Ramlah Ram mengakui dia tidak pernah rasa serik untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi. Bagaimanapun, hatinya masih belum lagi terbuka dan bahagia dengan kehidupan ketika ini.

Sudah bergelar solo lebih 11 tahun lalu, penyanyi berusia 56 tahun ini juga mendedahkan tidak menolak jodoh dan setiap orang ada cara untuk rasa bahagia.

“Ada Kawan Yang Tanya Soal Kahwin, Tak Teringin Ke…,” – Meniti Usia 56 Tahun, Ramlah Bercakap Perihal Jodoh Dan Kebahagiaan

“Entahlah nak cakap macam mana. Ada saja kawan yang tanya saya soal kahwin ini. Mereka tanya tak teringin ke nak kahwin lagi? Saya pun sebenarnya tak fikir, tapi kalau ada jodoh saya terima. Jika tak ada pun tak apa.

“Apapun, saya tak dinafikan ada juga rakan seusia saya berkahwin lagi kerana mahu berteman dan itu pilihan mereka serta ada jodohnya. Tapi, untuk saya alhamdulillah gembira dengan apa yang Allah berikan setakat ini.

IKLAN

“Setiap orang ada cara gembira dan bahagia masing-masing. Saya sangat bersyukur dengan perjalanan kehidupan sekarang. Alhamdulillah, saya tak rasa sunyi,” katanya.

“Ada Kawan Yang Tanya Soal Kahwin, Tak Teringin Ke…,” – Meniti Usia 56 Tahun, Ramlah Bercakap Perihal Jodoh Dan Kebahagiaan“Ada Kawan Yang Tanya Soal Kahwin, Tak Teringin Ke…,” – Meniti Usia 56 Tahun, Ramlah Bercakap Perihal Jodoh Dan KebahagiaanRamlah pada masa sama menambah, setakat ini dia tidak berkenalan atau berkawan rapat dengan mana-mana lelaki selain hanya atas urusan kerja.

Percaya kepada aturan Allah SWT, Ramlah positif dan pertanyaan mengenai hal tersebut tidak pernah membuatkannya rasa tak selesa.

IKLAN

“Kalau media tak tanya, ada juga rakan saya yang lain bertanya. Ia soalan biasa dan saya okay sahaja untuk menjawabnya. Lagipun, jawapannya saya belum nak kahwin dan biar Allah tentukan.

“Bagi saya, perancangan Allah itu sangat terbaik dan saya ikut saja apa yang sudah diaturkan takdir hidup ini.

IKLAN

“Sesungguh-Nya Allah sangat mengetahui hamba-Nya dan teruskan bersujud serta berdoa kepada-Nya,” katanya muncul dengan lagu raya terbaru berjudul Kemenangan ciptaan Mohar dan lirik ditulis bersama olehnya.

“Ada Kawan Yang Tanya Soal Kahwin, Tak Teringin Ke…,” – Meniti Usia 56 Tahun, Ramlah Bercakap Perihal Jodoh Dan Kebahagiaan

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI