Hantaran terkini yang dimuat naik oleh penyanyi, Shila Amzah di aplikasi Tik Tok pada petang Jumaat nyata menzahirkan rasa teruja dikalangan peminat.
Video berdurasi 22 saat itu memaparkan Shila bersama temannya yang juga merupakan pempengaruh, Ubai sedang mengambil cincin yang telah ditempah lebih awal.
Menurut Shila, cincin tersebut merupakan simbolik yang menandakan hubungan istimewanya bersama Ubai atau nama sebenarnya, Ubaidillah Mohd Zulkifli.
Malah, penyanyi lagu Memori Tercipta itu turut menitipkan ucapan ‘terima kasih sayang’ buat Ubai diatas pembelian cincin tersebut.
“Hari ini adalah hari di mana saya mengambil cincin kita. Sebenarnya cincin saya sahaja. Terima kasih sayang,” katanya.
Dalam pada itu, Ubai juga sempat berseloroh dengan menunjukkan beg duitnya yang dikatakan telah kosong.
“Sama-sama. Datang lagi. Tinggal rama-rama je,” selorohnya.
Di ruangan kapsyen pula, ibu kepada seorang cahaya mata itu memaklumkan dirinya telah bersetuju untuk menerima pemberian cincin tersebut.
Ads
Pada masa sama, Shila turut memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“I said yes (emoji cincin). Terima kasih semua yang doakan baik-baik,” tulis Shila ringkas.
Bagaimanapun, sehingga kini, Shila dan Ubai tidak menjelaskan secara terperinci mengenai maksud sebenar pembelian cincin tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan segala urusan Sheila
dan Ubai akan dipermudahkan.
Ads
“Yay, syukur Alhamdulilah. Tahniah Sha dan Ubai. Suka sangat dapat good news ni.
Pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud, 59, bakal mengeluarkan buku berjudul Mencari Noriah, Januari depan.
Fauziah atau mesra disapa Ogy berharap generasi muda mempunyai sikap menghargai dan menghormati ilmu sekiranya mahu bergelar anak seni yang berkualiti.
“Lakonan adalah seni ekspresi jiwa. Tiba masanya orang menyedari lakonan adalah seni yang mahal, bukan seni yang main masuk dan lontarkan dialog sahaja, ia bukan begitu,” katanya.
Ogy yang mencecah lima dekad pembabitan dalam dunia hiburan tempatan sedia diketahui sudah terbabit dalam semua cabang seni.
Menurut Ogy, pilihannya kini adalah mahu meninggalkan legasi Ogy’s Centrestage & Academy yang ditubuhkan pada 2018.
“Dengan apa yang diusahakan sekarang, iaitu mendidik dan berkongsi ilmu secara tidak langsung membuatkan harapan arwah ayah untuk melihat saya menjadi seorang pendidik tercapai.
“Jika ditanya apa lagi yang ingin saya mahukan, apatah lagi, semua cabang dunia seni sudah diterokai, pilihan saya adalah meninggalkan legasi Ogy’s Centrestage & Academy yang ditubuhkan pada 2018.
“Saya bersyukur dapat berkongsi ilmu dan memberikan semula pengetahuan selama hampir lima dekad kepada generasi muda.
“Saya percaya, kita tidak boleh menjadi pelakon hebat dalam masa tujuh hari. Seseorang kena belajar mengenali dan memahami apa itu seni sebelum menjadi bintang,” katanya.
Penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 1986 dan 1987 berkongsi perkara itu pada sesi Instagram (IG) Live Bersama Penggiat Seni, menerusi topik Aku Pelakon Terbaik, baru-baru ini.
IG Live Bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS) itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.
Mengangkat topik, Aku Pelakon Terbaik, sesi Live IG itu dikendalikan moderator yang juga dua editor hiburan, Saharudin Mohd Musthafa dan Roslen Fadzil.
Selain itu, beberapa sesi Live IG turut pemain terkemuka industri seni akan diadakan sepanjang sembilan hari, bermula kelmarin hingga 29 November depan.
Selain topik Aku Pelakon Terbaik, dua lagi topik diketengahkan iaitu Jadi Pengarah Tanpa Gagal membabitkan Syamsul Yusof, Mawi dan Yana Samsudin.
Manakala topik How To Make A Drama Go Viral – The Magic Formula pula menampilkan Datuk Ziela Jalil, Datuk A Aida dan Fadzil Teh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nina Iskandar dilaporkan telah terlibat dengan kemalangan apabila difahamkan, kenderaannya telah dilanggar dua kereta, awal pagi semalam.
Menerusi kemas kini di Instagram Stories miliknya itu, pelakon berkenaan ada berkongsi beberapa foto keadaan diri dan kenderaan yang dinaiki selepas dilanggar.
Insta stories antara lain turut memaparkan foto selfie dirinya dengan keadaan bibir bengkak dan koyak.
“Besarnya dugaan saya kali ini. For the past few months memang banyak betul dugaan. Insya-Allah, ada hikmah dan ganjarannya,” tulis Nina.
Foto: Instagram Nina Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bapa kepada penyanyi dan pelakon remaja, Fikry Kiki, Fuad Bukang meninggal dunia kira-kira jam 2 petang Jumaat.
Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kajang dan selamat dikebumikan malam tadi.
Khabar duka itu dimaklumkan sendiri oleh Fikry menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
“Assalamualaikum semua, minta jasa baik anda semua untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah saya Fuad Bin Bukang yang baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital Kajang pada pukul dua petang tadi (Ahad),” tulisnya.
Menerusi entri berasingan, pelakon drama, Salam Squad ini turut membuat permohonan maaf andai arwah bapanya itu ada menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.
“Kiki, kakak dan mama sayang papa. Saya bagi pihak arwah ingin memohon maaf sekiranya arwah pernah terguris, terkasar, tersilap kata selama arwah bernafas.
“Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, rakan selebriti yang juga merupakan pelakon, Rykal turut memberikan kata-kata semangat buat sahabat baiknya itu.
“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Urusan pengkebumian Uncle Fuad Malam tadi pun berjalan lancar. Harapnya kau terus kuat Ki. InsyaAllah Ki, lepas ni macam papa dan Uncle Ridz cakap, kalau lepas ni ada apa-apa bagitahu je.
“Bukan papa dan Uncle Ridz je, ramai lagi yang akan support kau. Kawan-kawan kita pun ramai. Aku tahu kau perlukan kekuatan untuk meneruskan perjalanan kau.
“Tapi percayalah, Allah itu maha adil dan maha mengetahui. Sama-saka kita doakan agar arwah Uncle Fuad tenang di alam sana,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa dukacita selain turut mendoakan semoga arwah bapa Fikry ditempatkan dikalangan orang beriman.
Terhadulu, arwah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fikry Kiki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Veena Praveenar Singh, 29, akhirnya berjaya mencapai impian selepas dinobat sebagai Miss Universe Thailand 2025 dalam pertandingan penuh meriah di MGI Hall, Bangkok malam...