Tahniah diucapkan buat Syahmi Sazli apabila karya terkini arahannya, Satu Hari Sebelum Raya berjaya meraih kutipan sebanyak RM1 Juta selepas ditayangkan sejak 6 April lalu.
Sambil meluahkan rasa syukur, Syahmi berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, baru-baru ini.
“Alhamdulillah kutipan sudah mencecah RM1,000,000. Rezeki Allah bagi duit raya di saat live tiktok kena ban selamanya. Teruskan melanggan Satu Hari Sebelum Raya di Astro First channel 480,” tulisnya.
Satu Hari Sebelum Raya adalah filem ketiga arahan Syahmi selepas Mael Totey The Movie (2020) dan 35mm (2022) dan dibarisi pelakon antaranya Wanie Rohaimie, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Samer dan Hushairy Hussein.
Badri Radzi (bekas pemain bola sepak kebangsaan), Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Kamarool Yusoff, Saiful Apek, Anissa Faizul dan Poyie Gasi turut terbabit di dalam naskhah ini.
Ads
Satu Hari Sebelum Raya mengisahkan tentang perjalanan dua adik-beradik yang hidup dalam serba kekurangan, Ika dan Yoe untuk mendapatkan sepasang baju raya pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Balu kepada pelawak Allahyarham Abam iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 32, mendakwa dirinya terkena sihir atau gangguan mistik sejak suaminya meninggal dunia tiga tahun lalu.
Situasi berkenaan turut dialami anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Hidayah mendedahkan perkara berkenaan menerusi sebuah perkongsian video di laman Instagram miliknya.
“Saya terkena sihir sejak suami meninggal sehingga sekarang.
“Tolong bantu rawat penyakit saya dan Hamzah yang terkena sihir,” katanya menerusi video tersebut.
Menerusi entri sama, Hidayah memohon bantuan orang ramai membantunya untuk mencari pakar perubatan Islam bagi menangani permasalahan yang sedang dilaluinya itu.
“Saya minta tolong kepada sesiapa yang kenal pakar perubatan Islam, ustaz atau sesiapa yang ada kepandaian merawat penyakit mistik disihir,” ujarnya lagi.
Video berkenaan menerima hampir 400,000 tontonan setakat ini disusuli dengan pelbagai komen yang ditinggalkan warganet.
Untuk rekod, Hidayah dan Allahyarham Abam berkahwin pada 8 Disember 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia empat tahun.
Abam atau nama sebenar, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di kediamannya di Gombak, Selangor akibat demam panas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit Michael Ang memanjatkan rasa syukur kerana tahun ini menjadi tahun kelima dia menjalani ibadah puasa seterusnya meraikan Aidilfitri sebagai seorang mualaf.
Sama seperti kebanyakan saudara baru yang lain, kemeriahan meraikan Hari Raya berjalan sempurna dengan keberadaan orang tersayang di sisi.
”Saya beraya sebagai mualaf sudah tahun yang kelima, alhamdulillah. Cuma mungkin saya bertuah kerana keluarga faham dan menerima.
“Malah kami sekeluarga dah pun merancang iaitu pada raya pertama, mereka akan kunjungi rumah saya, datang beraya sama-sama. Mak saya pun sudah ada di Kuala Lumpur.
“Lepas sembahyang raya, kami akan makan tengahari bersama. Saya yang masak,” katanya kepada MH ketika ditemui pada majlis istimewa Sweet Home di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berkongsi mengenai cabaran sepanjang Ramadan, Michael yang sudah terbiasa di kelilingi dengan kenalan beragama Islam tidak berdepan situasi sukar melainkan isu kesihatan yang dialami.
“Untuk saya sendiri, cabaran itu tidaklah terlalu besar sebabnya saya jalani kehidupan seperti biasa saja. Kita tetap akan jadi diri kita, tak kiralah apa budaya yang kita amalkan.
“Cuma kenalah patuhi dan hormati setiap perkara yang tertentu sahaja. Cuma kadang saya ralat bila puasa. Sebab saya ada alami masalah Gerd dan sebelum ini pun pernah jalani pembedahan (masalah lain).
“Ada ketika saya tidak boleh berpuasa malah tahun lalu pun saya alami situasi gerd yang paling teruk. Sekarang doktor ada bekalkan ubat baharu dan nasihatnya, hanya boleh ambil selama 30 hari sahaja kemudian jangan ambilnya lagi.
“Dia bekalkan saya ubat tersebut kerana saya beritahunya mahu berpuasa. Tidaklah membantu 100 peratus, tetapi sekurang kurangnya ia mengurangkan masalah yang dialami,” katanya yang merancang untuk jalani pembedahan Gerd awal tahun depan.
Dalam perkembangan lain, kecintaannya terhadap dunia masakan membuka rezeki apabila dia dilantik sebagai duta jenama gula, Sweet Home.
Sweet Home Candied Products Sdn Bhd yang kini muncul sebagai antara pengeluar utama gula batu di Malaysia dan Asia Tenggara berbesar hati menjadikan bintang tersebut sebagai wajah wakilannya.
Pengarah Urusannya, Vincent Teh Chun Hwa berkata, perniagaan keluarga itu dimulakan dengan cara yang sangat sederhana oleh bapanya, Teh Sey Meng di Jinjang, Kepong, pada tahun 1974.
Awalnya syarikat dinamakan Teh Sey Ming Candied Melon Factory (TSM) dan sejajar perkembangan perniagaan, pada tahun 2000 syarikat ditukar kepada nama baru iaitu Sweet Home Candied Products Sdn Bhd (Sweet Home).
“Pada tahun 2010, kami berpindah ke kawasan perindustrian Rawang yang menempatkan pejabat lebih besar dan dilengkapi peralatan perkilangan yang lebih moden untuk meningkatkan lagi pengeluaran gula batu.
“Sejak syarikat ini diasaskan oleh bapa saya, kami sangat mengutamakan kualiti pengeluaran produk. Ia bukan saja menjadi pelengkap kepada minuman dan makanan lain namun dijamin memuaskan hati pengguna.
“Selama 40 tahun kami bekerja tanpa jemu untuk mengeluarkan gula batu yang bermutu tinggi. Berserta pengalaman berpuluh tahun itu, kami kini pakar dalam bidang pengeluaran gula batu,” katanya.
Sementara itu, Wakil Pemasaran Sweet Home, Amirul Ashraf pula menambah, kejayaan syarikat kerana percaya adalah penting untuk memenuhi piawaian tinggi yang diperlukan oleh Industri Makanan Malaysia dan tiada kompromi dalam soal kualiti.
“Kenapa gula batu berbeza daripada gula halus biasa kerana ia memberikan rasa dan tekstur yang lebih baik apabila kita menggunakannya berbanding gula halus. Ia juga melalui proses penghabluran selama 168 jam (tujuh hari).
“Gula batu bukan saja lebih bagus untuk kesihatan daripada gula biasa tetapi ia juga menambahkan lagi keenakan kepada kesemua jenis juadah kerana keunikan rasanya.
“Berbanding pesaing, gula batu yang dihasilkan oleh Sweet Home mendapat sijil pengilangan gula batu yang disahkan FSSC22000 di Malaysia dan kami juga merupakan pengeluar gula batu pertama disahkan halal oleh JAKIM,” katanya.
Sweet Home turut mengeluarkan minuman Longan dan Halia serta Rock Sugar, Brown Sugar, Yellow Rock Sugar dan Honeycomb Sugar.
“Kami adalah peneraju dalam keselamatan dan kualiti makanan. Pasukan Keselamatan Makanan dan Jaminan Kualiti kami terdiri daripada sekumpulan pakar dari setiap bidang keselamatan makanan, yang dilatih secara tetap dalam amalan terbaik.
“Falsafah keselamatan makanan kami ialah, jika kami tidak yakin dengan produk kami, kami tidak akan menjualnya kepada pengguna.
“Kami mempunyai sistem yang ketat yang diikuti dengan teliti dengan mengawasi pengauditan pematuhan, membantu dengan pelbagai pensijilan keselamatan makanan dan berinteraksi dengan semua agensi kawal selia untuk memastikan kami memenuhi keperluan kawal selia standard tinggi,” katanya lagi.
Dalam pada itu Michael akui dia mengenali jenama berkenaan setelah diperkenalkan ibu yang sering menggunakan produk Sweet Home dalam masakan dan juga minuman sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit, Datuk A. Aida menegaskan dirinya tidak akan tunduk dengan apa sahaja rayuan yang akan dikemukakan oleh pelakon, Amelia Henderson.
Ia susulan selepas Amelia diarahkan untuk membayar ganti rugi berjumlah lebih RM200,000 selepas tewas dalam keputusan kes saman pelanggaran kontrak perjanjian membabitkan syarikat produksi, A Aida Production Sdn Bhd.
Jelas A. Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, keputusan tersebut dibuat selepas Amelia dikatakan tidak mahu berdamai seperti yang pernah dicadangkan mahkamah sebelum ini.
“Saya tidak akan tunduk kepada rayuan. Itu sahaja. Sebarang rayuan tidak akan dilayan. Sebelum ini, hakim pernah memanggil kami untuk berdamai.
“Dengan Idris Khan saya berdamai tapi Amelia tetap nak lawan juga. Saya yakin berada dipihak yang benar. Di bulan Ramadan yang mulia ini, kemenangan berpihak kepada saya,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, A Aida turut mendedahkan dirinya tidak akan berkerjasama semula dengan Amelia kerana bimbang kejadian sama bakal berulang pada masa hadapan.
“Syarikat produksi saya memang terkenal dengan memberikan tawaran berlakon kepada pelapis-pelapis baharu. Bila saya memberi peluang kepada bakat-bakat baru ini, secara tidak langsung meraka ini akan menggantikan pelakon-pelakon sedia ada.
“Saya dah lahirkan ramai pelakon-pelakon baharu. Saya bagi peluang kepada mereka. Sebagai prosedur berpengalaman, kita boleh menilai sikap seseorang artis itu.
“Apa yang terjadi kepada saya di dalam kes ini, saya sama sekali tidak akan terlibat lagi dengan artis ini kerana dia dah pernah buat hal seperti ini sekali. Tidak mustahil dia mungkin akan buat lagi.
“Saya sudah tak berani bekerjasama lagi. Namun, saya tetap maafkan Amelia. Saya tak marah pun,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, penerbit berusia 53 tahun turut menuntut Amelia untuk membuat permohonan maaf secara terbuka bagi membersihkan semula namanya.
“Yang paling penting, saya mahu dia buat permohonan maaf secara terbuka kerana perkara itu akan membersihkan semula nama saya.
“Saya nak sangat dia mohon maaf sebab dia ada ramai peminat. Bila dia buat kenyataan sebegitu, seperti saya pula yang bermasalah sedangkan saya ini orang lama,” akhirinya.
Terdahulu, A Aida mengalirkan air mata dan bersyukur selepas menang kes saman perlanggaran kontrak terhadap Amelia di Mahkamah Sesyen Sivil, di sini, hari ini.
Mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi yang merangkumi kos deposit, ganti rugi am fitnah, ganti rugi kos penggambaran dan kos tindakan dengan faedah lima peratus tahunan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!