Tidak lama lagi perjalanan dan pahit getir seorang atlet negara dalam sukan keirin yang sangat popular dengan nama gelaran, The Pocket Rocketman, Azizulhasni Awang bakal diadaptasikan menjadi sebuah filem berkonsep biografi.

Sebelum ini Azizul pernah menyatakan bahawa dia mahu watak ‘The Pocket Rocketman’ dilakonkan oleh pelakon hebat, Shaheizy Sam.

Menurut satu sumber, Sam telah memberikan respon positif dan bersedia melakonkan watak jaguh keirin tersebut.

IKLAN

“Saya teruja ingin melakonkan watak jaguh keirin dunia itu,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambahnya lagi, dia sememangnya gemak melakonkan watak yang mempunyai kisah perjuangan.

“Saya memang teringin untuk melakonkan watak bagi filem bercorak biografi dan setakat ini saya belum pernah lakukannya,” katanya.

Jelasnya lagi, jika dia diberi peluang untuk melakonkan watak tersebut, dia akan cuba menjiwai watak itu sebaiknya.

IKLAN

“Jika diberi peluang, saya akan cuba menjiwai watak dan mahu mengenali secara rapat Azizul terlebih dahulu agar berjaya melakonkan karakter dengan baik,” katanya.

Wah pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton filem tentang jaguh keirin dunia ini.

Pastinya lebih mantap filem ini jika Sam yang melakonkan watak tersebut.

IKLAN

Tak dapat MH nafikan bakat Sam dalam lakonan sangat hebat dan pasti dia mampu membawa watak tersebur dengan sempurna.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI