Meski bergelar selebriti, artis versatil, dilihat Sharifah Sakinah tidak segan untuk berkongsi foto lamanya ketika masih kecil buat tatapan umum.
Menerusi entri terkini di akaun Instagram miliknya, Sakinah mengimbau kenangan foto bersama ibu dan juga kakaknya yang juga pelakon, Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah.
“Umi’s sorority ! @dapur.lynn.alkhaired make up tebal sebab tengah show taeter #sitizubaidah.
Ads
“Gelapnya sakjnah dulu, dah besar makan product apa tu??????? Setiap pagi satu sudu clorox sis…,” tulisnya.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara, tidak kira bergelar selebriti atau tidak ramai yang mengambil peluang untuk memberi bantuan kepada masyarakat.
Bekas pelakon, Zul Yahya ada berkongsi beberapa keping foto ketika memberi sumbangan kepada masyarakat di akaun Instagram miliknya.
Bukan itu sahaja, Zul turut kelihatan memberi bantuan kepada masyarakat yang berlainan bangsa dan kaum.
“Mashaa Allah .. kasih sayang dan nikmat kena di kongsi bersama .. Allah SWT sayang kita ..,” tulisnya.
Pelawak Achey menerusi laman Instagram menyifatkan Zizan Razak seorang yang penyayang dan akan menyayangi dan menyenangkan orang sekeliling sebelum memikirkan diri sendiri.
Ulasnya, mungkin atas sebab itu, pelawak dari Terengganu itu lambat bertemu jodoh. Dalam pada itu, Achey turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat sahabatnya sambil berkongsi rakaman Zizan memberi makan seekor anak kucing.
“Zizan orangnya penyayang… di mata aku.. dia menyayangi apa yang di sekeliling dia dulu.. senangkan apa yang dia ada dulu.. baru fikir seterusnya.
“Mungkin sbb tu jodoh lambat skit kot… bagi senang sekeliling dia dulu.. HAPPY BIRTHDAY @zizanrazak869,” kongsi Achey.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
“Ni gambar EX boyfriend kita. Tebal kening tu macam baru tanam semalam.
“Macam mana lahh rupa dia skrg. Harap-harap rambut tebal mcm dulu.
“Mula-mula kenal, dia tak layan kita sangat dia cakap market dia jauh lagi UP dari market kita,” katanya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Sheila menerusi laman Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Sheila turut mencabar para pengikutnya untuk turut sama berkongsi gambar bekas kekasih lama mereka di Instagram.
“Kalau korang kenal mamat ni tolong tag dia bagitahu sis rindu.
“Kalau berani silakan post gambar ex korang!
“Jangan lupa tag sis,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar kisah tersebut selain turut memuji wajah tampan pemuda tersebut yang kini merupakan suaminya iaitu Jinggo atau lebih mesra di sapa Tok Sidang.
Untuk rekod, Sheila dan Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya mendirikan rumah tangga pada tanggal 30 Mac 1996 dan telah dikurnikan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Luth Mikail dan Uzair Haqimy.
Sumber: Instagram Sheila Rusly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh sensasi, Sajat Kamaruzzaman meluahkan rasa sebak apabila terpaksa berpisah dengan ibu tersayang selepas dua minggu meluangkan masa bersama, baru-baru ini.