Pelakon, Zul Ariffin mendedahkan dirinya tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama para pelakon baru terutamanya yang lahir menerusi platform media sosial.

Jelas Zul, sebagai pelakon yang lebih senior, dia sebolehnya mahu memberikan pengalaman yang berguna buat para pelakon baru ini untuk dimanfaatkannya pada masa akan datang.

“Kebanyakkan Instafamous dan influencer yang menceburi bidang lakonan majoritinya adalah perempuan. Lelaki mungkin kurang sebab tiada siapa yang berani untuk menjadi hero ketika pertama kali berlakon.

“Saya sebenarnya tiada masalah dan tidak judge pun pelakon-pelakon baru atau instafamous ni walaupun mereka baru masuk ke set buat kali yang pertama.

“Apabila kami bekerjasama, saya nak mereka selesa dan saya juga akan berikan pengalaman yang berharga buat mereka. Saya kalau boleh nak memudahkan urusan mereka,” katan kepada MH.

IKLAN

“Setiap Orang Akan Bermula Di Satu Tempat,” – Trend Instafamous Jadi Pelakon, Zul Ariffin Tak Ada Masalah Berlakon Sama “Setiap Orang Akan Bermula Di Satu Tempat,” – Trend Instafamous Jadi Pelakon, Zul Ariffin Tak Ada Masalah Berlakon Sama

Pelakon drama Love, Elsa ini turut menambah, para pelakon baru ini sepatutnya diberikan lebih banyak ruang dan peluang buat mereka menonjolkan bakat yang terpendam

“Kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Saya tak tahu mengapa isu Instafamous ni selalu disebut-sebut. Setiap orang akan bermula di satu tempat.

IKLAN

“Tiada seorang pun pelakon di dunia ni yang terus sahaja berlakon dengan baik sewaktu projek pertama atau kedua mereka. Dalam bahasa mudahnya dalam tahun pertama memang akan ada banyak kesilapan,” ujarnya lagi.

Zul berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya bersama MH baru-baru ini.

“Setiap Orang Akan Bermula Di Satu Tempat,” – Trend Instafamous Jadi Pelakon, Zul Ariffin Tak Ada Masalah Berlakon Sama “Setiap Orang Akan Bermula Di Satu Tempat,” – Trend Instafamous Jadi Pelakon, Zul Ariffin Tak Ada Masalah Berlakon Sama

IKLAN

Dalam pada itu, Zul turut berpendapat sesetengah pelakon lama ini ada kalanya mula berasa manja saat mereka sudah berasa selesa

“Saya rasa sikap seperti ini harus diubah dikalangan orang industri. Saya percaya para pelakon baru ini mereka bermotivasi dan dahagakan ilmu dalam setiap peluang.

“Kadang kala sesetengah pelakon bila dah terlalu lama dalam industri, mereka akan jadi manja dan cara kerja mereka jadi biasa-biasa sahaja.

“Apabila darah muda ni datang, mereka bawa semangat yang tinggi. Itu tak patut kita sia-siakan,” jelasnya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI