Pelakon Aeril Zafrel menitipkan pesan buat netizen agar berhati-hati dalam menyebarkan atau menulis sesuatu untuk tatapan umum.
Pelakon Cari Aku Di Syurga itu berkongsi kata-kata hikmah yang menyatakan setiap tulisan atau sebaran akan dihitung di hari akhirat, maka berhati-hatilah dalam membawa khabar.
Tegasnya lagi, jangan sesekali menyebarkan sesuatu yang boleh menyemai kebencian dan mencetuskan perbalahan.
“Setiap tulisan yang kita tulis akan diperhitungkan pada hari Qiamat. Sama ada kita menulis dengan nama asli dan orang-orang mengenalimu, atau kita sembunyikan identiti dengan nama samaran.
“Jika yang kita tulis itu adalah kebaikan, maka ia akan menjadi kebaikan untuk kita. Jika yang ditulis adalah keburukan, maka tulisan itu akan menjadi keburukan untuk diri sendiri.
Ads
“Bukankah ALLAH mengajar kita sekiranya datang pada kita orang yang fasiq (sengaja melanggar titahNya) membawa khabar berita/cerita maka hendaklah diselidiki dengan penuh teliti.
“Kerana apa? Lantaran boleh ada keraguan pada kejujurannya menyampaikan. Betapa tidak, jika janjinya pada Tuhan Yang Maha Mengetahui Tersurat & Tersirat pun berani dimungkiri dengan sengaja melanggar suruhanNya.
“Inikan pula kata-katanya pada manusia yang serba kedhaifan – haruslah berhati-hati menyikapinya.
Ads
“Jagalah kebersihan hati agar kita boleh mengenali diri melalui rasa hati. Tanpa penyucian jiwa akan selalu kita mengeluarkan kata dan tindakan yang tergelincir daripada ‘kesukaan’ Baginda Nabi dan ALLAH RAFIQUL A’LA.
“Jika tidak, kita akan dengan sengaja mudah terpaut pada kebencian dan meremehkan kebenaran yang dituai untuk membenci, menghina dan mencari salah orang lain ; mencetuskan perbalahan bahkan suka melihat orang lain susah dah jatuh.
“Justeru, ayuh kita manfaatkan bulan Syaban yang diberkahi untuk memuhasabah dan membaiki diri agar kita dapat merasa ‘nikmat’ erti sebenar Ramadhan yang menjelang tiba nanti, InsyaALLAH.
Ads
“Orang yang benar benar beriman dan bertaqwa saling berkasih sayang. Janganlah kita menjadi diantara kalangan punca pemutus kasih sayang kerana itu menjadi ‘dosa jariah’ yang tak tertanggung di akhirat nanti.
“Semoga kita menjadi orang yang dicintai ALLAH dan dijauhi kita sejauh jauhnya dari menjadi ‘wali-wali’ syaitan dalam golongan manusia,” kongsi pelakon ini panjang lebar
Doktor selebriti, Dr Say Shazril ada berkongsi pengalamannya mengenakan sut Personal Protective Equipment (PPE) selepas mendapat pelepasan menyertai barisan petugas kesihatan bagi bersama-sama mengekang penularan COVID-19 di negara ini.
Katanya menerusi satu entri terkini di Instagram,dia mengenakan beberapa lapisan pakaian PPE danya, ia diibaratkan cukup panas dan ‘sesak’.
Jelas Dr Say lagi, mereka yang mengenakan PPE dihadkan untuk menggunakan selama tiga jam sahaja bagi mengelakkan sebarang kemudaratan kepada si pemakai.
“Topik: Gonna Leave This Here
“Sy sering tertanya-tanya “macam mane the real situation kat luar sana? Betul ke keadaannya macam war zone? Betul ke pakai PPE tu panas gila? Ape rasanya jadi frontliner ni? Well, hari ni sy dapat experience kesemuanya! Sy ditempatkan di Pasar Borong Kuala Lumpur.
“Kalau kalian tengok berita arini, Pasar Borong ni ibarat warzone dengan kawat berduri di sekeliling kawasannya. Entrance dikawal ketat tentera & polis, cukup menyeramkan.
“Tiba di lokasi kami di-brief sekali lagi tugasan kami iaitu untuk mengambil 800 sampel lalu kami diminta untuk memakai PPE (personal protective equipment). Lapisan demi lapisan disarungkan sehinggalah item terakhir yakni face shield.
“Kehangatannya ibarat anda duduk di dalam kereta yg dibiarkan di bawah panas terik sepanjang hari & anda hanya buka tingkap 1/5 tanpa aircond.
“Cukup panas & sesak! Atas sebab inilah masa yg dihadkan kepada mereka yg memakai PPE hanya 3 jam kerana jika dibiarkan lebih lama mungkin akan memudaratkan,” akuinya.
Berkongsi perasaan apabila bertugas sebagai frontliners, Dr Say menyifatkan dirinya amat bertuah kerana dikelilingi skuad yang menyokong dan saling membantu.
Meski pada awalnya, dia agak gusar kerana tidak tahu apa-apa perkara yang tak terjangka.
“Perasaan jadi frontliner? Pada awalnya cukup menggusarkan. Sebab kita tak tahu apa yg nak dijangkakan. Bila tiba tadi, beratus orang beratur untuk diambil sampel.
“Bayangkan selama ni kita tengok & dengar kes-kes COVID di berita sahaja tup tap arini engkau kena swab tekak beratus orang ni yg mungkin salah sorang ni ada wabak maut ni ape perasaan korang?
“Pulak tu lepas ni nak balik jumpa anak & bini, tak ke menakutkan sekiranya kita terbawak balik COVID ni? NauzubillahiminzaliK.
“Akan tetapi sy sangat bertuah dikelilingi team yg cukup supportive & helpful. 1st time sy nampak betapa efficient-nya pegawai kesihatan, polis, tentera, JPA, RELA berinteraksi bersama. Kecuakan sy tadi terus bertukar semangat.
“Semangat untuk meneruskan hari-hari sukarelawan mendatang. If there is one advice i can give, jangan sesekali pandang remeh COVID ni peeps.
“Number of cases mungkin dua digit sekarang tapi dari apa yg sy experience tadi dua digit ini tidak akan berkekalan. Stay safe peeps!,” tulisnya panjang lebar.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata pengikutnya mendoakan agar semua urusan petugas kesihatan dipermudahkan selain berharap agar pandemik bahaya ini dapat dibendung sebaiknya.
Foto: Instagram Dr Say Shazril
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat bekas pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Ziha Salleh yang telah pun selamat bersalin anak kedua pada jam 3.42, khamis lalu.
Dikurniakan permata hati lelaki, Ziha atau nama sebenarnya, Nor Aziha Md Salleh menzahirkan bersyukur kerana semuanya berjalan lancar.
“Alhamdulillah, everything went well. My Baby was safely delivered pukul 3.42pm semalam (9/4/20).
“Thank you everyone for all the kind wishes dan semua yang mendoakan. You know who you are,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.
Rakan artis dan peminat turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi yang baru lahir.
Sebagai rekod, Ziha mendirikan rumah tangga dengan Zarul Hafis Zarak Kamal pada 8 Oktober 2016 dan turut mempunyai seorang lagi anak, Hizqeel yang kini mencecah usia tiga tahun.
Foto: Instagram Ziha Salleh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Uqasha Senrrose dilaporkan bebas dari jangkitan COVID-19 apabila laporan ujian saringan wabak berkenaan yang diterima menunjukkan keputusan negatif.
Memetik Berita Harian, kakak kepada pelakon Nelydia Senrose itu difahamkan sebelum ini mengalamk demam panas berpanjangan.
Bagaimanapun, Uqasha mampu menarik nafas lega selepas dia disahkan bebas daripada wabak itu selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Jumaat lalu.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana disahkan negatif COVID-19. Tidak dinafikan, selagi belum dapat keputusan, saya sentiasa diburu bimbang.
“Walaupun saya sudah menjalani pemeriksaan di klinik dan doktor menyatakan saya demam biasa, namun rasa bimbang tetap ada.
“Ini kerana saya tinggal dengan keluarga. Tidak mahulah sikap mementingkan diri sendiri membuatkan semua orang di rumah jadi susah. Takut macam manapun, saya gagahkan diri menjalani ujian saringan,” katanya seperti yang dipetik.
Sebelum ini, Uqasha atau nama sebenar, Nik Zaris Uqasha Nik Sen memuat naik entri di Instagram menunjukkan dia menjalani pemeriksaan COVID-19 melalui kaedah padu laju di sebuah hospital swasta.
Lau, para peminat dan rakan artis turut mendoakan kesejahteraan Uqasha serta berdoa dia terhindar daripada virus berkenaan.
Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim tidak menyangka video yang memaparkan dirinya menyanyikan semula lagu hitsnya, Kini Kau Tiada bersama komposer, Brandon Lim (MFMF) mendapat perhatian banyak pihak.