Pelakon dan bekas penyampai radio, Siti Elizad mendedahkan dia kini tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kontroversi yang telah melanda dirinya sepanjang minggu lalu.

Jelas Elizad, dia sebolehnya mahu memulakan semula hari-harinya itu dengan semangat yang lebih positif serta azam yang baru.

Siti Elizad Kembali Bersemangat, Percaya Segala Dugaan Ada Hikmah – “Allah Sembunyikan Matahari, Rupanya Nak Bagi Pelangi.” Siti Elizad Kembali Bersemangat, Percaya Segala Dugaan Ada Hikmah – “Allah Sembunyikan Matahari, Rupanya Nak Bagi Pelangi.”

Pada masa sama, bintang berusia 37 tahun ini turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kata-kata semangat buat dirinya sepanjang tempoh sukar itu.

“New week, new vibes, new goals .
Thank u all for your support & prayers .

“Allah sembunyikan matahari , DIA datangkan petir. Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari? Rupanya Allah nak bagi pelangi,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio sinar itu menerusi sebuh hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Siti Elizad Kembali Bersemangat, Percaya Segala Dugaan Ada Hikmah – “Allah Sembunyikan Matahari, Rupanya Nak Bagi Pelangi.”

Dalam pada itu, Elizad turut menyifatkan segala dugaan yang telah menimpa hidupnya selama ini merupakan petanda daripada Allah SWT untuk menjadikan dirinya seorang wanita yang kuat serta tabah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memuji semangat yang ditunjukkan oleh Elizad selain turut mendoakan semoga semua segala urusannya akan sentiasa dipermudahkan.

“Untuk menjadi manusia yang lebih baik, kita perlu lalui macam-macam pengalaman. Moga dengan itu, kita lebih dekat dengan-Nya. InsyaAllah Amin.

IKLAN

“Salam, akak doakan agar semua dipermudahkan buat kamu. Stay safe and bila dah buat balik ivf tu please jangan lasak sangat.

“Yeay, Kak Ejad is back. Mana boleh tak back strong woman dia ni,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.

Siti Elizad Kembali Bersemangat, Percaya Segala Dugaan Ada Hikmah – “Allah Sembunyikan Matahari, Rupanya Nak Bagi Pelangi.”

Awal minggu lalu, Elizad telah meluahkan rasa berang dengan komen seorang pengguna Facebook yang melabelkan dirinya sebagai ‘mandul’ gara-gara tidak dikurniakan zuriat sehingga sekarang

IKLAN

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Elizad terhadap individu berkenaan manakala proses saman pula dikhabarkan bakal menyusul.

Siti Elizad Kembali Bersemangat, Percaya Segala Dugaan Ada Hikmah – “Allah Sembunyikan Matahari, Rupanya Nak Bagi Pelangi.”

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Siti Elizad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI