Pelakon, Sharifah Sakinah yang juga mengalami Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau gangguan daya tumpuan dan hiperaktif ada menitipkan kata nasihat kepada orang ramai yang turut mengalami nasib sama sepertinya.
Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menyarankan agar penghidap penyakit ADHD tampil mendapatkan pengesahan doktor sekiranya sudah mulai merasakan simptom penyakit tersebut.
Jelasnya, gangguan ini sangat merumitkan selain memerlukan penelitian sangat tinggi daripada pelbagai aspek antaranya sejarah latar belakang keluarga.
“First of all, kepada yang rasakan ada simptom-simptom ADHD , bipolar ke,please get it diagnosed with the doctors,bukan satu tapi ramai. not self diagnosed from google.
Ads
“In my situation it took me three weeks of back to back interviews (sampai call family)and several test to get this diagnosis. It wasn’t as easy as online questionnaires and checklist of symptoms.
“ADHD ni people always assume hyper je. Well, it’s more complicated and broad than that such as overthinking, impulsive, trouble regulating their emotions etc,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini berpesan untuk sentiasa mematuhi saranan serta arahan daripada pihak doktor.
Ads
Pada masa sama, bintang drama bersiri Girlfriend Dari Neraka ini menyarankan agar mereke menerima kelemahan dengan memupuk rasa sayang terhadap diri sendiri.
“Once dah diagnose, make sure follow elok-elok doctors prescriptions and advice, walaupun sebenarnya memang susah nak berdisplin.
“And the most important thing is get a good support system for our daily challenges. The world will not understand you, siap boleh kena label mengada atau over.
Ads
“In the end, we have to be kind to ourselves, self acceptance is the key. #suaraadhd @adhdtribemalaysia,” tulisnya lagi.
Bakal meraikan ulang tahun kedua perniagaan Jamu Mutyara diusahakan isterinya pada 20 April depan, usahawan Asyraf Khalid terpanggil berkongsi perjalanannya membina empayar perniagaan sendiri.
Mesti tidak menafikan dirinya rasa sedih kerana ada sesetengah pihak yang skeptikal membuat andaian bahawa dia menggunakan pengaruh yang dimiliki bapa, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), namun bapa kepada dua cahaya mata ini optimis terhadap bisnes yang diusahakan sendiri termasuk mengukuhkan perniagaan Mutyara Beauty sejak dua tahun lalu bersama isteri, Tya Arifin.
Malah, ada juga yang memberi pandangan dia dilihat beruntung kerana mempunyai ibu tiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempunyai pengaruh besar dan kemasyhuran di arena seni serta perniagaan.
“Hati siapa yang tak terguris kalau balik balik pandangan sama yang dilemparkan orang luar serta pemerhati dunia niaga. Rasa kadang kadang macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.
“Jujur saya tak boleh menafikan rasa bengang, jelak dan amarah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu… tak ada siapa yang tahu.
“Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya.
Kata Asyraf, dia mula berjinak jinak dalam dunia perniagaan tanpa langsung menggunakan pengaruh bapa.
“Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagilah lubuk perniagaan yang dicuba. Saya betul betul serius mahu bergelar ahli perniagaan sejak usia 22 tahun hinggalah sekarang.
“Saya dan pasukan kerja kena kerja keras untuk menakluki apa yang diraihkala ini. Isteri saya juga antara insan penting yang berada dalam pasukan kerja itu.
“Setiap hari kami kena kerja keras. Ia tak datang bergolek begitu saja. Saya tak guna kabel pun, tak ada merayu bantuan ayah sekalipun untuk keluar modal.
“Saya sedar juga dalam dunia niaga ini bukan semua yang kita buat akan beroleh kejayaan. Ada juga perniagaan yang saya buat berakhir begitu saja. Namun itu bukan penamat segala galanya,” katanya optimis.
Tambah Asyraf, isteri turut menjadi menjadi saksi jatuh bangun dirinya.
“Tya banyak melihat dan melalui serba serbi kesukaran dan kepayahan hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang banyak.
“Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.
“Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak,diri ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung.
“Berbekal semangat, ilmu dan pengalaman termasuk ketika belajar dengan syarikat Richworks , saya bangkit semula. Perjuangan itu bagai baru bermula dan perlahan demi perlahan, sayabina kembali empayar dunia niaga sekali gus mengangkat jenama Mutyara sehabis baik,” akui Asyraf.
Sejak dua tahun lalu juga, Asyraf dan Tya begitu optimis membangunkan perniagaan jamu jenama Mutyara.
Lebih membanggakan, ia merupakan legasi turun temurun diamalkan keluarga isterinya yang dikomersial.
“Saya dan isteri bina jenama jamu ini kerana kita mahu menambah nilai sekali gus membantu lebih ramai orang di luar sana sama sama menikmati khasiat jamu itu. Tak hanya di situ kita juga buka peluang untuk lebih ramai lagi menjana pendapatan dengan sama sama berniaga jamu berkenaan.
“Perjalanan nak sampai ke sini bukan mudah. Sebab itu apabila saya dapat komen skeptikal hanya kerana saya anak Datuk K semua dilihat mudah, hati ini jadi cepat terasa. Saya juga manusia yang ada hati dan perasaan macam orang lain.
“Dalam hal sebegini, ia bukan mengenai dia itu anak siapa. Ramai juga yang kita tahu anak orang berada lebih selesa tidak berbuat apa termasuk menjalankan perniagaan kerana mereka sudah terbiasa mendapat wang dengan mudah. Itu pilihan masing masing.
“Sebenarnya ada ramai usahawan berjaya yang saya lihat boleh berjaya tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah mereka sebenarnya bermula dari ‘zero’,” katanya.
Tambah Asyraf lagi, dia banyak melihat contoh dan idola di luar sana yang berasal dari kampung namun beroleh kejayaan membanggakan.
Pada masa sama, usahawan ini juga terbuka untuk membantu masyarakat menjana pendapatan sampingan.
“Kita pun harus beri latihan yang mampan kepada pengedar, agen atau stokis. Artis pun kalau keluarkan produk yang tidak membantu, akan berakhir dengan kegagalan juga.
“Sebenarnya nak buat bisnes ini ada banyak faktor untuk berjaya. Malah kalau ada yang nak saya bantu, diri ini berlapang dada untuk menerima mereka dengan tangan terbuka.
“Niat saya adalah untuk membantu lebih ramai orang beroleh pendapatan sampingan. Lebih-lebih dalam keadaan semasa negara kita berdepan ujian penularan wabak Covid 19 hingga membuatkan ekonomi jadi tak menentu.
“Kalau boleh buat pendapatan sampingan dariRM 1000hingga RM 5000 sebulan pun kira okay saat ini. Tak kisahlah siapapun saya, diri ini mahu membantu lebih ramai orang menjana pendapatan tanpa mengeluarkan modal.
“Kita ada buat Business Oppurtunity Session secara online, untuk membantu lebih ramai orang, walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.Ayuh bersama kami demi menjana pendapatan ketika ramai yang terkesan dengan situasi semasa,” katanya
Bagaimanapun, Asyraf tidak nafikan dia berbangga kerana dia memiliki tenaga sokongan jitu di belakang iaitu keluarga yang memberikan dorongan.
“Jujur saya juga bangga dan bersyukur menjadi anak kepada Datuk K. Itu satu fakta yang tak boleh diubah. Namun seperti saya katakan, diri ini selesa berdikari dan jauh sekali bergantung harap kepada ayah.
“Saya bersyukur sebab ayah banyak mendidik sejak kecil dan membentuk untuk diri ini menjadi seorang yang berdikari tanpa meminta-minta kepadanya. Masa muda, ayah paling pantang kalau saya minta duit kepadanya.
“Ayah nak saya faham tentang erti kehidupan dan kebiasaan mencari wang sendiri. Itu yang membuatkan saya takut untuk minta apa-apa daripadanya sampai sekarang. Itu juga yang membuatkan saya jadi sebegini berkat didikannya.
“Dari kecil, ayahlah yang berikan segala galanya untuk saya. Apabila sudah meningkat dewasa dan berkahwin, mana mungkin saya nak susahkannya lagi selain terus berada di bawah ketiaknya.
“Sebenarnya awal tahun ni, ayah adameminta saya membantu untuk mengukuhkan jaringan jenama Simplysiti di Indonesia. Namunsaya fikir, sekarang adalah masa untuk membantuisteri dan pasukan jamu Mutyaramelangkah ke tahap yang lebih tinggi.Lalu permintaan ayah itu saya terpaksa tolak dengan baik,” katanya.
Selain Mutyara, Asyraf juga antara mastermind perniagaan jenama Kilafit diusahakan Kilafairy serta Jiwaku Kids menampilkan anak sulungnya, Arif Jiwa.
Layari www.mutyara.com untuk mendapatkan segala informasi lanjut.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Personaliti televisyen, Fedtri Yahya sering kali bertanyakan soalan rawak di laman Twitter sebagai salah satu cara berinteraksi bersama para pengikutnya.
Terbaru, Fedtri ada bertanyakan mengenai situasi cemas yang pernah berlaku ketika bercuti atau mengembara.
Antara yang turut berkongsi kisah mengenai perkara tersebut termasuklah pelakon popular, Ben Amir.
Jelas Ben, dia pernah ditahan oleh skuad khas polis di lapangan terbang Hong Kong gara-gara cendera mata yang dibelinya.
Katanya lagi, dia sendiri tidak menyangka cendera mata yang disangka tongkat itu sebenarnya tersembunyi pedang samurai di dalamnya.
Kena tahan kat airport dgn polis Hong Kong dtg macam SWAT team sebab beli tongkat as souvenir tapi tak tau dlm tongkat tu ada hidden pedang samurai. https://t.co/UxTRp65Gr4
“Kena tahan kat airport dengan polis Hong Kong datang macam SWAT team sebab beli tongkat as souvenir tapi tak tahu dalam tongkat tu ada hidden pedang samurai,” tulisnya.
Kisah tersebut diceritakan sendiri oleh pelakon drama Sweet Dreams itu menerusi laman Twitter miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat terkejut selepas mengetahui perkara tersebut selain turut menasihati Ben untuk lebih berhati-hati selepas ini.
Malah, mereka juga meminta Ben untuk menceritakan secara terperinci mengenai detik tersebut selepas ini.
“Macam cerita NCIS dan CSI. Pengalaman mendebarkan ni. Beli souvenir yang comel-comel je lepas ni.
“Same goes to my friend la ni, beli nail clipper as souvenirs tapi dia tak perasan it is 2 in 1, ada gunting sekali. Terus kena buang dalam tong sampah.
“Macam lawak pon ada. Storytime panjang sikit bang.
“Cerita tak habis ni bang. Jangan sampai saya pergi Hong Kong tu tanya polis tu apa kesudahan dia.
“So, souvenir tu dpt bawa balik or kena rampas? Sayangnya kalau kena rampas,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Adaptasi filem A Business Proposal versi Indonesia telah pun ditayang bermula 6 Februari 2025 yang lalu. Namun filem tersebut sepi di pawagam apabila hanya...