Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun kini berada di tanah suci bagi menunaikan umrah. Keberangkatannya ke sana turut disertai rakan terdekat lainnya.
Terdahulu. bintang ini ada memuat naik satu entri sebelum berlepas ke Jeddah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan serentak dengan perkongsian itu, para peminat serta rakan selebriti mendoakan semua urusan Hafiz dipermudahkan.
Lalu sejurus menjejakkan kaki ke tanah suci pula, Hafiz sekali lagi berkongsi satu foto di Instagram.
Kali ini, dia ada mempelawa sesiapa yang ingin kirimkan doa, untuk tulis di ruangan komen entri berkenaan dan akan dibaca andai punya ruang.
Menjadi perhatian, apabila doa serta dedikasi itu turut tertera komen yang ditinggalkan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Umrah yang mabrur haji! Doakan CT ke sana lagi dan diberi peluang hamil lagi, amin,” tulis bintang hebat yang sinonim disapa Tok Ti.
Lalu komen tersebut turut mendapat reaksi positif para peminat yang dilihat turut sama mendaoakan kebahagiaan serta semoga impian penyanyi terkenal itu dimakbulkanNya.
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel awal semalam ada bercerita mengenai perniagaan kosmetik yang diusahakan bersama isteri, Wawa Zainal pada peringkat awal yang nyata memberi motivasi kerana akhirnya, impian memiliki wisma sendiri sudahpun direalisasi.
Kongsinya menerusi Instagram, pada peringkat awal perniagaan dijalankan, ia hanya bermula di rumah dan tugasnya ketika itu adalah menghantar barang pesanan pembeli ke Pos Laju.
“Alhamdulillah melangkah setapak lagi . Impian untuk duduk di wisma tercapai..bermula dari bekerja di rumah. Wawa la ambil order whatsapp, wawa la yg tulis order, & saya pulak tukang hantar barang ke poslaju.
“Tak sangka hari ini da ada hampir 20 staff & hampir 1,000 resellers @wawacosmeticshq.
“Ya Rabb terlalu byk nikmat yg kau beri.. pinjam kan la nikmat ini selamanya rabb. Kuat kan kudrat kami utk berusaha lebih lagi demi anak2 di bawah @wawacosmeticshq.
“Kepada @w4w4_zainal .. terima kasih kerana setia bersama saya dari zaman susah dlu.. sehingga skg 😭 doakan kami ya. #BibarakathiYaSayyidi,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat termasuk golongan selebriti mengucapkan tahniah atas sukses dan turut medoakan agar bisnes pasangan selebriti ini kekal maju jaya.
Terkini, Aeril ada memuat naik foto meja makan yang menjadi ruang buat keduanya mengembangkan idea bisnes selain melakukan proses penghantaran.
“Kalau orang tanya dimana saya bermula. Di meja ni la segalanya kami bermula. Inilah meja untuk wawa tulis postage,meja utk wawa ambik order.meja untuk bungkus postage.
“Inilah meja utk saya dan wawa fikir idea utk kembangkan business @wawacosmeticshq .. banyak jasanya meja ni,” dedahnya yang turut percaya anak-anak adalah antara pemberi rezeki sekeluarga.
Pada Rabu, Aeril dan Wawa ditemu pada majlis memperkenalkan jantina bayi dan pelancaran produk barunya, Baby Girl Limited Edition Soffya & Hayla di Glam Hall, Damansara Perdana.
Wawa yang dijangka akan bersalin anak ketiganya awal bulan depan menjelaskan, edisi tersebut dikeluarkan sebagai kesinambungan kepada edisit terdahulu, Unicorn Edition.
“Kali ini kami keluarkan dua variasi untuk pek kali ini. Jadi, kami sarankan pembeli untuk beli keduanya sekali gus kerana masing-masing mempunyai pembayang pipi dan lipstik rona berbeza.
“Selain itu, kami keluarkan ia sebanyak 60,000 unit bagi memberi ruang buat pembeli untuk dapatkan produk ini kerana edisi Unicorn terdahulu habis dalam tempoh pantas.
“Jadi kuantiti edisi ini ditambah bagi memberi ruang kepada pembeli untuk merasai sendiri item solekan keluaran Wawa Cosmetics,” jelasnya lagi.
Berkongsi satu paparan skrin seorang individu yang didakwa ada menghantar pesanan mesej bertulis ‘babi’, Fedtri Yahya menegaskan status orang kurang upaya (OKU) bukan alasan untuk menjadi insan tidak bertamadun.
Bagaimanapun maklumnya lagi, masih ramai golongan sedemikian yang mempunyai akhlak mulia.
“Rasanya ramai orang (terutama artis/ selebriti) dia hantar mesej yang sama atas alasan dia OKU.
“OKU bukan ‘alasan’ untuk jadi orang tak bertamadun ye. Ramai je OKU akhlak mulia, beriman,” tulisnya.
Pelakon, Jazmy Juma mengakui dirinya tidak berasa tersinggung apabila ada pihak mengkritik kualiti lakonannya sehingga melabelkan dirinya sebagai ‘pelakon kayu’.