Selepas heboh media Indonesia yang membuat liputan mengenai majlis pernikahan penyanyi Syahrini bersama Reino Barack yang cukup eksklusif di Tokyo, Jepun, mata peminat turut tertumpu kepada penampilan penyanyi wanita berkenaan.
Syahrini yang sinonim dengan gaya anggun dan eksklusif, tentunya mengenakan persalinan yang bukan biasa-biasa rekaannya, apatah lagi pada hari yang cukup bermakna di dalam hidupnya.
Saat menerima lamaran si suami, penyanyi lagu Seperti Itu? mengenakan baju kebaya moden ilham Danny Satriadi yang cukup menawan, lengkap dengan detailing angsa yang di bahagian belakangnya.
Pereka yang sedia dikenali mempunyai hubungan baik dengan Syahrini turut melengkapi rekaan dengan belt serta perincian yang direka seakan-akan betuk berlian.
Sungguh…kebaya dalam rona pastel merah jambu itu tampak elegan, sebagaimana beberapa foto yang dikongsikan pereka berkenaan menerusi Instagramnya!
Setelah pintu sempadan dibuka bagi membenarkan pergerakan keluar masuk dalam negara, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bercuti ke luar negara termasuk golongan para selebriti tanah air.
Terbaru, pelakon jelita Datin Seri Maria Farida dilihat mengisi masa dengan berliburan ke kota Paris.
Bintang cantik ini turut berkongsi momen tersebut menerusi beberapa hantaran di akaun Instagram miliknya.
Aktres berusia 53 tahun ini tampak elegan mengenakan pakaian rona serba hitam sambil berdiri di hadapan menara Eiffel yang sememangnya sinonim dengan kota cinta itu.
“Bonjour.. C’est un bon moment à Paris!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian Maria nyata mencuri perhatian sekaligus menerima pujian daripada wargamaya.
“Very beautiful,” puji ringkas peminat.
“I guess datin was anti ageing. dari saya kecik, sampai lah umur 22 tahun sekarang, muka dia tak berubah, macam tu je saya tgk masa kecik kecik dlm tv,” luah seorang wargamaya.
“Datin lagi cantik dari Eiffel Tower tu..tak tgk lain dah..,” tulis lagi seorang netizen.
Penyanyi Misha Omar berbesar hati apabila berpeluang bersaing di atas pentas sama dengan dengan komposer dan penyanyi muda cukup berbakat pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36), pada Sabtu.
Meski lagu nyanyiannya, Tanpa Rela gagal lolos dalam senarai 12 finalis Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), Misha yang turut menjadi komposer bersama di dalam lagu tersebut, menyifatkan apa yang dilalui menjadi pemangkit semangat untuk terus memberikan yang lebih baik selepas ini.
“Tahniah buat 12 lagu yang telah mara ke AJL 36. Alhamdulillah, semalam Kak Mitch berpeluang berkongsi pentas dengan sekalian anak-anak seni yang berbakat dalam industri muzik kita.
“Meskipun lagu ciptaan Kak Mitch bersama @szewankenobi @zhusni dan @slenfadzil tak berjaya ke AJL 36, tapi percubaan kali ini meskipun gagal, tetap akan jadi pembakar semangat yang baik untuk kak Mitch menimba lebih banyak ilmu dalam nyanyian dan bidang penciptaan lagu.
“InsyaAllah… Doakanlah mudah-mudahan kak Mitch boleh cipta lagu yang lebih baik dan berkualiti di masa akan datang,” tulisnya di Instagram.
Bintang berusia 39 tahun itu pada masa sama turut menitipkan penghargaan buat semua pihak.
“Terima kasih buat kawan-kawan kak Mitch semua yang telah mengundi Tanpa Rela di carta mingguan Muzik-Muzik sehingga mara ke Semifinal Muzik-Muzik 36.
“Terima kasih juga kepada pihak TV3 di atas platform yg diberikan untuk kami semua pertaruhkan karya-karya seni kami dari semasa ke semasa.
“Terima kasih juga kepada pihak Sony Music @sonymusic_malaysia kerana percaya dengan lagu pertama ciptaan Kak Mitch utk diketengahkan. Can’t wait for AJL36. Awak sokong siapa?,” tulisnya lagi.
Semalam, 12 buah lagu berjaya layak ke AJL36 iaitu Mimpi (Haqiem Rusli), Sepi (Aina Abdul), Purnama (Naim Daniel), Lara (Haqiem, Naim, Hael Husaini) dan Nafas Cinta (Aina dan Khai Bahar).
Enam lagu lain yang turut diumumkan termasuk Boneka (Ernie Zakri), Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Salahku (Yonnyboii), AEWO (Shiha Zikir), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha Milan).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sharifah Sakinah mengakui dia memahami dan memilih untuk tidak mengambi pusing soal kritikan netizen setiap kali timbul sesuatu yang mencetuskan tular.
Menurut Sakinah, 33, atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, semenjak disahkan menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan berjumpa dengan beberapa pakar terapi, dia mulai belajar untuk mengendalikan kehidupan dengan lebih baik.
“Setiap orang ada perspektif masing-masing. Saya tak salahkan mereka (netizen) kalau mereka tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan.
“Macam isu samakan tandas dengan syurga baru-baru ini, saya tidak maksudkan syurga akhirat, saya tahu syurga itu tempat suci tetapi lebih kepada bahasa orang dalam industri hiburan.
“Bila isu ini jadi perdebatan, saya pilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu apa sahaja kenyataan saya disalah ertikan.
“Kalau saya pilih untuk bergaduh, masalah tidak akan selesai. Sebab itulah baik dari sudut kehidupan atau kerja, saya pilih untuk menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.
“Kemudian kita layan semua orang sama rata. Dalam bekerja pun, saya tidak suka ada jurang antara saya dan pelakon baru.
“Saya mahu semua orang selesa dalam bekerja dan tidak ada drama yang berbangkit,” katanya kepada MH.
Adik kepada penyampai radio, Sharifah Shahirah ini berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran filem Jemputan Ke Neraka di Pulau Carey, Klang baru-baru ini.
Berkongsi mengenai perkahwinan keduanya, Sakinah berkata, dia dan suami, Michael Hansen, 43, ketika ini melalui perhubungan jarak jauh.
Jelas Sakinah meski ia bukan mudah, namun mereka membuat pengorbanan itu demi anak masing-masing yang masih memerlukan perhatian.
“Suami ada dua anak di Sweden dan saya juga ada anak di Kuala Lumpur. Jadi agak sukar untuk saya bawa anak ke sana kerana dia masih ada bapa di sinidan dia satu-satunya anak bekas suami saya.
“Jadi kami buat keputusan untuk melalui perhubungan jarak jauh. Syukur, setakat ini semuanya berjalan dengan baik.
“InsyaAllah hujung Jun nanti saya akan pulang ke Sweden untuk berehat dan bersama suami di sana selama dua bulan,” katanya.
Pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein menyifatkan kepercayaan merupakan aspek paling penting dan perlu dipertahankan dalam perhubungan suami isteri demi membina keluarga yang bahagia.