Personaliti televisyen, Nurul Syuhada Nurul Ain memaklumkan ibunya, Permai Hasan telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Selasa jam 4 pagi.

Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Nurul Syuhada menerusi laman Instagram pagi tadi.

Menurut Nurul Syuhada, dia sendiri tidak menyangka akan pemergian tersebut kerana hari sebelumnya ibunya itu dikatakan berada dalam keadaan yang baik.

“Dukacita dimaklumkan ibu saya Allahyarhamah Permai binti Hasan telah pulang ke Rahamatullah pada malam 27 Ramadan (sekitar jam 4 pagi) di rumah saya Taman TAR Ampang.

IKLAN

“Saya menggunakan ruang ini untuk memaklumkan kepada sebahagian keluarga dan sahabat handai yang mengenali Allahyarhamah ibu saya yang masih belum menerima berita duka ini.

“It’s very surreal to us because she was still okay the day before despite being a very high spirit dialysis patient for the past 7 years and only last few days complained about her gastric and stomach upset,” tulisnya.

Dalam pada itu, bekas pengacara progam Malaysia Hari Ini itu turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah menziarah dan membantu menyempurnakan majlis pengebumian ibunya semalam.

IKLAN

“Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga, jiran dan sahabat yang hadir untuk solat jenazah dan membantu kelancaran pengembumian Allaryahmah.

“It’s all happened so fast and smooth yesterday from the moment after her passing in the morning until her burial right after Zuhur with the tremendous help from qariah Masjid Darul Ehsan. Allahuakbar,” kongsinya lagi.

Pada masa sama, Nurul Syuhada turut memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan arwah ibunya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

IKLAN

“Lastly, saya memohon doa dari kalian semua untuk mendoakan ibu saya di bulan Ramadan yang berbaki ini agar Allah SWT menurunkan Rahmat, ampunan dan syafaat kepada ibu saya dan ditempatkan bersama para soliheen, sidiqqin dan syuhada,” akhirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa duka selain turut memberikan kata-kata semangat buat Nurul Syuhada serta keluarga bagi menempuhi detik sukar ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nurul Syuhada Nurul Ain

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI