Meskipun single kedua nyanyian usahawan berjudul Bobo Di Mana, Nur Sajat mendapat kedudukan trending menerusi YouTube, bagaimanapun lagu  tersebut tetap dikecam ramai. Malah, nyanyiannya bersama dua rakan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Lucinta Luna itu juga mendapat tanda disklike tinggi.

Hingga ada netizen yang memberi reaksi pelbagai terhadap lagu berkenaan. Ada yang mengatakan tarian dan lagu tersebut mempunyai elemen soft porn yang boleh memberi impak negatif.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu menyangkal dakwaan tersebut. Baginya, setiap orang mempunyai pandangan dan interpretasi pelbagai terhadap sesebuah lagu. Bahkan, setiap lirik lagu juga pasti turut menerima tafsiran pelbagai pendengar.

IKLAN

“Bila lagu tersebut dilancarkan, saya ada dengar macam-macam orang cakap. Dalam ramai yang tidak suka, tetapi lagi itu tetap menjadi trending. Selepas isu konon liriknya ditiru daripada sebuah lagu lain, ada pula yang kata ia macam lagu soft porn dan sebagainya.

 

“Bagi saya, setiap orang punya pandangan berbeza-beza. Terpulang pada tafsiran. Kalau kita firkir lirik atau lagunya ke arah positif, positiflah. Begitu jga sebaliknya. Masing-masing punya pendapat dan pandangan sendiri. Tepuk dada, tanya selera,” katanya ketika dihubungi MH.

Pada masa sama, Sajat turut mengaitkan situasi sama pernah berlaku terhadap lagu Abang Nak tegur, nyanyian Aliff Syukri.

“Ketika lagu Abang Nak Tegur dulu pun, macam-macam yang dikata netizen. Ramai yang tidak suka dan beri macam-macam komen, tetapi ia tetap trending sebab yang penting mesej yang diberikan tidaklah negatif seperti yang difikirkan. Ia berbalik kepada pemikiran,” kongsinya. 

Sehingga kini, muzik video lirik daripada pasangan trio itu sudah pun ditonton hampir 8 juta kali tontonan dengan mendapat lebih 300,000 tanda ‘dislike’, berbanding hanya 47,000 klik terhadap tanda ‘like’.

IKLAN

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI