Pelakon Puteri Sarah mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas membuat Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di Pusat Perubatan MSU, Shah Alam, semalam.

Puteri Sarah, 36, berkata, dia membuat ujian itu selepas hilang deria rasa, bau, badan berasa penat dan selesema.

Pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsi berita mendukacitakan apabila dia didapati positif Covid-19, semalam.

“Siapa Kontak Rapat Dari 10 Mei Pergilah Swab Test,” – Hilang Deria Makan & Bau, Puteri Sarah Positif Covid-19

Menerusi laman Instagram, bintang berusia 36 tahun itu memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik, namun mengalami gejala seperti hilang deria rasa dan bau sebelum mengambil keputusan menjalani ujian saringan.

Malah sebelum ini turut memaklumkan pernah dua kali melakikan ujian saring dan didapati negatif wabak berkenaan.

IKLAN

“Assalammualaikum semua, sebaik-baik kita menjaga SOP dan tak campur orang akhirnya kecundang jua. I was a type C before this sebabkan shooting dan dua kali buat swab test Sarah negative.

“Sadly, semalam buat lagi swab test sebab sarah tak ada deria rasa bila makan also tak ada deria bau (baru berlaku semalam) pegi test found out im positive covid 19.

“Before this kuarantin takde symptoms apa2 pun. Sarah sihat tapi terkena juga,” tulisnya.

IKLAN

Puteri Sarah pada masa sama turut meminta sesiapa yang mempunyai kontak dengannya untuk turut lakukan ujian sama.

“Siapa Kontak Rapat Dari 10 Mei Pergilah Swab Test,” – Hilang Deria Makan & Bau, Puteri Sarah Positif Covid-19 “Siapa Kontak Rapat Dari 10 Mei Pergilah Swab Test,” – Hilang Deria Makan & Bau, Puteri Sarah Positif Covid-19

“Im really sorry siapa yang kontak rapat dengan sarah dari 10 may pegilah swab test.

“Minta maaf to my family, my husband, anak2. Doakan kami semua ya. Jangan keluar rumah kalau tak ada apa2 nak buat. Jaga diri semua,” tulisnya lagi.

IKLAN

Serentak dengan perkongsian tersebut, kebanyakan peminat turut sama mendoakan kesembuhan ibu kepada dua cahaya mata ini.

“Siapa Kontak Rapat Dari 10 Mei Pergilah Swab Test,” – Hilang Deria Makan & Bau, Puteri Sarah Positif Covid-19

 

Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI