Jika sebelum ini, pelakon remaja, Aniq Suhair ada menceritakan mengenai pengalamannya sewaktu menjadi salah seorang sukarelawan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), kini giliran aktor, Fizo Omar pula berkongsi hal yang sama.

Jelas Fizo, dia berasa amat teruja apabila diberikan kesempatan untuk merasai pengalaman menjadi salah seorang sukarelawan yang bertugas di pusat pemberian vaksin (PPV) yang terletak di Pusat Konvensyen Antarabangsa The Mines.

“Semoga Jadi Inspirasi Buat Artis Lain,” – Dipuji Ramai, Fizo Omar Kongsi Pengalaman Jadi Sukarelawan Di Pusat Vaksin “Semoga Jadi Inspirasi Buat Artis Lain,” – Dipuji Ramai, Fizo Omar Kongsi Pengalaman Jadi Sukarelawan Di Pusat Vaksin

Katanya lagi, sewaktu bertugas di sana, dia dapat melihat sendiri kegigihan dan penat lelah para petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam memastikan proses pemberian vaksin berjalan dengan lancar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

“I am honour to take part n be the volunteer at PPV- MIECC, The Mines. Alhamdulillah dapat merasai pengalaman all the frontliners are working so hard to make sure all of us will be vaccinated,”tulisnya.

IKLAN

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Rindu Awak Separuh Nyawa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik menerusi laman Instagram.

“Semoga Jadi Inspirasi Buat Artis Lain,” – Dipuji Ramai, Fizo Omar Kongsi Pengalaman Jadi Sukarelawan Di Pusat Vaksin “Semoga Jadi Inspirasi Buat Artis Lain,” – Dipuji Ramai, Fizo Omar Kongsi Pengalaman Jadi Sukarelawan Di Pusat Vaksin

Dikesempatan itu juga, bapa kepada seorang anak ini turut menyeru kepada semua barisan doktor dan jururawat yang berkelapangan untuk sama-sama turut serta dalam program sukarelawan ini.

IKLAN

“Thank you very much @dr_hannanyusof for inviting me and salute to u bro came all da way from Kota Bharu just to assist as a volunteer.

“Kepada semua doktor and nurse, please we need u guys to support us at PPV – MIECC. (Bayaran disediakan per hour),” jelasnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang dikongsikan oleh Fizo itu selain turut berharap agar lebih ramai orang di luar sana yang ingin turut serta dengan program sukarelawan tersebut.

IKLAN

“Terima kasih Abe Fizo. Role model terbaik. Malaysia memerlukan lebih ramai artis-artis sebegini. Well done.

“Proud of you Abe Joe. Stay healthy.

“Tahniah. Semoga menjadi inspirasi untuk artis-artis lain.

“Well done orang muda,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.

Sumber: Instagram Fizo Omar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI