Pelakon Elisya Sandha mengakui membawa watak sebagai seorang atlet profesional bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi apabila harus bergandingan bersama bekas pemain boling negara, Syaidatul Afifah menerusi drama terbaru, Ratu Ten Pin.
Menurut Elisya, segala aspek harus diambil kira bagi membuatkan lakonannya itu nampak lebih nyata dan bersahaja.
Lantaran itu, bintang berusia 22 tahun ini mendedahkan dirinya telah mengambil inisiatif sendiri dengan menjalani latihan bersama jurulatih peribadi bagi memantapkan tekniknya didalam sukan tersebut.
“Cabaran yang saya lalui mungkin untuk mahirkan diri dalam sukan boling. Jika Syaidatul Afifah dia zero dalam bab lakonan, saya pula zero dalam sukan ini.
“Jadi, saya membuat insiatif sendiri dengan mencari personal coach supaya saya tidak nampak kekok.
“Seperti semua tahu, saya harus berlakon bersama bekas pemain boling negara. Jadi untuk saya ‘catch up’ dengan level Syaidatul, saya kena lebihkan latihan.
“Walaupun masa latihan tidak panjang tapi alhamdulillah ketika di set pun Syaidatul banyak beri tunjuk ajar. Saya memang saya tak berhenti berlatih.
Ads
“Bila saya dah belajar serba sedikit, barulah saya tahu sukan boling ini amat menyeronokkan,” tulisnya.
Adik kepada pelakon, Fasha Sanda itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Ratu Ten Pin yang diadakan secara virtual pada Selasa.
Dalam pada itu, Elisha turut memaklumkan antara momen yang tidak dapat dilupakannya adalah ketika kakinya dihempap bola boling sewaktu sesi pengambaran sedang berlangsung.
“Kepayahan saya sewaktu di set adalah ketika saya dah biasakan diri dengan peralatan khas boling, saya terpaksa tukar kepada peralatan biasa kerana dalam drama ini saya bermula sebagai seorang yang baru berjinak dalam sukan ini.
Ads
“Jika sebelum ini saya bermain menggunakan kasut khas, tapi bila start shooting saya kena guna kasut dan bola yang digunakan oleh orang ramai di pusat boling.
“Kasut-kasut tersebut kebanyakannya dah kesat. Disebabkan saya tak biasa, ada satu ketika sewaktu saya nak melontar, bola pula terjatuh dan himpap buku lali saya. Biru jadinya.
“Tapi saya bersyukur kerana kecederaan itu tidaklah terlalu serius. Hanya makan masa dua hari untuk pulih sepenuhnya,” jelasnya lagi.
Ads
‘Ratu Ten Pin’ bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 28 Jun 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).
Malah, ia juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Selain Elisya dan Syaidatul, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Nazim Othman, Fifi Azmy, Sheila Rusli dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menjadi seorang selebriti di Malaysia ini bukanlah sesuatu yang mudah, kalau tak tahan kena kecam, silalah lupakan hasrat itu.
Perasan tak, di Malaysia ini ada segelintir selebiriti sering berdepan dengan kecaman netizen tidak kiralah apa pun yang dia lakukan.
Oleh itu, MH ingin kongsikan 5 Selebriti yang sering berdepan dengan kecaman netizen di laman media sosial.
Iqram Dinzly
Dia merupakan salah seorang artis yang acap kali dikecam netizen bermula dengan isu dia berswafoto di kubur arwah bapanya dan seterusnya apabila netizen menggelarnya ‘gila’ kerana beraksi sedikit berbeza daripada kebiasaan .
Fathia Latiff
Fathia pernah digelar Iqram Dinzly versi perempuan. Sering kali berdepan dengan kontroversi hingga pernah mengadu tiada ‘job’ kerana kisah-kisah tersebut. Namun begitu, masih ada yang ambil berat terhadap dirinya dan mendoakan akan ada sinar buatnya.
Faiz Roslan
Satu demi satu isu yang melanda instafamous ini. Bermula dengn dikecam kerana berpakaian perempuan, kemudian mengaku tidak berpuasa dan sebagainya hingga menyebabkan dia pernah mengambil keputusan daripada media sosial sebentar.
Nur Sajat
Usahawan kosmetik ini juga sering berdepan dengan kecaman netizen gara-gara ramai yang meragui jantinannya itu. Terbaru, nama sebenanrnya yang dipercayai Muhammad Sajjad tersebar di media sosial.
Safiey Ilias
Dia pernah cuba untuk berubah satu ketika dahulu namun kembali semula menjadi wanita dipercayai kerana kata-kata netizen. Benar kata orang, bukan mudah untuk berubah. Namun kini, video dia berbikini menjadi percakapan orang ramai. Apa-apapun kita doakan yang terbaik.
Foto/Instagram: Artis
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Erra Fazira telah berkongsi beberapa keping gambar di Instagramnya baru-baru ini.
Gambar tersebut melihatkan bekas Ratu Cantik Malaysia/Dunia itu mengenakan busana pengantin rona kelabu di samping Idris Khan bagi menjayakan babak drama terbaru.
Meski hanya untuk mejayakan watak dalam sebuah drama, rata-rata netizen meminta agar bintang Hingga Hujung Nyawa itu mengenakan gaun pengantin secara realiti.
“alahaii.. cantiknya kak erra.. kan best kalau betul2.. hmm,” komen netizen.
“eishh.. ingat betul2 lah tadi. tp kalau betul pun apa salahnya dan bila nak kahwin betul2 pulak?” antara komen netizen.
Amboi! Ada-ada sahaja komen netizen ‘mengusik’ Erra ya!
Terdahulu, kisah cinta Erra pernah dikaitkan dengan penyanyi Shahir AF dan menjadi bualan hangat ramai pihak.
Foto : Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tampil kelainan, penyanyi popular Ayda Jebat kini muncul dengan single raya berjudul Hari Rayayayaya bersama adik-beradiknya.
Mempunyai keluarga yang turut sama mempunyai bakat seni, ia ternyata memudahkan lagi Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat untuk mengajak mereka bergandingan dalam sebuah lagu.
“Lagu raya ini saya cipta sepenuhnya. Pada mulanya, saya mahu menyanyikan lagu ini sendiri, tetapi selepas difikirkan semula, rasa best juga kalau saya berduet dalam lagu ini. Saya terfikir untuk berkolaborasi dengan dua adik saya, Fyna dan Sabira yang mana kami gelarkan sebagai The Jebats.
“Sebelum ini, sewaktu zaman persekolahan, kami bertiga dikenali sebagai kumpulan SASSU. Gandingan ini amat bermakna kerana sudah hampir 13 tahun kami tidak menyanyi bersama.
“Sebenarnya, susah nak pujuk mereka sebab mereka tinggal di Melaka. Tetapi akhirnya semua dipermudahkan. Adik bongsu kami, Danial juga turut menyumbangkan suara.
“Alhamdulillah, mereka datang ke sini untuk proses rakaman serta penggambaran muzik video (MV). Pengalaman yang diperolehi sangat menyeronokkan dan mereka dapat merasai pengalaman menjadi ‘Ayda Jebat’ apabila terlibat dalam proses rakaman dan penggambaran sehingga ke pagi,” katanya.
Penyanyi berusia 30 tahun itu juga berkata klip video single Hari Rayayayaya turut menggabungkan elemen Syawal beserta viral dan komedi.
“Konsep MV bertemakan 60-an selari dengan genre single raya ini. Kami masukkan elemen komedi seperti elemen viral Datuk Seri Vida serta adegan Pak Maon singgah ke rumah terbuka The Jebats.
“Kami tak nak terlalu tekankan mood raya semata-mata dalam MV ini, jadi kami selitkan babak lucu dan sedikit berbeza. Insya-Allah jika lagu raya ini berjaya, kami akan merancang untuk merakamkan single komersil untuk dirakamkan bertiga kelak,” katanya.
Hari Rayayayaya kini sudah boleh didengari di semua platform penstriman muzik.
The Jebats ialah projek terbaru XENO Entertainment, yang tidak asing lagi di dalam Industri Muzik Malaysia dan pernah melahirkan artis-artis tanahair seperti Elizabeth Tan, Alyssa Dezek, Fatin Afeefa dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas anggota kumpulan Boy’z dan pelakon asal Hong Kong, Steven Cheung Chi-hang kini berdepan detik sukar apabila diarahkan keluar dari rumah sewanya selepas dilaporkan...