Drama bersiri, Cukup Derita Itu yang sedang disiarkan di slot Samarinda TV3 terpaksa dihentikan tayangannya, berikutan baki penggambaran 20 episod tidak sempat disiapkan sepenuhnya.
Perkara itu berlaku ekoran pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang berkuatkuasa sejak 1 Jun lalu.
Menerusi Instagram, pelakon utamanya, Ruhainies ada menerangkan serba ringkas mengenai perkara berkaitan.
“Terima Kasih kepada semua yang setia menonton #cukupderitaitu dari episode 1-20. Maaf kerana drama ini terpaksa ditangguhkan kerana pkp.
Ads
“InsyaAllah bila kami semua dah dibenarkan shooting, pihak @tv3malaysia akan announce tarikh tayangan sambungan episode 21-40 ok?
“Be sure to stay tune and always support us!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Ads
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya memahami akan situasi yang berlaku.
Drama bersiri arahan Along Kamaludin itu mencipta fenomena tersendiri dan turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Hisyam Hamid, Jasmin Hamid, Didie Alias, Lia Natalia dan ramai lagi.
Penyanyi senior, Ameng Spring mengakui berasa agak bengang dengan tindakan beberapa individu yang telah meninggalkan komen-komen jahat sewaktu dia membuat persembahan di platform Facebook Live, AVOL Legend Artiste.
Jelas Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin bin Wan Ismail, individu berkenaan dikatakan secara terbuka telah memfitnah dan menuduhnya masih lagi tidak dapat meninggalkan najis dadah.
Lantaran itu, penyanyi berusia 52 tahun itu telah pun memuat naik satu kenyataan balas bagi mempertahankan dirinya mengenai tuduhan tersebut di laman Instagram miliknya.
“Terlebih dahulu saya ingin minta maaf sekiranya perkataan saya ini mengganggu sesetengah pihak.
“Namun begitu, ketika membuat persembahan di Facebook live Avol, ada yang komen negatif yang mengatakan saya ni masih hisap dadah.
“Rasanya orang-orang yang berfikiran negative dan bersangka buruk pada orang ni, saya rasa elok dia pergi mati jelah,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu, Sampai Hati ini turut berharap agar pemikiran seperti ini dapat dielakkan kerana sebagai manusia kita memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
“Dan saya juga akan periksa, mungkin dia sebenarnya yang hisap dadah. Kalau begitu saya rasa bolehlah saya buat laporan polis. Kita check sendiri urine dia. Jadi, berhati-hatilah.
“Maafkan saya sekiranya kata-kata saya i i agak kasar namun saya harap kepada mereka yang berfikiran negatif, satu jari tunjuk dekat orang empat hari lagi tunjuk pada kita,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, demi menjaga nama baik diri serta kerjayanya, Ameng telah pun membuat satu laporan polis agar tindakan selanjutnya dapat diambil kepada mereka yang meninggalkan komen-komen jahat tersebut.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Ameng selain turut berharap agar individu-individu tersebut mendapat hukuman yang setimpal.
“MasyaAllah Abang Ameng dah lama tinggal semua tu. Sekarang Abang Ameng dah ketagih Al-Quran. Di mana-mana pun, Al-Quran teman beliau.
“Jangan layan manusia negative dan busuk hati tu. Pedulikan. Peminat-peninat abang akan terus support dan sayang Abang.
“Tak mengapa bang. Kuat semangat. Terus maju jaya bang.
“Sabarlah ya Abang Ameng. Manusia busuk hati ni tak boleh layan sangat. Sakit jiwa nanti,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Ameng Spring
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Adam Corrie meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana telah mengurniakannya pelbagai nikmat didalam kehidupannya selama ini.
Jelas Adam, nikmat yang paling istimewa sepanjang buat dirinya sudah tentu apabila dia dibukakan hati untuk memeluk Islam dan dipertemukan dengan pasangan hidup yang amat menyayangi dirinya.
“Nikmat yang paling berharga dalam hidup saya adalah nikmat diberikan hidayah mengenali dan kembali kepadaNya ketika masih bernyawa.
“Nikmat kedua adalah diberikan pasangan hidup (selepas syahadah, iaitu pulang dari umrah) yang banyak membantu dalam hidup saya selepas syahadah supaya untuk istiqamah dalam mencari keredhaan Allah,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem KL Gangster itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bersama posting tersebut, Corrie turut dilihat sebuah video yang memaparkan perjalanan hidupnya dari muda sehingga sekarang.
Katanya lagi, semakin kerap dia bersangka baik dengan Allah SWT, semakin banyak nikmat yang telah diturunkan kepada sama dalam sedar atau tidak.
“Nikmat “sabar “ menanti cahaya mata selepas 10 tahun dalam perkahwinan. Dan sabar menghadapi rintangan kehidupan yang penuh dengan tipu daya dan ujian.
“Alhamdulillah Qana’ah , asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah. Senyum selalu. Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang #adamcorrie,” jelasnya lagi.
Dikesempatan itu juga, bapa kepada seorang ini turut berharap kita semua dapat mendoakan semoga lebih ramai insan di luar sana yang turut terbuka hati untuk menerima ajaran Islam.
“Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan mendapatkan hidayah dan memeluk Islam sehingga segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah S.W.T. – nasihat Imam Ghazali,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangn komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Corrie akan sentiasa istiqomah di jalan Allah.
“Nampak muda meskipun dah nak masuk 5 series.
“Tak sangka umur 53 tahun nampak muda macam penghujung 30-an je. Wife pun nampak muda.
“Alhamdulillah semua diatas kehendak Allah. Bersyukur diatas nikmatnya.
“Alhamdulillah, tahniah bang. Cantik sungguh perjalanan Allah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Adam Corrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Ara Johari merakam detik manis bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-24 apabila ia turut diraikan bersama kelab peminat yang dilangsungkan secara virtual.
Menerusi Instgram, Ara yang kini dengan lagu baharu berjudul Tetap Aku Cinta itu berkongsi beberapa foto sekitar sambutan.
Meski ia sederhana, namun pastinya memberi makna apatah lagi ia diraikan dalam suasana berbeze bersama peminat tersayang.
“The best gift ever! Walaupun lockdown, @arasquadrasmi still ada je plan to surprise me with something. Thank you support ara dari dulu sampai sekarang, ara sayang korang.
“And thank you for those yang wish ara, hope the best for all us for the upcoming year. Stay safe,” tulis Ara pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat lainnya turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat bintang ini selain mendoakan agar urusan Ara dipermudahkan.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.