Pelakon Betty Rahmad teruja apabila anak sulungnya, Ardy Wira membesar dengan sihat dan aktif.
Tamban pula, Ardy yang kini berusia 10 bulan itu dilihat semakin membesar kerana beberapa batang giginya mulai tumbuh.
Mahu mengabadikan momen indah itu, adik kepada aktres Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida merakam video Ardy yang tersenyum sambil menunjukkan giginya.
“Show me your teeth,” kata Betty ringkas kepada Ardy.
Lalu bayi comel itu memberikan respon sambil tersenyum
Aktres jelita, Fasha Sandha tidak mahu menafi atau mengiyakan mengenai desas-desus yang mendakwa dirinya kini kembali hamil selepas mengalami keguguran lebih empat bulan lalu.
Malah bintang berusia 35 tahun itu turut meminta ramai supaya mendoakan yang baik-baik buat dirinya agar dikurniakan rezeki zuriat menerusi hasil perkongsian hidup bersama pelakon, Aidil Aziz.
“Doakanlah yang baik-baik. Pengalaman keguguran lalu menyebabkan saya tidak mahu bercakap lebih mengenai kehamilan.
“Saya percaya, mereka yang pernah ada pengalaman sedemikian akan rasa fobia untuk berkongsi mengenai perkara itu. Apa pun doakan yang baik-baik.
“Saya tidak mahu komen apa-apa pun mengenai kandungan sebab pernah alami keguguran yang teruk dan sangat mendukacitakan buat kami sekeluarga.
“Jadi sebab itulah saya tidak bercakap langsung. Kalau ada yang tanya pun, saya tidak nafi atau mengiyakan. Saya hanya minta agar mereka mendoakan yang baik-baik,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai sejauh mana tahap fobia yang dialami hingga membuatkan Pelakon Wanita Terbaik (Drama) ASK2017 itu ragu-ragu untuk berkongsi mengenai dakwaan sedang hamil, ini jelas Fasha;
“Sebelum ini saya alami keguguran ketika usia kandungan kira-kira lapan minggu. Ketika itu harapan sepenuhnya sudah diberikan kepada anak-anak dan mereka sangat teruja dengan berita tersebut.
“Jadi bila saya alami keguguran sebelum ini…bukanlah tidak teruja tetapi saya ambil pendirian untuk tidak terlalu bercakap mengenai hal tersebut. Tidak mahu mengiya dan tidak mahu menidakkan. Cuma sudah tentu kita mengharapkan yang baik-baik.
“InsyaAllah akan buat pengumuman… Mungkin kali ini kalau saya nak bersalin baru saya umumkan kot. Fobia sampai macam tu sekali memandangkan ketika saya gugur dulu ada yang cakap mungkin kerana terlalu awal saya umumkan. Rasanya tidaklah begitu…
“Ada kawan saya yang usia kandungannya cecah tujuh bulan pun masih boleh gugur. Tiada rezeki Allah nak bagi. Apa pun, peristiwa itu sangat memberi kesan terutamanya pada anak-anak. Suami masih lagi okay sebab dia seorang yang positif, optimistik dan percaya pada rezeki.
“Saya lagi sedih dari suami sebenarnya sebab harapan itu sudah diberikan kepada anak-anak. Mereka yang minta saya berkahwin kerana mahukan adik. Jadi bila sudah kahwin dan mengandung tiba-tiba keguguran.
“Saya tak mampu buatkan mereka gembira dan sebab itulah saya jadi macam fobia,” akui Fasha yang turut merakamkan raya syukur kerana dikurniakan rezeki serta tawaran kerja yang tidak putus-putus.
Terdahulu, bintang ini ditemui media pada majlis Pelancaran Ubat Gigi Aura White Bersama Guardian di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu.
Turut diadakan ialah sesi ramah mesra bersama wajah wakilan Ubat Gigi Aura White lainnya iaitu Izzue Islam dan PU Azman.
Fasha mendirikan rumah tangga bersama Adil Aziz pada 30 Mac lalu dan menerusi perkahwinan sebelum ini bersama Rizal Ashram Ramli, bintang cantik itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma
Seperti yang sedia maklum, lagu Anta Permana nyanyian Datuk Siti Nurhaliza telah berjaya mara ke pentas separuh akhir Muzik-Muzik yang ke-34.
Bagaimanapun, lagu tersebut telah disampaikan penyanyi Bob Yusof dalam saingan Separuh Akhir kedua yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada Jumaat.
Menurut Bob, dirinya akui rasa sangat gementar untuk menyanyikan lagu hits dari penyanyi terkenal itu dan pastinya, ia bukanlah satu perkara yang sangat mudah.
“Selepas selesai persembahan, saya tetap gemuruh. Saya rasa gemuruh tu sampai ke sudah sebabnya saya diberikan tugas mengalas lagu Anta Permana, yang nama penyanyinya cukup besar dan bukan calang-calang orangnya.
“Malah, tugas tersebut juga berat buat saya. Apa pun, saya cuba untuk menjayakan atau menyampaikannya dengan baik,” kata Bob kepada MH.
Dalam ramai yang suka, tak kurang yang turut memberikan reaksi sinis terhadap Anta Permana di tangan Bob.
“Ketika perbincangan saya bersama Tok Ti dan pencipta lagu, Hael Husaini serta juga Ezra Kong saya sudah memikirkan hal ini dan saya tahu akan menerima kritikan yang baik atau buruk dari netizen. Sudah pasti akan ada kecaman.
“Tak semua orang akan suka dengan kita, akan suka dengan persembahan kita. Sudah pasti orang akan mempertikaikan kenapa saya yang nyanyi lagu tu dan sebagainya.
“Kepada mereka yang mengkritik, saya tak salahkan sesiapa pun. Saya tidak boleh nak puaskan hati semua orang, itu lumrah manusia. Saya tak ambil hati pun.
“Kadang-kadang apa yang mereka kritik itu ada betulnya juga. Jadi tak salah untuk mereka kritik sebab saya rasa kritikan itu boleh memperbaiki diri saya di masa akan datang,” luah Bob.
Pada masa sama, Bob juga tidak menafikan akan tekanan yang dihadapi.
“Besar tekanannya. Akan tetapi hal tersebut saya letak tepi, cuba bawakan lagu ini dengan cara sendiri.
“Akan tetapi saya sendiri sudah pun minta izin dengan pencipta serta penyanyi lagu itu sendiri. Cuma saya tidak ketepikan ‘originality’ lagu tersebut. Hanya ‘rasa’ lagu itu saya dapatkan daripada Siti juga.
“Terus-terang saya cakap, dalam seminggu dua ini saya sangat takut… Tuhan sahaja yang tahu bagaimana untuk saya berdepan orang ramai dalam menyampaikan lagu tersebut.
“Kalau ada yang memuji pula, saya hanya boleh cakap alhamdulillah dan terima kasih,” katanya yang mengakui memdapat pelawaan untuk membawakan lagu tersebut kira-kira tiga minggu lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meluahkan rasa kesal apabila terlupa mengunci tali keledar anak sewaktu mengenakan stroller, Hafiz Mahamad berkongsi anaknya pernah terjatuh.
Insiden tersebut sekaligus membuatkan si isteri menangis.
Namun jelasnya, dalam situasi tidak terjangka itu, mereka bersikap dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.
“Sebenarnya tak sampai hati nak bawa anak yg baru 4 bulan ni ikut kerja ke mana mana.
“Haritu waktu kita kerja di Kelantan, Raisya jatuh dari stroller. Boleh pulak masa tu tak lock seat belt dia, sbb biasa kita lock.
“Mummy menangis rasa serba salah & saya pula rasa serba salah sebab terpaksa bawa mereka ikut sekali. Tapi dua dua faham & handle situation, tak menyalahkan siapa siapa.
“Alhamdulilah Allah permudahkan, Raisya kuat sangat. Sampai harini kalau ikut kerja jauh jauh dia behave & macam faham mummy daddy dia,” jelasnya.
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Heama Maleini, berlangsung dengan lancar pada Jumaat.