasa.

“Selepas seminggu saya diserang strok, pada hari ini, saya dapat semula berlari dan menikmati kehidupan.

“Isteri saya berkata pada saya, Allah mungkin belum bagi apa yang kita nak tapi Allah telah berikan apa yang kita perlukan,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Esma Dainal Md Isa (@esmadaniel)

Darah Beku Sudah Dibuang, Esma Daniel Syukur Boleh Kembali Berlari – “Dapat Semula Menikmati Kehidupan.” Darah Beku Sudah Dibuang, Esma Daniel Syukur Boleh Kembali Berlari – “Dapat Semula Menikmati Kehidupan.”

IKLAN

Menerusi foto tersebut juga, bintang drama Kerana Aku Isteri Bidaan itu dilihat telah berjaya menamatkan acara larian yang dianjurkan oleh sebuah jenama pakaian sukan terkenal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama meluahkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Esma sentiasa kekal sihat.

“Kisah yang memberikan inspirasi. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada orang yang tak pernah mengalah.

IKLAN

“Alhamdulillah. Semoga terus kekal sihat Abang Esma.

“Semoga sihat selalu.

“Terinspirasi dengar kisah abang. Tahniah brother,” antara komen-komen netizen di Instagram.

IKLAN

Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di aplikasi Facebook pada Ahad, Esma memaklumkan dia telah dimasukkan ke hospital selepas dia mendapati tangan kirinya sukar untuk bergerak dan struktur mukanya turut berubah.

Lantaran itu, Esma dilaporkan terpaksa menjalani prosedur trombektomi endovaskular di bahagian kepala untuk mengeluarkan darah beku sebanyak 3mm.

Selepas empat hari menerima rawatan secara intensif, Esma telah pun dibenarkan keluar daripada hospital.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI