PU Azman memohon agar netizen bersangka baik di atas perkongsian sumbangan yang dilakukan Ebit Lew menerusi laman sosial miliknya.

Jelas pendakwah bebas yang kini bergelar pelakon itu, apabila melihat seseorang memperlihatkan sedekah, perkara utama yang harus dilakukan ialah bersangka baik dan jauhi prasangka.

Ulasnya yang lebih mesra disapa Cik Man, perbuatan berkongsi amalan baik adalah bertujuan mendidik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu.

“Moga Allah beri kekuatan kepada ustaz Ebit Lew. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali.”

Ayat dalam post di atas ialah ayat 271 Surah Al Baqarah.

IKLAN

“Jika kita melihat seseorang memperlihatkan perbuatan sedekahnya atau sebarang perbuatan baik, pendirian pertama kita ialah bersangka baik.
.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ.

“Maksud :”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan bersangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari bersangka itu dosa”. (Surah Al Hujurot ayat 12).

“Allah mengendalikan hati seseorang. Pasti ada sebab kukuh dia memperlihatkan sedekahnya.

IKLAN

“Antaranya ialah untuk mendidik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu.

“Sebab kedua ialah sebagai melaksanakan amanah dalam menyalurkan dengan jujur setiap derma yang diterimanya dari orang ramai.

“Maka dalam hal ini, Ustaz Ebit Liew, Dato Alif Syukri dan sesiapa saja yang rajin kita tengok memberi infaq, insyaAllah adalah wakil ummah untuk mengembangkan sebuah empayar infaq.

IKLAN

Cik Man,” jelasnya.

View this post on Instagram

Ayat dalam post di atas ialah ayat 271 Surah Al Baqarah. . Jika kita melihat seseorang memperlihatkan perbuatan sedekahnya atau sebarang perbuatan baik, pendirian pertama kita ialah bersangka baik. . يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ. . Maksud :"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan bersangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari bersangka itu dosa". (Surah Al Hujurot ayat 12). . Allah mengendalikan hati seseorang. Pasti ada sebab kukuh dia memperlihatkan sedekahnya. . Antaranya ialah untuk mendidik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu. . Sebab kedua ialah sebagai melaksanakan amanah dalam menyalurkan dengan jujur setiap derma yang diterimanya dari orang ramai. . Maka dalam hal ini, Ustaz Ebit Liew, Dato Alif Syukri dan sesiapa saja yang rajin kita tengok memberi infaq, insyaAllah adalah wakil ummah untuk mengembangkan sebuah empayar infaq. . Cik Man-

A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

Terdahulu, tindakan Ebit Lew berkongsi amalan kebajikan yang dilakukan di laman sosialnya menjadi perbalahan di kalangan warga netizen. Ada yang mendakwa pendakwah tersebut bersifat ria, namun majoriti menyokong usahanya dalam menyantuni warga fakir.

Foto : Instagram PU Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI