Untuk rekod,Tya dan suaminya, Asyraf Khalid mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan cahaya mata iaitu Arif Jiwa,dua tahun dan Azzahra Jiwa, dua bulan.
Foto : IG Tya Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Fad (kumpulan Bocey) menerima kejutan istimewa dari isterinya, Nur Syahirah Rahman, baru-baru ini.
Momen indah itu dikongsikan Syahirah di Instagramnya apabila dia memberi kejutan sebuah skuter model Yamaha NVX 155 sebagai ganti kerana Fad mahu menjual moto Ducati kesayangannya.
“Setelah berminggu plan akhirnya sampai .semuanya dipermudahkan.
“Kisahnya sebab dia nak letgo ducati atas sebab moto tu beli hanya dimanjakan kt rumah. Takut sgt nk bgi ride jauh2.
“Kesian pulak tgok dia sayang nak jual ducati. Jadi kita suprise bagi si biru supaya dia tk rasa kehilangan sgt. Hope you happy with this daddy.
“Thank you abg jan dan kak liza tolong crikan moto @fawzanliza .moga Allah balas jasa kalian,” tulisnya.
Pada masa sama, Syahirah turut berterima kasih buat rakan artis, Achey dan Faheem yang turut membantu dalam urusan pembelian.
“Thank you @acheykintangkintung and @faheem_ocok51 sebab mudahkan urusan ambk dan hantar moto smpai kedepan rumah. korang cri la diorang klu perlukan bike towing .tip top.
“Tak dibayar utk puji tapi servis puas hati,” kongsi Syahirah yang mendirikan rumah tangga bersama Fad pada Mac 2015.
Malah, Syahirah gembira kerana dapat memberikan kejutan buat suaminya itu.
“Happy bila dapat buat org yg kita sayang happy .tapi dpt jual ducati jgn lupa ganti balik duit. ingtkan harga moto 3 ribu ja rupanya rabak weh duit simpanan,” kongsi ibu kepada tiga orang cahaya mata itu.
Hubungan bekas finalis Dewi Remaja, Fazreen Fazera bersama pelakon Mas Khan dikatakan sudah mulai retak apabila gadis berkenaan mendedahkan mengenai status hubungan di antara mereka, awal semalam.
Pendedahan tersebut dibuat bintang muda ini menerusi Insta Stories menerusi aplikasi ‘Ask Me Question’ di Instagram.
“You not longer with Mas Khan?,” tanya salah seorang peminat lalu ini yang jawab Fazreen;
“Saya sedih untuk mengumumkan yang ya…Saya tidak lagi bersamanya. Mungkin untuk tempoh sekarang atau selamanya,” tulisnya.
Lalu, pertanyaan berkaitan mengenai hubungan mereka berdua turut ditanya dan cuba dijawab dengan penuh profesional oleh pelakon ini.
Pada masa sama, ada juga yang memuji caranya dalam menangani masalah cinta yang berlaku antara mereka.
Terdahulu, hubungan cinta di antara keduanya sudah pun terjalin lebih empat tahun lalu, sebelum Fazreen menyertai pencarian Dewi Remaja lagi.
Foto: Instagram Fazreen Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada Lan Solo, Sheila Razlan ada berkongsi luahan sejurus berita mengenai anak ketiganya, Akid, yang terjatuh selepas bermain ice skating di sebuah pusat membeli-belah sebelum dihempap lelaki warga asing seberat kira-kira 90 kilogram diperkatakan ramai.
Menerusi Facebook petang semalam, ibu kepada empat cahaya mata itu berkongsi rasa mengenai apa yang berlaku terhadap Akid atau nama penuhnya, Muhammad Akid Qassyaff itu.
“Bukan sbb dia anak artis dpt kluar story.
(sbb nanti ada je netizen akan tulis “penting betul berita ni” “boleh turunkan harga minyak ke?” “anak org lain jatuh x kecoh pon!”).
“Anak sesiapa pun.. Kalau bnda nak jadi. Tetap jadi. Terima kasih semua yang membantu kami. Sy doakan keluarga kalian sentiasa dilindungi. Aamin,” tulisnya.
Beberapa hari lalu, kanak-kanak berusia 4 tahun berkenaan dikatakan hanya mampu menangis selepas kejadian berkenaan.
Sheila bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada pihak terlibat kerana membantu sepanjang kesulitan berlaku.
Situasi kejadian turut dikongsikannya menerusi Instagram.
Untuk rekod, Sheila dan Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 34, mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009.
Selain Akid, 4, pasangan itu mempunyai tiga orang lagi cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 7, Nur Amna Qeesyara, 5, dan Nur Amna Quxandra, setahun.
Foto: Instagram Sheila Razlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!