Penyampai radio dan usahawan, Shuib mengesahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan, Watie Hanifiah pada Jun depan.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 38, berkata persiapan menuju hari bahagianya itu kini sudah 30 peratus.
“Apa yang boleh saya kongsikan setakat ini persiapan sudah 30 peratus. Insya-Allah, pada bulan Jun dan bila semuanya sudah lengkap barulah saya bersedia untuk umumkan tarikhnya. Setakat ini semuanya berjalan lancar, alhamdulillah.
“Kalau boleh, saya tak mahu majlis yang terlalu ‘grand’, tapi tidaklah juga terlalu kecil-kecilan kerana memikirkan ahli keluarga kami berdua.
“Malah ini adalah perkahwinan pertama Watie, jadi sudah tentu keluarga belah sana mahu meraikan kami apa adanya. Apa pun, saya harap dapat buat majlis sederhana dan bermakna, jadi semua akan gembira,” katanya kepada MH.
Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui di Majlis Iftar Melakar Pahala Warnai Raya Suria FM di Eastin Hotel, Petaling Jaya, pada Selasa.
Ads
Ditanya mengenai perasaan Watie, Shuib mendedahkan bakal isterinya gembira dan berharap semua proses berjalan seperti yang diharapkan.
“Dia sangat gembira memandangkan dengan apa yang dilalui, perjalanannya bagaimana sebelum ini. Dalam masa sama, berat juga untuk dia duduk di situ, tapi saya berharap semoga Allah permudahkan.
“Malah anak-anak selesa dengan dia begitu juga dengan keluarga. Saya rasa itu satu anugerah. Mungkin sebelum ini ada isu yang tak beberapa sedap didengari, itu dan ini. Tetapi sekarang apabila Allah sudah memudahkan proses itu, mungkin perkara ini adalah yang terbaik.
“Untuk saya, sudah semestinya rasa berdebar mahu bergelar suami sekali lagi, tapi bila mengenangkan anak-anak, saya rasakan saya perlukan seseorang untuk ada dengan saya menjaga mereka,” katanya lagi.
Ads
Mengakui perlukan sistem sokongan yang baik, Shuib menegaskan arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah tidak boleh diganti.
“Kita tahu kebolehan dan kemampuan kita, jadi bila ada orang sudi sama-sama dengan kita, ia satu pemberian Allah. Saya tak tahu masa hadapan macam mana, tapi sudah tentu saya mahukan yang baik-baik di masa akan datang.
“Jadi saya berharap semuanya dipermudahkan Allah. Saya perlukan sistem sokongan yang baik kerana saya tak tahu bagaimana untuk berseorangan dan bersendirian.
Ads
“Sejak dulu saya suka meriah, gembira, ramai-ramai, saya suka jemput orang datang rumah, jadi apabila saya sendiri, saya rasa itu bukan saya. Saya seorang yang bekeluarga.
“Saya suka keluarga, lagi besar keluarga itu, lagi saya gembira. Bila ada peluang macam ini, bila Allah sudah hadirkan orang yang sudi duduk dengan saya, jaga anak-anak saya, jaga saya juga, saya kena hargai, Insya-Allah.
“Arwah Sarah tidak boleh diganti. Itu sudah pasti. Tapi pada pandangan saya, ada 20 peratus sisi dia yang sama seperti arwah. Saya nampak dia boleh jadi ibu yang baik, Insya-Allah. Saya nampak usaha yang dia berikan untuk ibu saya, mertua selain untuk anak-anak saya juga,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama pelakon Fezrul Khan kembali hangat diperkatakan selepas netizen mempertikaikan tindakannya membela anjing seperti yang dikongsikan di laman sosial miliknya.
Menurut Fezrul atau nama sebenar, Fezrul Khan Junaidi Khan, 40, segala apa yang dilakukannya adalah berpandukan kepada Al-Quran dan tidak kisah sekiranya tindakannya membela enam ekor anjing bagi menjaga kebunnya yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan menjadi perdebatan ramai.
“Susah sebenarnya hendak bercakap kerana kita ada banyak mazhab, jadi lebih senang jika saya berpandukan kepada ajaran Al-Quran sahaja.
“Jika ada sebarang kemusykilan, biasanya saya akan merujuk kitab suci itu saja kerana Allah yang menurunkan Al-Quran, bukannya mazhab.
“Sekiranya masih sukar mendapatkan kefahaman, barulah saya akan merujuk atau berjumpa dengan ustaz,” katanya kepada MH ketika ditemui pada majlis sidang media secara maya drama Aku Seorang Perempuan yang menemui penonton di TV9, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.30 malam.
Menurut Fezrul, ramai orang yang tidak gemar merujuk kepada Al-Quran, sebaliknya lebih mempercayai ceramah daripada pendakwah bebas.
“Mereka tidak mahu membaca atau merujuk pada Al-Quran tetapi lebih percaya kepada apa yang dikatakan oleh penceramah sahaja.
“Sedangkan kita ada pelbagai mazhab, contohnya seperti di Mekah, mazhab mereka berbeza engan kita,” katanya.
Terdahulu menerusi laporan sebuah portal, Fezrul mendedahkan dia membela enam ekor anjing bagi menjaga keselamatannya ketika berada di kebun.
“Saya ada enam ekor anjing. Saya latih anjing saya supaya diri saya selamat ketika berada di kebun. Saya jaga pokok dan ada jadual yang perlu diikuti.
“Kadang-kadang itu ada terskip jadual baja. Jadi saya kena baja pada waktu tengah malam.. di situlah fungsi anjing-anjing saya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas berkongsi video tarian gelek lagu Cowok Baru bersama Sajad baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf kepada ibunya, Rozita Ibrahim di atas keterlanjuran perbuatannya.
Ulas Aliff dia tidak punya apa-apa maksud dan hanya sekadar suka-suka dan si ibu nyata lega dengan permohonan maaf anaknya.
Malah, Bonda Rozita berharap agar usahawan ini lebih bijak menjaga maruah diri untuk masa akan datang.
“Tau salah cepat2 minta maaf si @aliffsyukriterlajaklaris ..Masih ada nilai anak baik ..Byk2 maaf ya sajat sy pun salah suka bebel
“Diorg berdua ni memang pandai ambil hati “ pandang lah stress dah ida mengandung lagi dia kri, jd hati ida , sy demam makin lambat baik ..lepas tengok video ni senyum sy balik .
“shahidadherbs Ida wanita isteri yg solehah yg selalu mendoakan familynya ..Dia dgn Mak xhenti doakan KRI swmakin baik amal soleh dn kefahaman ugama ditingkatkan ya ..Dah tua kri kamu ni
“Sejuk hati dan sy rasa bersalah komen “ nak cili poen dia” mereka buat hal, ambil hati, buat hal, ambil hati..!! .
Sampai bila yer???!!!!!!
“Si sajat dgn comelnya, minta maaf malam tadi kri antar video kat sy “ termenung kejap ishh sy kena minta maaf pd dia” memang sy x pernah komen dgn kasar sebelum ni.. tp pada sy geram yg dipendam ..xpernah bunyi .Masihat kat belakang xdemgar,” tulisnya.
Pengasas Rumah Hutan Bonda Rozita ini turut menyalahkan anaknya di atas tindak tanduk Sajad.
“Ni sy post secara terang2 ..Kri yg salah lebih sebenarnya yg benarkan sajad bergelek ngenjot ngenjot “ tek dgn punggung nyer tu gegar gegar NAPAAAA..!! “
“Buat sajat jgn lah sajad buat menayang benda tu lagi org pun tau lah “ rehesia “ sampai ada yg nak cucuk jarum dekat punggong dia dgn dia punya tek tu..!! Sajat baik dulu sy kenal sejak umur dia belasan tau “ dia pandai jahit langsir ..rajin keje”
“Maaf lah sajat apa yg bonda tulis tu ye.. harap jgn x dimaafkan pulak.. susah sy nanti mati nanti
“Life sy org kebiasaan saja 📲subscribe youtube aktiviti : Sy org bertani di Bumi Ratu Channel,” tegasnya.
Penyanyi, Daiyan Trisha tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut bercampur gembira apabila berpeluang berjumpa dengan pelakon A-list Hollywood, Kate Winslet.
Bagaimanapun, satu insiden lucu berlaku apabila pelakon yang sinonim dengan watak Rose menerusi filem ikonik Titanic itu tidak sengaja telah memijak gaun yang dipakai Daiyan sewaktu menghadiri sebuah majlis di Château de Chantilly, Perancis.
Kisah tersebut dikongsikan penyanyi lagu Langit itu di laman Twitter miliknya.
kate apologised to me cos she accidentally steeped on my dress when she should've said you're welcome cos it was an honour to have her step on my dress.
“With Kate Winslet & Simon Baker, ambassadors of Longines. Malaysia represent, I feel so honored!
“Kate apologized to me because she accidentally steeped on my dress when she should’ve said you’re welcome because it was an honor to have her step on my dress,” tulisnya.
Menerusi entri tersebut, Daiyan turut dilihat berpeluang merakam gambar kenangan bersama Kate dan juga seorang lagi aktor Hollywood, Simon Baker.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur malah turut cemburu dengan perkongsian Daiyan itu.
Terdahulu, Daiyan telah dijemput ke Perancis bagi menghadiri sebuah majlis khas anjuran sebuah jenama jam terkenal antarabangsa.
Sumber: Twitter Daiyan Trisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Naqiu bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa mengambil kesempatan dan melakukan penipuan sehingga menyebabkan kerugian hampir RM100,000.
Tidak mahu terus...