Baru-baru ini, penerbit dan pelakon Sharifah Shahora telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pendapat bagi membincangkan topik ’Sejauh Manakah Tahap Kesabaran Seseorang?’ Menerusi rancangan Wanita Hari Ini TV3.
Menerusi perkongsian yang diadakan secara virtual itu, Shahora berpendapat sifat sabar harus ada dalam diri setiap pasangan yang sudah berkahwin bagi mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga.
“Pada saya, sabar ini adalah satu menahan rasa dan derita serta kesusahan dalam diri kita kalau ikutkan.
“Mungkin pada sesetengah orang sabar ni ada tahap-tahap dia tapi pada saya sabar ni mesti kena ada kekuatan.
“Kalau tidak ada kekuatan maknanya rapuhlah sabar dalam rumah tangga tu,” katanya memberikan pendapat.
Ads
Sebagai wanita, Shahora tidak menafikan wanita lebih cenderung kurang miliki sifat sabar dalam perkara tertentu dan pelakon berusia 47 tahun ini turut menitipkan nasihatnya.
“Sebab itu dalam rumah tangga kena ada tolenrasi antara satu sama lain. Kadang-kadang orang sekeliling hanya bercakap sabar, sabar dan sabar,
Ads
“Tapi sebenarnya yang akan menjalani dan meneruskan kehidupan itu adalah diri kita. Cuba fikir, kalau kita hanya fikir jangka masa pendek memang lain jadinya.
“Kita kena fikirkan sesuatu yang lebih kepada kekuatan diri kita, misalnya fikit fasal anak-anak, keluarga atau apa-apa sahaja yang akan membuatkan kita terus bersabar.
“Macam saya contohnya, saya selalu fikirkan fasal anak-anak itu kekuatan saya” katanya lagi.
Ads
Untuk rekod, Shahora mendirikan rumah tangga bersama Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Foto: Instagram Sharifah Shahora
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida turut memberikan reaksinya sejurus Iqbal Zulkefli selesai membuat persembahan di saingan minggu kedua Big Stage yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Usai membawa beberapa komen yang diberikan pengguna media sosial, Vida selaku Presiden Netizen musim ini berpendapat, bekas pembantu peribadinya itu tidak layak berada di pentas Big Stage.
Dia bagaimanapun memuji keberanian Iqbal yang masih lagi boleh tersenyum meski ada yang memberikan kritikan.
“Saya tak sangguplah nak baca banyak lagi (komen netizen) tapi saya rasa Iqbal, mungkin netizen boleh ambil kebaikan di pihak dia iaitu awak lali kecaman. Tidak kisah, tidak hirau dan awak boleh tersenyum lagi, kuat seperti yang saya kenal. Ini kena ambil contoh.
“Tetapi sebagai Presiden Netizen saya buat kerja, bukan tak buat. Minggu lepas saya tengok pelbagai kecaman, jadi virus kepada industri. Perlukan ‘booster’ kali ini.
“‘Boosternya’ saya perlu menyuarakan, ketepikan segala-galanya iaitu sebagai Presiden Netizen saya bersetuju dengan netizen bahawa kita perlu menghormati juri profesional. Kita perlu hidangkan dengan peserta berkualiti.
“Kita perlu jujur dan berlaku adil kepada peserta Big Stage 2022 dan industri. Saya tak nak perkara macam ini ada dalam industri. Jadi saya selaku Presiden Netizen mengatakan kamu tak layak berada dalam Big Stage,” katanya.
Selesai 11 peserta membuat persembahan, Iqbal diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir selepas mengumpul markah paling rendah, iaitu 9.2 peratus.
Sementara itu, Elica Paujin menjadi bintang yang menjuarai konsert minggu kedua dengan meraih markah sebanyak 84.6 peratus.
Minggu ini, Aina Abdul diundang sebagai Juri Juara sementara Mas Idayu dan Datuk Seri Vida masing-masing menduduki kerusi Juri Pedas dan Presiden Netizen.
Setakat ini, 11 peserta dijadualkan bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Bagi menyuntik pembaharuan segar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi akaun Instagram pelakon senior Zarina Zainuddin telah memuat naik beberapa keping gambar dan video mengenai perkembangan terkini salah seorang anak pasangan kembarnya.
Kongsinya, Muhammad Razil Azrai atau dikenali sebagai Azil dikhabarkan sakit di bahagian pernafasan sebelum ini hingga perlu menjalani pembedahan.
Malah beberapa jam lalu, Zarina turut berkongsi video perkembangan terkini anaknya itu.
“Admited malam ni esok operation jam 10.30 pagi.. azil kena puasa start jam 12mlm kalau bangun dia lapar for sure dia nak makan ..aduhaii doakan azil selamat menjalani operation esok ya”tulisnya.
Lantas, perkongsian pelakon yang terkenal dengan itu telah mendapat perhatian peminat.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan kepada anak Zarina cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
Terdahulu, Zarina telah memaklumkan Azil sebelum ini mengalami sakit sesak nafas atau kesukaran untuk bernafas akibat menangis dalam tempoh yang terlalu lama, 2 hari lalu.
Sumber : Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak kecil lagi kita sudah dimomokkan dengan kisah kewujudan hantu atau tahyul yang sering menjadi igauan ramai sama ada menerusi ahli keluarga, saudara mara atau orang terdekat.
Jadi MH kongsikan bersama pembaca semua, lima kisah hantu lagenda yang membuatkan ramai yang tidak tidur malam.
Hantu Pocong
Pocong dikhabarkan sebagai hantu yang paling menyeramkan berikutan gambaran kematian yang dibawanya. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, setiap kematian memerlukan seseorang itu dibalut menggunakan kain kapan sebelum dikebumikan.
Justeru itu, hantu pocong dikatakan jelmaan daripada roh orang meninggal yang meninggal dunia kain kapannya ‘tidak dibuka’ membuatkan ia bangkit dan melompat-lompat meminta bantuan mereka yang hidup untuk membantu membuka balutan tersebut.
Dalam kisah yang lain pula, ada yang beranggapan bahawa kehadiran pocong ini akibat rohnya tidak diterima untuk ke alam seterusnya membuat mereka berlegar-legar diantara dunia realiti dan juga alam seterusnya.
Hantu Penanggal
Hantu Penanggal merujuk kepada wanita yang sering mengamalkan ilmu hitam untuk kepentingan diri sendiri seperti ingin mengekalkan kecantikan diri, membunuh musuh, menjaga tanaman dan haiwan peliharaan daripada pencuri dan lain-lain lagi.
Mereka yang menuntut ilmu hitam ini mampu menceraikan kepala daripada badan dan terbang dengan tali perut yang terburai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan boleh menyebabkan penyakit kudis bagi mereka yang terkenanya.
Ketika Penanggal ini terbang, ia dipercayai menyerupai cahaya putih berkilauan, daripada urat perut yang terburai itu.
Volkswagen Kuning
Hantu Volkswagen Kuning ini dipercayai mula mengganggu kenderaan di lebuh raya Karak sejak tahun 1956. Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.
Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut.
Hantu Bilik Belajar
Kisah bermula apa bila seorang pelajar perempuan menelaah di bilik belajar sehingga tidak perasan sudah lewat malam. Sedang khusyuk mengulang kaji pelajaran, tiba-tiba dia ingin bertanyakan soalan yang kurang difahami kepada rakan di sebelahnya itu.
Ternyata, yang berada di sebelah bukanlah rakannya selepas dia tersedar mahluk tersebut tidak mempunyai kaki. Lalu, pelajar tersebut membatalkan niat untuk mendengar jawapan daripada ‘rakan’ tersebut.
Paling menyeramkan apabila makhluk itu pula tiba-tiba bertanya, “Dah ingat atau dah tahu?”. Lalu, pelajar itu tidak cukup tanah berlari ke pulang asrama.
Toyol
Toyol merupakan salah satu hantu yang unik jika diberbanding dengan hantu-hantu lain di dalam mitologi Malaysia. Tubuhnya yang kecil dan kepalanya yang botak serta kemampuannya dalam mencuri duit, membuatkan toyol begitu popular dikalangan pengamal ilmu hitam.
Dalam kepercayaan masyarakat Malaysia, kebolehan toyol mencuri duit menyebabkan ramai manusia ingin menggunakan khitmatnya sebagai jalan pintas untuk memperoleh kekayaan.
Namun, sehingga kini kesahihan kisah lagenda hantu tersebut masih menjadi tanda tanya kerana kesemua kisah tersebut hanyalah berdasarkan cakap-cakap atau buah mulut orang dan bukannya daripada pengalaman sendiri.
Oleh itu, terpulanglah kepada kita sama ada untuk mempercayai kisah-kisah tersebut atau tidak tetapi mengikut amalan Islam, jin atau mahluk halus ini sememangnya wujud.
Bagaimanapun, bagi mereka yang dahagakan kisah-kisah seram sebegini, bolehlah mengikuti siri FOLKLORE yang memaparkan kisah-kisah menakutkan daripada enam pengarah berbeza; iaitu Eric Khoo (Singapura), Lee Sang-woo (Korea Selatan), Joko Anwar (Indonesia), Pen-ek Ratanaruang (Thailand), Ho Yuhang (Malaysia) dan Takumi Saito (Jepun) serta memaparkan kisah-kisah seram negara masing-masing.
Siri FOLKLORE adalah produksi original HBO Asia dan bakal ditayangkan di siaran HBO dan HBO Go bermula 7 Oktober, jam 10.00 malam.
Wow, hebat! Apa-apapun yang pasti, para peminat kisah seram pastinya tidak akan menyesal menontonnya!