Mahkamah Rendah Syarie Gombak Timur menetapkan tarikh 8 Mei depan untuk sebutan kedua kes prosiding tuntutan nusyuz yang difailkan pengarah Syamsul Yusof terhadap isteri pertama, pelakon Puteri Sarah Liyana.

Pada prosiding pertama hari ini, Syamsul hadir ditemani peguam, Azmi Mohd Rais manakala Puteri Sarah diwakili peguam, Datuk Akberbin Mohd Kader.

Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana terikat dengan komitmen kerja di Jakarta, Indonesia.

Syamsul yang ditemui sebaik selesai prosiding mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Puteri Sarah.

“Hari ini adalah sebutan nusyuz tetapi Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.

“Hanya doakan yang baik-baik antara saya dan Puteri Sarah sama ada berakhir dengan baik atau tidak.

“Kita tak tahu mungkin kita rasa apa yang terbaik untuk kita, tetapi Allah Maha Mengetahui.. hanya mampu bersangka baik,” katanya kepada MH.

IKLAN

Dalam masa sama, Syamsul juga memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat rakan-rakan artis yang turut sama menghadapi kemelut rumah tangga.

“Netizen doakanlah yang terbaik bukan untuk saya saja tapi rakan-rakan artis yang lain sebab kita nampak benda ini sudah jadi macam trend.

IKLAN

“Ini bukan perkara main-main. Ini mengenai kehidupan peribadi dan tidak nampak indah yang disangka. Inilah realiti.

“Doakanlah kami semua. Itulah hakikat sebenar,” katanya.

Seterusnya apabila bertanya mengenai keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes cerai pasangan itu pada Isnin depan, Syamsul berkata dia reda dengan apa saja yang bakal berlaku.

“Insya-Allah saya cuba reda dengan apa saja, mudah-mudahan begitu juga dengan isteri saya, Puteri Sarah. Saya pun tak mahu mengeluarkan kenyataan yang melukakan Puteri Sarah lagi. Harap boleh selesai dengan baik,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu, Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah pada 21 Mac lalu dengan alasan isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.

Selain itu, antara alasan yang dikemukakan Syamsul atas tuntutan nusyuz itu termasuk meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya maya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI