Pelakon, Azad Jasmin berkongsi situasi menyayat hati apabila memaklumkan dia ada terserempak dengan seorang peniaga yang sanggup meredah hujan demi menjual burger di bahu jalan.

Jelas Azad, sedang kita bersenang lenang di rumah, masih ada orang-orang di luar sana yang bersusah payah meredah panas dan hujan semata-mata untuk mencari sesuap nasi buat keluarga.

“Sesiapa Yang Lalu Area Shah Alam, Tolonglah…,” – Remaja Cekal Hati Berhujan Jual Burger, Perkongsian Azad Jasmin Bikin Semua Hati Sayu “Sesiapa Yang Lalu Area Shah Alam, Tolonglah…,” – Remaja Cekal Hati Berhujan Jual Burger, Perkongsian Azad Jasmin Bikin Semua Hati Sayu

Dikesempatan itu juga, Azad turut berharap agar sesiapa sahaja yang melalui kawasan tersebut untuk membeli burger daripada peniaga berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pak Azad™️ (@azadsyaziraroses)

“Tolong lahhhhh, sesiapa yang lalu kot area Shah alam, tolonglah budak ni, dia tak mintak duit, dia cuma mintak anda kalau terjumpa dia, belilah burger dia nah.

IKLAN

“Anda bantu dia Allah SWT guarantee bantu anda. Hujan Rahmat, Ya Allah Ku pohon padamu, Jagalah insan ini bersama keluarganya Amin Amin Amin.

“Kita bersenang di rumah, mereka mencari rezeki dalam hujan diluar… #kitajagakita,” katanya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, J Revolusi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

“Sesiapa Yang Lalu Area Shah Alam, Tolonglah…,” – Remaja Cekal Hati Berhujan Jual Burger, Perkongsian Azad Jasmin Bikin Semua Hati Sayu “Sesiapa Yang Lalu Area Shah Alam, Tolonglah…,” – Remaja Cekal Hati Berhujan Jual Burger, Perkongsian Azad Jasmin Bikin Semua Hati Sayu

Video berdurasi hampir seminit itu nyata mendapat perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 200,000 tontonan selain turut dihujani ratusan komen.

Rata-rata netize memuji usaha Azad itu selain turut mendoakan semoga peniaga tersebut akan sentiasa dimurahkan rezeki.

IKLAN

“Aku tengok video ni doakan Allah sentiasa murahkan rezeki rezeki dan kayakan hang supaya lagi ramai hang akan bantu. Keep it up.

“Allahuakbar, sebab tu rezeki hang murah Azad. Sebab hang baik hati. Hat ni yang Allah nak kira pun. Jujur dari naluri hang bantu.

“Allah kesiannya cari rezeki terpaksa redah hujan macam ni. Semoga dimurahkan rezeki keluarga adik ni.

“Ya Allah sedihnya. Demi mencari rezeki berhujan pun takpe. Semoga adik tu dan Abang Azad dikurniakan rezeki yang melimpah ruah seperti air hujan yang turun,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sumber: Instagram Azad Jasmin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI